Merpati Dipersalahkan Agak Agak Lepas Ni Apa Lagi Komedi Ph
“Nak ketawa ke nak marah?” sinis Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan mengulas cerita komedi terbaharu daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Tegasnya dalam satu lontaran di Facebook, PH semasa menjadi pembangkang sering menuding jari semuanya salah kerajaan Barisan Nasional (BN) jika ada sesuatu isu yang menimpa kepentingan rakyat.
“Pernah dengan lagu bangau oh bangau?
“Kalau dulu masa jadi pembangkang semuanya salah BN.. Bila dah jadi kerajaan pun masih lagi perangai sama…
“Cuma lebih kelakar, bila masalah pencemaran sungai salahkan kaki pancing, pencemaran udara di Johor salahkan merpati,” sindirnya lagi.
Beberapa hari lalu media perdana melaporkan rakyat negeri Selangor dan Lembah Klang menghadapi masalah bekalan air bersih (yang berlarutan lebih sepuluh tahun lalu) disebabkan pencemaran yang didakwa dilakukan oleh pemancing.
Manakala di Johor, Exco Kesihatan kerajaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pencemaran bau dari najis dan hama burung merpati di bahagian atas siling Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang mungkin menjadi antara faktor masalah gangguan kesihatan.
Untuk rekod, masalah pencemaran udara di kawasan Pasir Gudang hingga menyebabkan masalah gangguan kesihatan yang kronik kepada rakyat terutama murid-murid sekolah sejak berbulan-bulan lamanya dan sehingga kini masih gagal ditangani oleh kerajaan PH Johor.
Mengulas lanjut, Zahida juga menggesa kerajaan PH agar tidak bersikap dolak-dalik dan bertegas kepada mereka yang bertanggungjawab.
“Bukan ke kilang-kilang haram dan tak bertanggungjawab buang sisa toksik yang jadi punca pencemaran?
“Kenapa kerajaan PH macam nak lindungi mereka? Mudah jadi kerajaan kan? Sendiri yang gagal tapi salahkan pihak lain.
“Rasa-rasa lepas ni apa lagi komedi dari PH? sinisnya sekali lagi, sambil meninggalkan tanda pagar #KerajaanSepenggal. – MediaUMNO
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2019/07/24/merpati-dipersalahkan-agak-agak-lepas-ni-apa-lagi-komedi-ph/