Mertua Sorok Anak Supaya Tak Perlu Beri Nafkah





Saya ingin menarik perhatian pembaca khususnya yang sudah bergelar ayah , sudahkah anda menyediakan segala keperluan untuk anak-anak anda menyambut hari yang berbahagia ini? Cukupkah makan minum serta pakaian anda sediakan untuk mereka?
Kepada ibu-ibu tiri semua, sudahkah anda ingatkan suami anda tentang nafkah kepada anak-anak yang ditinggalkan kepada bekas isteri? Jika belum ingatkan, sebab kealpaan suami akan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan anda kerana bersuamikan lelaki yang tidak bertanggungjawab kepada anak-anak sendiri. Jika anda pula yang menyekat suami daripada beri nafkah kepada anak-anaknya, maka anda pasti akan menerima balasannya, sama ada cepat atau lambat, sebab janji Allah itu pasti.
Itu cuma sedikit ingatan kepada suami suami yang enggan beri nafkah kepada anak-anaknya kerana tujuan mereka hanya hendak seksa bekas isteri supaya hidup sengsara tanggung  makan minum dan pakai anak-anak sendirian. Ingatlah anda tidak akan terlepas daripada pembalasan  Allah. Saya bawakan ingatan ini untuk kita berkongsi rintihan ramai ibu tunggal termasuk dari KSIT yang terhidmpit hidupnya kerana bekas suami enggan bertanggungjawab. Dari ramai ibu-ibu tunggal yang ditemui, mereka rata-rata melahirkan rasa keciwa kerana terpaksa menanggung anak-anak sendirian, sedangkan itu tanggungjawab kaum lelaki sebagai ayah. Tambah terseksa bila tiba Hari Raya dan permulaan awal persekolahan.
Antara beberapa ibu tunggal yang ditemui dan dihubungi, ada antara mereka menyalahklan Mahkamah Syariah yang tidak menyediakan peruntukan untuk memotong terus gaji bekas suami sebagai nafkah untuk anak-anak. Sebaliknya Mahkamah Syariah melepaskan masalah nafkah ini  kepada bekas isteri untuk buat tuntutan. Tidak kurang juga menggalakkan ibu-ibu tuanggal menggunakan  khidmat peguam untuk mendapatkan nafkah. “Puan Bismiyanti berkata, tindakan mahkamah suruh ambil peguam untuk dapatkan nafkah memang tidak adil, lepas bercerai, kebanyakan suami, termasuk suami saya tak mahu bagi nafkah, Sudah lebih setahun saya turun naik mahkamah buat tuntutan. Tetapi setiap kali ke mahkamah saman suami hadir, dia tak pernah datang, Dan kes tertangguh berkali-kali. Guna khidmat peguam bukan percuma, semua kena bayar. 
“Akhirnya kerana tidak mampu, saya terpaksa lupakan tuntutan. Sebab setiap kali ke mahkamah kena ambil cuti. Saya kerja dengan syarikat Cina mereka tak faham pasal mahkamah syariah, bila saya minta cuti, mereka kata saya ponteng. Dan beri amaran akan berhentikan kerja kalau selalu ambil cuti. 
“Jadi kalau puan di tempat saya mana lebih penting, nak tuntut nafkah kah atau nak fikirkan kerja. Kalau saya berhenti kerja sapa nak beri makan 3 orang anak saya ini? Siapa nak beli pakaian seragam dan buku sekolah bila awal penggal persekolahan nanti.. Jadi dengan rasa amat keciwa saya terpaksa lupakan tuntutan nafkah. Bukan kerana saya tak mahu tuntut, tapi saya lebih sayangkan kerja. Kerana itulah periok nasi kami anak beranak. “Bekas suami bukan tak bekerja, tetapi sengaja tak mahu bagi nafkah, sudah kahwin baru tetapi  dia lebih rela tanggung nafkah anak-anak tiri daripada anak-anak sendiri. 
Dia langsung tak peduli saman mahkamah katanya, “apa mahkamah boleh buat, kalau dia tak datang? “Ada juga sekali dua dia datang tengok anaknya di sekolah. Bila jumpa paling banyak dia beri anaknya RM10 seorang. Sebagai ayah dia langsung tak peduli tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepadanya untuk beri nafkah anak-anak, anak sakit pun dia tak kisah. Agaknya kerana tak mahu bagi nafkah, maka Allah tunjukkan depan mukanya yang dia dipaksa tanggung 2 orang anak tirinya. Itu pun masih tak sedar lagi.’’ Itu cerita Puan Bismiyanti
“Puan Aliah juga mempunyai pengalaman yang sama. Dia langsung tak tuntut mafkah ke mahkamah sebab memang tak ada duit nak bayar peguam. Dia cuma merayu kepada bekas suaminya supaya beri nafkah, terutama ketika Hari Raya dan awal penggal persekolahan. “Seperti biasa bukan senang nak dapat sebab dia kata dia pun dah ada anak sendiri lebih terok lagi kena beli susu dan pampers. Gajinya pun tak banyak. Katanya saya ibunya dan bekerja, jadi apa salahnya kalau saya tanggung anak-anak sendiri ?
“Bila saya kata beri nafkah tanggungjawab seorang ayah. Dia jawab itu cerita zaman dulu. Orang lelaki dulu dia seorang diri bekerja sementara isteri. duduk rumah. Jadi si ayah kena beri nafkah anak-anak. Tetapi zaman sekarang isteri atau ibu-ibu semua sudah bekerja, jadi isterilah yang patut bagi makan pakai anak-anaknya, tak perlu minta daripada suami. “Kerana selalu bergaduh pasal nafkah,  maka anak-anak tidak dapat belajar dengan baik, tambah saya duduk rumah flat, perangai anak-anak turut berubah. 
Oleh kerana saya sering kerja malam, anak-anak terbiar, ada kalanya ponteng sekolah. “Jadi salahkah anak-anak jika mereka terpengaruh dengan perangai budak budak liar. Bekas suami salahkan saya kerana tak jaga anak. Masalahnya saya bekerja tak tentu masa, anak-anak tinggal sendirian di rumah. Gangguan luar sentiasa menguasai mereka, dan anak sulung saya berhenti sekolah dalam tingkatan 4. Dia tak minat bersekolah, akhirnya bekerja kedai motor. “Anak kedua saya perempuan, kerana takut dia ikut perangai abangnya saya hantar dia duduk dengan kakak saya di kampong. Alasan saya kalau duduk kampong sekolah dekat boleh jalan kaki, dan dia boleh bersama sepupunya. Alhamdulillah kini dia dalam tingkatan 4. “Tetapi bekas suami tuduh saya sengaja hantar anak ke kampung kerana saya nak enjoy tak mahu jaga anak. 
Sedangkan ada anak ketiga masih bersekolah dia duduk dengan saya.  Harapan saya bila anak kedua saya dapat masuk kolej atau naik tingkatan 6 nanti bolehlah saya hantarkan anak ke 3 ke kampung. Saya bersyukur kakak saya faham masalah saya dan mahu bantu saya jaga anak-anak saya. Tetapi setiap bulan saya tetap hantar duit bantuan kepadanya. “Saya tak peduli apa kata bekas suami, kerana saya mahu selamatkan anak-anak saya, saya tak mahu mereka ikut jejak abangnya yang liat ke sekolah. Pada saya kalau ayah sendifri tak mahu fikirkan nasib anak-anak buat apa ada ayah. Jangan besok bila dah tua jangan pulak tuduh anak-anak tak pedulikan ayah. Ayah mesti cermin diri sendiri’’ Itu cerita Aliah panjang lebar. Sementara itu, Puan Norraihana yang ada 2 orang anak masih kecil juga memberitahu hidupnya terseksa kerana besarkan anak-anaknya sendiri. 
Suaminya menghilangkan diri atas alasan pindah tempat kerja. Ingatkan betul, rupanya menyorok kerana tidak mahu beri nafkah anak-anak. “Bila saya sering hubunginya minta nafkah, dia tukar no telefon, supaya saya tak dapat hubungi dia lagi. Bila saya telefon ibunya di kampung, mereka beritahu mengapa saya cari dia lagi, sebab saya sudah diceraikan. Tetapi saya tak tahu. Dan tindakan terakhirnya dia ceraikan saya di mahkamah Syariah. Lebih licik, dia beritahu mahkamah syariah suruh datang jam 11 pagi, tetapi bila saya sampai dia sudah ceraikan saya di mahkamah syariah pada jam 10 pagi. Bila saya sampai, saya kebingongan. Tak tahu siapa yang betul.
“Walaupun sah saya diceraikan, tetapi saya tetap mencarinya untuk dapatkan nafkah, tetapi dia tetap menghilangkan diri. Berkali-kali saya bertanyakan kepada kaum keluarganya di mana anaknya tinggal dan di mana dia bekerja. Tetapi tidak seorang pun  mahu beritahu,  sebaliknya mereka salahkan saya kerana bercerai. Masalahnya saya diceraikan bukan saya ceraikan suami. “Pelik sungguh tuduhan keluarganya apakah saya wanita boleh ceraikan suami. Bukankah talak  ditangan suami? Tetapi keluarganya tetap salahkan saya kerana bercerai. Namun itu bukan masalahnya, saya tetap mahukan nafkah anak-anak daripada bekas suami.
“Saya pelik mengapa bekas mertua saya dan anak-anaknya tidak mahu beritahu atau nasihatkan anak lelakiunya supaya bertanggungjawab dan beri nafkah anak anaknya. Sepatutnya sebagai ibu menjadi tanggungjawab dia nasihatkan anaknya supaya jadi ayah yang baik dan amanah. “Jangan persoalkan mengapa kami bercerai, sebagai isteri memang saya tak mahu bercerai, tetapi kalau diceraikan juga salah saya ke? “Inilah masalahnya apabila emak ayah tidak mahu menasihatkan anaknya supaya beri nafkah sebaliknya menyembunyikan di mana anaknya berada. 
Tujuannya supaya anaknya iaitu bekas suami saya tidak tak perlu bagi nafkah anak-anak. Alasan bekas mertua, anaknya nak kahwin lagi, dan dia hendak bina keluarga baru yang perlukan duit.  Tetapi macam mana dengan nafkah anak-anak yang ditinggalkan kepada  bekas isteri. “Saya juga pernah menghubungi adik beradik bekas suami saya di KL minta mereka nasihatkan abangnya supaya beri nafkah. Sebaliknya adiknya menyalahkan, kerana saya yang salah hingga berlaku perceraian, maka saya tak boleh dapatkan nafkah. 
Mana dia orang sekolah? Cakap macam orang tak tahu agama, sedangkan ayahnya orang kuat masjid dan mereka pun mendapat pendidikan agama takkan soal nafkah anak pun mereka tak tahu? “Masalahnya bila saya bawa tuntutan nafkah ke mahkamah syariah, saya disuruh cari alamat bekas suami supaya mereka boleh hantar surat saman supaya hadir ke mahkamah. Masalahnya macam mana nak cari jika keluarganya sembunyikan anaknya daripada saya?
 “Kerana itu saya sarankan kepada Mahkamah Syariah supaya buat potong gaji suami yang bekerja atau berniaga sebaik sahaja mahkamah luluskan perceraian. Sebab sementara menunggu tuntutan nafkah yang makan masa bertahun-tahun, apa anak-anak nak makan. “ Jika salah satu pihak tidak setuju dengan jumlah potongan nafkah yang ditetapkan oleh mahkamah, maka mereka boleh lawan di mahkamah kemudiannya. Jadi, mahkamah fikirkan masalah ibu-ibu Tags: cerai Kahwin Ratapan Isteri suami tunggal yang terseksa tuntut nafkah dari bekas suami. Jangan biarkan anak-anak jadi mangsa kerana kebebalan ayah mereka,’’ itu harapan Norraihana supaya mahkamah syariah  buat peruntukan potong gaji bekas suami sebaik sahaja luluskan perceraian..


