Meski Jawatan Hamzah Dikekalkan Tapi Kedudukan Azmin Dalam Bersatu Semakin Dikukuhkan


 
MESKI JAWATAN HAMZAH DIKEKALKAN, TAPI KEDUDUKAN AZMIN DALAM BERSATU SEMAKIN DIKUKUHKAN

Shahbudin Husin

30 January 2024

Politik Semasa

3 Comments

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Ahad malam lalu yang berlarutan sehingga jam 1.15 pagi tidak membuat sebarang perubahan kepada kedudukan Hamzah Zainuddin sebagaimana hangat dispekulasikan sebelum itu.

Beliau terus dikekalkan sebagai Setiausaha Agung, begitu juga dengan Salleh Bajuri yang turut dikekalkan sebagai Bendahari Agung.

Begitu pun, di sebalik tiada perubahan kepada kedudukan Hamzah, tetapi keberadaan Azmin Ali yang sebelumnya yang dikhabarkan bakal mengambil alih tempat Hamzah ternampak semakin diperkukuhkan.

Adun Hulu Kelang dan Ketua Pembangkang Dun Selangor itu kini dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Selangor menggantikan Abdul Rashid Asari.

Selain itu, dua orang pemimpin Bersatu yang dikenali sebagai sangat pro kepada Azmin turut dilantik sebagai Ahli MPT yang baru.

Mereka ialah Adun Taman Medan, Dr Afif Bahardin dan Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasruddin.

Kedua-dua mereka ini adalah berasal daripada PKR sebelumnya, sama seperti Azmin juga.

Seorang lagi yang dilantik sebagai Ahli MPT ialah Nolee Ashilin Radzi, adik ipar kepada Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja.

Dengan tiga perlantikan tersebut, kedudukan Azmin bersama Peja jelas semakin diperkukuhkan dalam Bersatu.

Oleh kerana Mahiaddin Md Yasin telah menyebut hasratnya ingin kekal menerajui Bersatu hanya selama sepenggal saja lagi, bererti pemilihan parti yang dijangka pada Jun depan ini adalah yang terakhir baginya.

Ahli Parlimen Pagoh itu tidak akan bertanding lagi dalam pemilihan seterusnya pada 2027 nanti.

Dengan itu, gandingan Azmin dan Peja adalah gambaran yang sedang disolek dan dicantikkan untuk mengambil alih kepimpinan Bersatu selepas Mahiaddin.

Ke mana Hamzah selepas ini?

Dalam apa jua keadaan, kelebihan untuk bertindak adalah memihak kepada Mahiaddin sekarang ini.

Atas kuasa sebagai Presiden, beliau boleh menukar atau mengugugrkan Hamzah pada bila-bila saja, bahkan turut boleh tidak melantik lagi Ahli Parlimen Larut itu sebagai Setiausaha Agung selepas pemilihan pada Jun akan datang.

Jika Hamzah tidak berbuat apa-apa, potensi untuk masa depannya mereput begitu saja adalah amat tinggi, apalagi hubungan beliau dengan Mahiaddin sudah keruh sejak kebelakangan ini.

Terserah kepada Hamzah membuat pertimbangan mengenai masa depannya – melawan atau rela dikuburkan begitu saja. – ShahbudinHusin 30/01/2024.



 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/meski-jawatan-hamzah-dikekalkan-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Ganti Hamzah Sebagai Setiausaha Agung Bersatu Mahiaddin Ambil Alih Ketua Pembangkang Daripada Hamzah

Azmin Ganti Hamzah Sebagai Setiausaha Agung Bersatu Mahiaddin Ambil Alih Ketua Pembangkang Daripada Hamzah

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 228 hits
Kewujudan dua kem dalam Bersatu kem Mahiaddin Md Yasin dan kem Hamzah Zainuddin bukanlah perkara rahsia lagi Keputusan Mahiaddin membuat Pusingan U di Perhimpunan Agung Bersatu November 2023 lalu di mana beliau tiba tiba ingin sepenggal lag...
Perang Saudara Dalam Bersatu Azmin Akan Ganti Hamzah

Perang Saudara Dalam Bersatu Azmin Akan Ganti Hamzah

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 266 hits
BORHAN AHMADPerang saudara sedang hebat berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu sehingga disebut Datuk Seri Hamzah Zainudin akan dipecat dan jawatan beliau akan diambil alih oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Ia bermula dengan satu hantaran dala...
Azmin Konspirasi Pecah Belah Bersatu Gagal Berkecai

Azmin Konspirasi Pecah Belah Bersatu Gagal Berkecai

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 214 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Bersatu Mohamed Azmin Ali berkata konspirasi untuk memecah belahkan parti itu gagal selepas semua kepimpinan menyatakan sokongan dan kekal berdiri teguh di belakang Presiden Muhyiddin Y...
Bersatu Remains Steadfast Behind Muhyiddin Says Azmin

Bersatu Remains Steadfast Behind Muhyiddin Says Azmin

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 212 hits
Bersatu leader Azmin Ali said the party will continue to voice out issues concerning Malaysians PETALING JAYA The Bersatu Supreme Council s renewed commitment towards party president Muhyiddin Yassin proves that Bersatu s enemies have faile...
Muhyiddin Mahu Ganti Hamzah Dengan Azmin

Muhyiddin Mahu Ganti Hamzah Dengan Azmin

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 194 hits
Gelora dalaman parti Bersatu dikhabarkan semakin kencang apabila didakwa akan berlaku penggantian posisi Setiausaha Agung parti itu Difahamkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berhasrat ingin menggantikan kedudukan Datuk Seri Hamza...
Ahli Parlimen Bersatu Sokong Hamzah Sebagai Presiden Baharu

Ahli Parlimen Bersatu Sokong Hamzah Sebagai Presiden Baharu

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 245 hits
DIANA AZIS DAN QURRATUL AINA QUDDUSPUCHONG Ramai ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia mahukan Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai presiden baharu parti itu Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Sye...
Umno Selangor Sukar Bangkit Meski Kuasai Jawatan Ketua Kampung

Umno Selangor Sukar Bangkit Meski Kuasai Jawatan Ketua Kampung

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 224 hits
Nora MahparPETALING JAYA Menguasai pentadbiran akar umbi bukan jaminan Umno Selangor mampu memugar semula keyakinan kelompok sasar mereka terutama di kawasan kampung kata pemerhati politik Ini kerana Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommud...
Sara System Breakdown A Simple Apology Cannot Restore Public Trust

Design Ideas Nobody In Nyc Tells You About

Klia Klia 2 Vehicle Access Management System

Proton Saga Kereta Pertama Selepas Kahwin

Minum Air Jampi Penerang Hati Semburan Chad Gila Hingga Dapat Pergi Ke Luar Negara

Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin Dirujuk Ke Hospital Bahagia

Jenis Jenis Afidavit Di Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil Di Malaysia

Racist Post Hasty Apology Same Old Story


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Majlis Pelancaran Platform Orphan Society Ensany Global Berhad Ppim 04 09 2025

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447h 2025m

Cara Simpan Cili Padi Supaya Tahan Lama Bertahun Tahun Pun Elok Segar Lagi

Gerhana Bulan Penuh 7 8 September 2025 Lokasi Tarikh Masa

25 Kata Kata Menolak Cinta Secara Halus Dari Tegas Sampai Islami

Kek Lapis By Cousin