Mesti Baca Kerajaan Arab Kristian Ghassanid Dan Lakhmid Kerajaan Parsi Sassanid Pada Awal Islam
The research for this blogpost was done using Bard - Google's Artificial Intelligence engine.
Hari ini kita bincang sedikit sejarah agama Kristian. (Agama Kristian tidak perlukan surat tauliah bagi sesiapa pun membincang agama mereka.)
Walaupun tarikh permulaan Kristian disebut sebagai tahun 1 Masehi tetapi selama hampir 400 tahun agama Kristian belum lagi 'termaktub' atau tertulis dengan lengkap. Contohnya selama lebih 300 tahun agama Kristian masih belum putuskan status nabi Isa sebagai manusia biasa, anak tuhan, tuhan dsbnya (divinity of Christ).
Pada tahun 328 Masehi sewaktu satu perhimpunan pendita-pendita Kristian di Nicea mereka menerima undi majoriti yang mempersetujui bahawa nabi Isa itu adalah anak tuhan, tuhan dsbnya (the divinity of Christ).
"The number of people who voted at the Council of Nicaea is not known for certain. The traditional number is 318, but this number is based on a later account by Eusebius of Caesarea. Other estimates range from 250 to 350.
The Council of Nicaea was convened by the Roman emperor Constantine I in 325 AD. The purpose of the council was to address the Arian controversy, which was a dispute about the nature of Christ. The council condemned Arianism and affirmed the divinity of Christ."
16 tahun sebelum itu pada 312 Masehi, sejarah dunia berubah sama sekali apabila Konstantin iaitu Maharaja Empayar Rom dengan tiba-tiba memeluk agama Kristian. Empayar Rom adalah kuasa tentera, kuasa penjajah, kuasa politik dan kuasa ekonomi yang terbesar di dunia selama lebih 1,000 tahun. Secara overnite empayar gergasi ini menganuti agama Kristian. Penganut agama Kristian yang sebelum itu diburu dan dibunuh oleh Empayar Rom diiktiraf sebagai rakyat yang mempunyai segala hak kerakyatan Empayar Rom. Agama Kristian pun menjadi agama rasmi Maharaja Konstantin.
Satu tahun kemudian pada 313 Masehi Maharaja Konstantin wujudkan undang-undang Edict of Milan yang sahkan agama Kristian bagi Empayar Rom. Edict of Milan sebenarnya menjadikan Kristian agama rasmi Empayar Rom.
Walaupun demikian agama Kristian masih baru lagi dan belum lagi termaktub atau tertulis dengan lengkap. Dasar-dasar asas Kristian pun belum lagi dipersetujui pendita-pendita Kristian.
"The New Testament was not officially compiled until the 4th century AD, when the Council of Carthage accepted the 27 books that are now included in the New Testament canon."
Jadi selama 300-400 tahun agama Kristian masih berada dalam 'work-in-progress'. Contohnya bukan semua orang Kristian yang setujui keputusan Council of Nicea pada 328 Masehi itu.
Sebahagian mazhab Kristian berpecah dan tidak menerima ketuhanan nabi Isa, ada juga mazhab lain yang pelopori 'duality of Christ' ia itu nabi Isa mempunyai sifat manusia serta sifat ketuhanan.
Antara hujah yang tercetus dikalangan orang Kristian pada masa itu adalah persoalan jika Isa merasa sakit ketika disalib (did Christ feel pain when he was nailed to the cross).
Walaupun soalannya simple tetapi debat dan hujah berkenaan isu ini sering bertukar menjadi pergaduhan dan pembunuhan. Sesiapa yang berkata nabi Isa merasai kesakitan (sifat kemanusiaan) akan dicap murtad oleh mazhab lain yang berkata ''tuhan" tidak boleh rasa kesakitan. Maka bermulalah pergaduhan dan pembunuhan. Yang akhir sekali mengakibatkan 'consequences' yang mempengaruhi sejarah dunia hingga ke hari ini, termasuk sejarah orang Arab.
Maharaja Konstantin telah mengakui keputusan pendita-pendita di Nicea yang sahkan 'ketuhanan nabi Isa' (the divinity of Jesus Christ). Dan tidak lama kemudian mazhab-mazhab Kristian yang tidak setuju ketuhanan nabi Isa (divinity of Christ) diperangi dan dihalau keluar daripada kawasan Empayar Rom.
Contohnya mazhab Nestorian percayai 'Jesus Christ' mempunyai dua sifat yang berbeza ia itu sifat manusia dan sifat tuhan (two distinct natures of Christ: human and divine). Nestorianism diasaskan oleh Nestorius, yang menjadi biskop di Constantinople (428 to 431 Masehi) - iaitu 100 tahun selepas Council of Nicea dan 200 tahun sebelum kemunculan Islam.
Nestorius dilahirkan di Syria, dan berbahasa Syriac yang menjadi bahasa ramai orang Arab pada masa itu. Nestorius mempunyai ramai pengikut di kalangan orang Arab Kristian. Nestorius serta pengikutnya digelar murtad (heretic) oleh Council of Ephesus (431 Masehi).
Maka mazhab-mazhab Kristian yang berbeza itu telah terpaksa keluar daripada Empayar Rom dan berhijrah ke kawasan timur di Syria, Iraq, Parsi dan semenanjung Arab yang juga menjadi kawasan orang Arab Kristian seperti kerajaan Arab Ghassanid dan Lakhmid. (Sila lihat peta). Dan ini berlaku 200 tahun sebelum kemunculan Islam.
Kedua kerajaan Ghassanid dan Lakhmid adalah Kristian Arab yang mempunyai politik yang berbeza. Puak Ghassanid adalah pro-Empayar Rom tetapi puak kristian Lakhmid pula anti-Empayar Rom.
The Ghassanids were an Arab Christian tribe who founded a kingdom in the Levant (modern Syria, Jordan, and Israel) in the 3rd century AD. They were vassals of the Byzantine Empire and played a key role in its wars against the Persian Sasanians and the Arab Lakhmids.
The Ghassanids were originally from South Arabia, but they migrated to the Levant in the early 3rd century AD. They settled in the Hauran region of Syria, where they came into contact with Hellenized Christian communities. Many of the Ghassanids converted to Christianity, and they became a staunch ally of the Byzantine Empire.
The Lakhmids converted to Nestorianism in the 5th century CE, and they became a major center of Nestorian Christianity in the region. The Lakhmids' capital, al-Hirah, was home to a number of Nestorian churches and monasteries, and it was a major center of learning for Nestorian scholars. The Lakhmids were an Arab tribe who founded a kingdom in southern Iraq and eastern Arabia in the late 3rd century CE. They were vassals of the Sasanian Empire and played a key role in its wars against the Byzantine Empire and the Arab Ghassanids.
Maka puak Arab Kristian Ghassanid mengikuti agama Rom dan memperakui ketuhanan nabi Isa (Isa adalah anak tuhan dsbnya) manakala puak Arab Kristian Lakhmid pula mengikuti Nestorius yang mempertikai 'ketuhanan' mutlak nabi Isa (menolak Isa adalah anak tuhan dsbnya).
From the orthodox point of view, Nestorianism therefore denied the reality of the Incarnation and represented Christ as a God-inspired man rather than as God-made-man
Maka puak Arab kristian bermazhab Nestorius terlebih dahulu tidak bersetuju bahawa nabi Isa adalah anak tuhan. Ini selari dengan tulisan Arab yang terpahat pada kubah Dome of the Rock di Baitul Maqdis.
The Messiah, Jesus son of Mary, was only a Messenger of God, and His Word which He conveyed unto Mary, and a spirit from Him. So believe in God and His messengers, and say not 'Three' - Cease! (it is) better for you! - God is only One God. Far be it removed from His transcendent majesty that He should have a son.
Selain daripada menjadi ajaran al Quran dan kepercayaan orang Islam bermula pada abad ke tujuh Masehi, 'kemanusiaan' lawan 'ketuhanan' nabi Isa telah pun menjadi titik perbalahan antara Arab Ghassanid dan Arab Lakhmid sejak abad kelima Masihi.
Tambah lagi puak Arab kristian Lakhmid yang menolak ketuhanan nabi Isa (mazhab Nestorian) telah mendapat sokongan politik dan ketenteraan daripada Empayar Parsi Sassanian ke arah timur yang telah musuhi dan berperang dengan Empayar Rom sejak berabad dan berkurun lagi. Contohnya Empayar Parsi memperalatkan kaum Arab Lakhmid untuk mencetuskan huru-hara di kawasan Arab Ghassanid (pro-Empayar Rom). Jadi Parsi juga terlibat untuk kipaskan perbalahan agama berkenaan sifat kemanusiaan (Lakhmid) lawan sifat ketuhanan (Ghassanid) nabi Isa.
Inilah sedikit latarbelakang agama, politik dan permainan kuasa besar di kawasan tanah Arab dan Parsi di Timur Tengah sebelum kemunculan Islam pada abad ketujuh Masehi.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/07/mesti-baca-kerajaan-arab-kristian.html