Kredit dckkmona
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/mertua-sorok-anak-supaya-tak-perlu-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Guru Minta Pelajar Non Muslim Makan Sorok Sorok Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

Hiburan Guru Minta Pelajar Non Muslim Makan Sorok Sorok Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 263 hits
Sempena bulan Ramadan kebanyakkan sekolah akan membuat satu polisi dimana kantin sekolah akan ditutup bagi memastikan setiap murid beragama Islam berpuasa dan untuk murid bukan Islam pula mereka digalakkan untuk membawa bekalan dari rumah t...
Ibu Bapa Di Nasihatkan Supaya Tidak Membawa Anak Anak Kecil Untuk Ke Bazar Ramadhan

Ibu Bapa Di Nasihatkan Supaya Tidak Membawa Anak Anak Kecil Untuk Ke Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 543 hits
BAGAN SERAI Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan Covid 19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik Timbalan Menteri Kesihatan ...
Rugi Tak Kenalkan Anak Dengan Kaki Ayam Doktor Kongsi Khasiatnya

Rugi Tak Kenalkan Anak Dengan Kaki Ayam Doktor Kongsi Khasiatnya

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 178 hits
Bagi yang tak pernah mencuba makan kaki ayam mungkin hidangan ini agak pelik bagi anda Tapi sebenarnya kaki ayam mempunyai banyak khasiat yang ramai tak tahu terutama untuk si kecil yang sedang membesar Kalau nak tahu apa rahsia khasiat dis...
Diam Jangan Mengada Anak Lepaskan Emosinya Dengan Tangisan Bantu Anak Bukan Marah

Diam Jangan Mengada Anak Lepaskan Emosinya Dengan Tangisan Bantu Anak Bukan Marah

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 185 hits
Hanya disebabkan kita sendiri berada dalam tekanan anak yang menangis kita minta dia berhenti kerana dikatakan mengada ngada Apa yang perlu mak ayah tahu anak menangis kerana dia mahu melepaskan emosinya Malah itu sajalah jalan baginya untu...
Anak Tak Makan Kurma Boleh Cuba Buatkan Anak Kurma Kukus Manis Berlemak Ni Memang Sedap

Anak Tak Makan Kurma Boleh Cuba Buatkan Anak Kurma Kukus Manis Berlemak Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 237 hits
Buah kurma memang bagus untuk mengembalikan semula tenaga Pun begitu bukan semua anak kita suka makan kurma apa lagi ketika waktu berbuka Bagi menarik perhatian anak kecil kita apa kata sesekali mama cuba buatkan Kurma Kukus ni pula untuk a...
Ayu Raudhah Bersyukur Mampu Susukan 5 Anak Back To Back Selama 8 Tahun

Ayu Raudhah Bersyukur Mampu Susukan 5 Anak Back To Back Selama 8 Tahun

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 197 hits
Ayu Raudhah bersyukur mampu menyusukan lima orang anaknya secara back to back sejak kelahiran cahaya mata sulung pada tahun 2014 Suatu ketika dahulu nama pelakon Ayu Raudhah pernah rancak menghangatkan pentas lakonan Bagaimanapun Ayu atau n...
Anak Mengadu Panas Bapa Prihatin Beli Lima Kipas Letak Dalam Kelas

Anak Mengadu Panas Bapa Prihatin Beli Lima Kipas Letak Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 158 hits
Seorang bapa dilihat menjadi penyelamat kepada anaknya selain murid murid lain apabila bertindak membeli lima buah kipas untuk diletakkan di dalam kelas tersebut yang dikatakan panas serta tidak selesa Tindakan prihatin itu dibuat bapa pela...
Anak Sengaja Tahan Mata Tak Nak Tidur Malam Cuba Cara Ini

Anak Sengaja Tahan Mata Tak Nak Tidur Malam Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 188 hits
Berdepan situasi anak susah tidur malam pastinya boleh mewujudkan pelbagai masalah terutamanya berkaitan tumbesaran si kecil Namun usah bimbang kerana ada cara tidurkan anak yang susah tidur boleh anda cuba Mengapa anak susah tidur malam Si...
Anzalna Dah Tahu Jantina Anak Tapi Nak Rahsiakan Dulu Saya Nak Beri Surprise Kepada Family

Anzalna Dah Tahu Jantina Anak Tapi Nak Rahsiakan Dulu Saya Nak Beri Surprise Kepada Family

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 179 hits
Memasuki usia kehamilan lapan bulan pelakon cantik Anzalna Nasir masih belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi yang dikandungnya Jelas Anzalna 34 dia mahu memberikan kejutan buat keluarga dan teman rapatnya kelak Alhamdulillah kandungan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah