Azmin Ganti Hamzah Sebagai Setiausaha Agung Bersatu Mahiaddin Ambil Alih Ketua Pembangkang Daripada Hamzah




Kewujudan dua kem dalam Bersatu – kem Mahiaddin Md Yasin dan kem Hamzah Zainuddin – bukanlah perkara rahsia lagi.


Keputusan Mahiaddin membuat Pusingan U di Perhimpunan Agung Bersatu November 2023 lalu di mana beliau tiba-tiba ingin sepenggal lagi memimpin parti itu, walaupun sebelum itu telah mengumumkan untuk berundur diri, tidak lain adalah untuk menghalang kemaraan Hamzah.


Alasan Mahiaddin bahawa beliau mengubah fikirannya kerana desakan isterinya hanyalah semata-mata untuk memperlekeh Hamzah yang sebelum itu memang diketahui ingin mengambil alih teraju kepimpinan Bersatu.


Walaupun Hamzah memberi sokongan bersama esak tangis ketika Mahiaddin mengumumkan tidak jadi berundur dan ingin memimpin Bersatu selama sepenggal lagi, hubungan mereka sebenarnya tidaklah menjadi bertambah baik.


Kecurigaan Mahiaddin terhadap Hamzah tetap ada dan tidak pernah terpadam.


Ketika Mahiaddin mengadakan perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu baru-baru ini susulan tindakan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Zulkaferi Hanapi memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim, difahamkan berlaku sedikit ketegangan antara Presiden Bersatu itu dengan Hamzah.


Dalam perjumpaan itu, walaupun ia pada awalnya dikhususkan untuk Ahli-Ahli Parlimen, tetapi beberapa individu lain yang bukan Ahli Parlimen turut sama hadir, antaranya Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja dan juga Azmin Ali.


Susulan perjumpaan itu, Bersatu memutuskan akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya pada malam ini khusus untuk membincangkan langkah-langkah yang yang perlu diambil bagi mengelakkan lebih ramai Ahli Parlimen parti itu berpaling tadah memberi sokongan kepada kerajaan perpaduan.


Sementara langkah-langkah yang bakal diambil itu hanya akan diketahui pada mesyuarat malam ini, tetapi telah tersebar luas perkhabaran bahawa Mahiaddin akan melakukan perubahan dalam Bersatu melalui mesyuarat pada malam ini nanti.


Perubahan utama yang dikatakan akan berlaku ialah Mahiaddin akan menggugurkan Hamzah sebagai Setiausaha Agung dan bakal menggantikannya dengan Azmin.


Sebagai pertukaran, Hamzah akan diberikan jawatan kurang berpengaruh iaitu sebagai Bendahari Agung Bersatu menggantikan Salleh Bajuri.


Salleh dipercayai akan diketepikan terus daripada memegang sebarang jawatan kerana selama ini pun kedudukannya seperti “ada macam tiada” saja dalam Bersatu.


Selanjutnya, setelah melakukan perubahan dengan meletakkan Hamzah kepada kedudukan yang kurang penting dalam Bersatu, perancangan seterusnya dikatakan ialah untuk meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang agar setuju menukar jawatan Ketua Pembangkang daripada Hamzah kepada Mahiaddin.


Yang nyata, jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, bukan saja Mahiaddin terlihat makin bernafsu dalam mencatur dan mengejar kuasa, bahkan akan meletakkan Hamzah semakin terpinggir dalam Bersatu. – ShahbudinHusin 28/01/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/28/azmin-ganti-hamzah-sebagai-setiausaha-agung-bersatu-mahiaddin-ambil-alih-ketua-pembangkang-daripada-hamzah.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/azmin-ganti-hamzah-sebagai-setiausaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Saudara Dalam Bersatu Azmin Akan Ganti Hamzah

Perang Saudara Dalam Bersatu Azmin Akan Ganti Hamzah

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 244 hits
BORHAN AHMADPerang saudara sedang hebat berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu sehingga disebut Datuk Seri Hamzah Zainudin akan dipecat dan jawatan beliau akan diambil alih oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Ia bermula dengan satu hantaran dala...
Ahli Parlimen Bersatu Sokong Hamzah Sebagai Presiden Baharu

Ahli Parlimen Bersatu Sokong Hamzah Sebagai Presiden Baharu

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 219 hits
DIANA AZIS DAN QURRATUL AINA QUDDUSPUCHONG Ramai ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia mahukan Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai presiden baharu parti itu Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Sye...
Meski Jawatan Hamzah Dikekalkan Tapi Kedudukan Azmin Dalam Bersatu Semakin Dikukuhkan

Meski Jawatan Hamzah Dikekalkan Tapi Kedudukan Azmin Dalam Bersatu Semakin Dikukuhkan

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 227 hits
MESKI JAWATAN HAMZAH DIKEKALKAN TAPI KEDUDUKAN AZMIN DALAM BERSATU SEMAKIN DIKUKUHKAN Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Ahad malam lalu yang berlarutan sehingga jam 1 15 pagi tidak membuat sebarang perubahan kepada kedudukan ...
Muhyiddin Mahu Ganti Hamzah Dengan Azmin

Muhyiddin Mahu Ganti Hamzah Dengan Azmin

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 172 hits
Gelora dalaman parti Bersatu dikhabarkan semakin kencang apabila didakwa akan berlaku penggantian posisi Setiausaha Agung parti itu Difahamkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berhasrat ingin menggantikan kedudukan Datuk Seri Hamza...
Sprm Nafi Siasat Ketua Setiausaha Negara

Sprm Nafi Siasat Ketua Setiausaha Negara

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 278 hits
SPRM nafi siasat ketua setiausaha negara Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Jan 2024 8 45PM
Mantan Ketua Komnas Ham Apresiasi Kapolri Rekrut Penyandang Disabilitas Sebagai Polisi

Mantan Ketua Komnas Ham Apresiasi Kapolri Rekrut Penyandang Disabilitas Sebagai Polisi

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 192 hits
Kebijakan Kapolri memberi kesempatan kepada teman teman penyandang disabilitas menjadi polisi sangat baik melalui persepektif HAM
Rentasan 1538 Panas Akhirnya Hamzah Sahkan Ramai Lagi Mp Bersatu Baka

Rentasan 1538 Panas Akhirnya Hamzah Sahkan Ramai Lagi Mp Bersatu Baka

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 330 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1538 1 KALAU TIDAK ADA PERUNTUKAN JADI WAKIL RAKYAT UNTUK APA 2 NASIB KANTONG NEGARA MEREKA PEDULI APA 3 SELAMAT BERTAKHTA DAULAT TUANKU 4 BERSEDIALAH PEMUNGGAH DANA NEGARA
Pas Patut Ambil Alih Kepimpinan Pn Dari Bersatu

Pas Patut Ambil Alih Kepimpinan Pn Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 170 hits
Malaysiakini nbsp Pemimpin veteran Umno melontarkan cadangan agar PAS memimpin Perikatan Nasional menggantikan Bersatu Dalam kenyataan di Facebook Shahrir Abdul Samad melontarkan cadangan itu dengan memetik perkembangan politik yang menyaks...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations

10 Malaysians Fined For Illegal Street Racing In Hatyai

Teen Runs Red Light Crashes Into Motorcyclist While Fleeing Police In Sungai Petani

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung