Ayu Raudhah Bersyukur Mampu Susukan 5 Anak Back To Back Selama 8 Tahun


Ayu Raudhah bersyukur mampu menyusukan lima orang anaknya secara “back to back” sejak kelahiran cahaya mata sulung pada tahun 2014.
Suatu ketika dahulu nama pelakon Ayu Raudhah pernah rancak menghangatkan pentas lakonan. Bagaimanapun, Ayu atau nama penuhnya, Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 memperlahankan rentak seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha pada tahun 2011.
Ayu memilih untuk membesarkan sendiri kesemua anak-anaknya Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.
Paling membahagiakan apabila adik kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan ini turut dikurniakan rezeki menyusukan kesemua anaknya dengan susu ibu sepenuhnya.
“Mula bersalinkan anak pertama sampai sekarang memang Ayu tak berhenti menyusukan anak. Kira back to back lah menyusukan lima orang anak. Paling lama dapat susukan anak selama dua tahun dan paling sekejap setahun lebih. Itu pun berhenti menyusukan anak sebab mengandung,” demikian beritahu pelakon berwajah keibuan ini.
Tip menyusu anak cara Ayu Raudhah Sepertimana ibu-ibu lain, Ayu mengakui menjaga anak ramai yang masih kecil usianya memang sangat mencabar terutama apabila turut menyusukan anak dengan susu ibu.
“Biasalah jaga anak kecik memang banyak cabaran, bila menyusukan anak kita kena fikir nak pakai baju apa yang senang untuk menyusukan dia bila keluar rumah,” ujarnya yang sudah terbiasa lapan tahun ada situasi anak kecil sedang menyusu.
Bagaimanapun pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan ringan tulang membantu menguruskan anak-anak.
Berkongsi tentang amalannya mudah menyusukan anak terutama di bulan Ramadan, Ayu berpesan agar semua ibu menyusu rajin minum banyak air dan makan banyak makanan berkhasiat di waktu sahur.
“Pemakanan waktu sahur tu penting untuk bagi kita tenaga seharian berpuasa. Bila menyusukan anak kita mudah rasa lapar dan letih. Banyakkan makan makanan tinggi protein berbanding karbohidrat untuk melancarkan susu kita.
Selain dari itu penting untuk tidur cukup enam jam tapi kena tidur awal ya supaya kita lebih bertenaga dan sihat,” demikian Ayu berkongsi tipnya untuk sentiasa tampil ceria dan bertenaga.
Ayu Raudhah suka anak ramai
Meskipun mengakui rasa rindu terhadap dunia lakonan sesekali datang bertandang, namun ibu anak lima ini bahagia memilih memberi tumpuan sepenuhnya kepada suami dan anak-anak.
Ditanya tentang jumlah anak yang diinginkan, Ayu dan suami sepakat tidak pernah target pun berapa jumlah anak yang diinginkan.
“Kalau ikut jumlah anak kami sepatutnya dah tujuh orang sebab Ayu pernah dua kali keguguran. Sekarang ada lima orang.”
Berseloroh menyahut kata-kata Ayu, balas Zaquan yang juga ketua pasukan bola speak Negeri Sembilan FC: “Tapi saya suka nombor lapan!”
Ayu yang pernah melalui proses pembedahan potong satu tiub fallopio disebabkan hamil luar rahim anak ketiga bersyukur kerana Allah tetap murahkan rezeki dengan kehadiran anak ramai.  Jadi soal dikurniakan anak lagi tidak pernah merunsingkannya dan diterima dengan hati yang terbuka.
“Saya meletakkan keluarga prioriti dalam kehidupan, saya gembira dengan anak ramai dan kami berdua pun dibesarkan dalam adik-beradik yang ramai jadi rasa okey dan dah terbiasa,” demikian kata wanita yang bakal menginjak usia 37 tahun Disember depan.
Seronok bergelar usahawan Selain sibuk menguruskan keluarga, Ayu turut mengakui sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu dia mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan makanan. Awalnya sekadar mengisi masa lapang kerana kebetulan suami tiada menjalani latihan bola speak.
Pasangan bahagia ini mula berniaga nasi ayam penyet secara dalam talian dan tidak sangka ia mendapat sambutan menggalakkkan dan akhirnya Zaquan mengambil keputusan untuk membuka kafe makanan di Seremban sejak lebih sebulan lalu.
Selain daripada itu Ayu juga mula mencabar diri meneroka bidang perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.

Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaian wanita mampu milik, byLR.
Bermula sebagai risikan menjadi duta jenama pakaian itu, Ayu menyerlahkan pengalamannya menceburi perniagaan sejak tahun 2012  menarik keyakinan rakan kongsinya itu untuk berada di depan menerajui perniagaan diusahakan.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.
Koleksi raya byLR turut menampilkan anak perempuan Ayu Raudhah sebagai model “Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” kata Ayu yang turut mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik di sini untuk mendaftar toko.ideaktiv.com

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
 
 
 
 
The post Ayu Raudhah Bersyukur Mampu Susukan 5 Anak “Back To Back” Selama 8 Tahun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ayu-raudhah-bersyukur-mampu-susukan-5-anak-back-to-back-selama-8-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selama Tiga Tahun Ini Saya Menutup Kemas Finalis Dewi Remaja 2019 Myra Natasya Rupanya Anak Tunggal Halim Othman

Selama Tiga Tahun Ini Saya Menutup Kemas Finalis Dewi Remaja 2019 Myra Natasya Rupanya Anak Tunggal Halim Othman

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 373 hits
Bintang baharu Myra Natasya rupa rupanya ialah anak tunggal bekas penyampai radio popular Halim Othman 56 Menurut Myra 27 yang juga finalis Dewi Remaja 2019 2020 itu kepada Harian Metro sudah tiba waktu sesuai untuknya mended4hkan mengenai ...
Ayu Raudhah Suka Anak Ramai Meriah Katanya Zaquan Adha Saya Pula Suka Nombor 8

Ayu Raudhah Suka Anak Ramai Meriah Katanya Zaquan Adha Saya Pula Suka Nombor 8

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 131 hits
Pelakon Ayu Raudhah selesa untuk meletakkan prioriti kepada keluarganya berbanding karier seni ketika ini Jelas Ayu punyai keluarga yang semakin membesar ketika ini merupakan kebahagiaan yang tak terbandingkan Semua kata nak anak satu pasuk...
Ada Yang Tanya Bolehkah Jaga Ramai Pernah Kegugvran Dua Kali Ayu Raudhah Syukur Nikmat Dikelilingi Anak Ramai

Ada Yang Tanya Bolehkah Jaga Ramai Pernah Kegugvran Dua Kali Ayu Raudhah Syukur Nikmat Dikelilingi Anak Ramai

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 194 hits
Pelakon Ayu Raudhah tidak menafikan ketika ini dia selesa meletakkan keutamaan kepada keluarga sementelah anak anak kini sedang melalui proses membesar Meski akui masih rindu untuk kembali beraksi di kaca televisyen namun ibu kepada lima ca...
Rupa Ibu Masa Muda Sambut Birthday Ke 13 Tahun Wajah Cantik Anak Erra Fazira Curi Perhatian Ramai

Rupa Ibu Masa Muda Sambut Birthday Ke 13 Tahun Wajah Cantik Anak Erra Fazira Curi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 204 hits
Kelibat anak kesayangan pelakon Erra Fazira sentiasa menjadi perhatian ramai Mana tidaknya wajah ayu dan lembut miliknya saling tak tumpah seperti wajah ibunya Sempena hari lahir anaknya Engku Aleesya yang ke 13 tahun Erra Fazira memuat nai...
Secara Rasmi Penjaga Sah Kepada Anak Angkat Hafiz Hamidun Alhamdulillah Setelah Lebih 2 Tahun Hamdee Dalam Jagaan

Secara Rasmi Penjaga Sah Kepada Anak Angkat Hafiz Hamidun Alhamdulillah Setelah Lebih 2 Tahun Hamdee Dalam Jagaan

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 169 hits
Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun memaklumkan dirinya telah mendapat kelulusan hak penjagaan terhadap anak angkat lelakinya Hamdee Abdul Hafiz Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun berkongsi khabar gembira itu menerusi satu ha...
Alhamdulillah Semangat Yong Lisa Surihani Rasa Syukur Anak 7 Tahun Dah Puasa Penuh

Alhamdulillah Semangat Yong Lisa Surihani Rasa Syukur Anak 7 Tahun Dah Puasa Penuh

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 186 hits
Mak ayah mana yang tidak gembira bila mana melihat anaknya dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik Bagi pelakon Datin Lisa Surihani dia meluahkan rasa syukurnya saat melihat anak sulungnya dapat berpuasa penuh pada hari ketiga berpuasa M...
Tahniah Tateh Kekal Utuh Selepas 10 Tahun Sediakan Yang Terbaik Buat Ibu Anak

Tahniah Tateh Kekal Utuh Selepas 10 Tahun Sediakan Yang Terbaik Buat Ibu Anak

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 165 hits
Sebagai mama papa sudah tentulah kita akan menyediakan hanya yang terbaik untuk si manja tersayang Bukan sahaja mengisi tangki emosi mereka bahkan keperluan juga haruslah yang berkualiti Untuk mendapatkan segala barangan yang terbaik sudah ...
Perasaan Tunggu Anak Pergi Paling Takut Dr Jangka Hayatnya 5 Tahun Sekarang Masih Kuat

Perasaan Tunggu Anak Pergi Paling Takut Dr Jangka Hayatnya 5 Tahun Sekarang Masih Kuat

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 181 hits
Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob sebak apabila membuka cerita tentang anak keduanya Ahmad Fieradz Shah 12 yang menghidap sindrom Squeaky Baby sejak lahir Pernah dimaklumkan anaknya itu cuma punyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun Fazl...
Tahun Lepas Kecil Lagi Fatima Dah Setahun 7 Bulan Fazura Didik Anak Bangun Sahur

Tahun Lepas Kecil Lagi Fatima Dah Setahun 7 Bulan Fazura Didik Anak Bangun Sahur

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 180 hits
Selepas berhempas pulas menggerakkan perniagaan tudungnya Ramadan kali ini kata Fazura dia mahu memfokuskan kepada amal ibadah Tidak hanya bersama suami bahkan kata ibu cantik manis ini lagi dia juga kini mahu anaknya Nur Fatima Aisya menik...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever