Merosot Apa Selangor Mampu Buat 4 Program Besar
Merosot apa, Selangor mampu buat 4 program besarPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: October 18, 2022
ShareKritikan pemimpin kanan Bersatu, Azmin Ali kononnya prestasi Selangor merosot selepas beliau meninggalkan posisi Menteri Besar dilihat tidak berasas sama sekali.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat mempersoalkan kritikan Ahli Parlimen Gombak itu kerana Azmin seolah olah duduk di dalam gua selama 3 tahun dan tidak mengetahui cerita sukses Selangor selepas beliau menjawat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
“Saya ingin menasihatkan Azmin Ali supaya tidak perlu cuba mengaburi mata rakyat Selangor dengan membuat dakwaan sedemikian demi memancing undi untuk Perikatan Nasional.
“Sekiranya prestasi Selangor merosot, bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan Selangor berjaya melaksanakan 4 program besar sewaktu dan selepas negara dilanda Covid?
“Oleh sebab kerajaan pusat yang gagal mendapat vaksin, Selangor tak sanggup melihat kesihatan rakyat terus diabaikan, maka guna duit Kerajaan Negeri sebanyak RM127 juta untuk melaksanakan Selvax (vaksin Selangor) bagi program vaksinasi.
“Selain itu, kerajaan Selangor melaksanakan program Manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) , memberi sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap isi keluarga yang berkelayakan pasca Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, menurut Ahli Dewan Negeri Rawang itu, pada waktu negara menghadapi tekanan inflasi yang teruk ketika ini Kerajaan Negeri mampu memperuntukkan RM10 juta untuk program Jualan Ehsan Rakyat di seluruh kawasan DUN di Selangor.
“Terkini, Kerajaan Negeri sedang laksanakan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bertujuan memberi perlindungan insurans kepada 6 juta rakyat Selangor.
“Negeri ini masih mempunyai kewangan kukuh dan stabil walaupun pelbagai inisiatif dan program telah dijayakan, tidak seperti kerajaan pusat yang meningkatkan hutang sebanyak RM1.36 trillion pada tahun ini sahaja. Jelas perbezaan antara kerajaan bersih dan kerajaan mat sakau,” katanya.
Justeru, Wei Kiat mahu Azmin mengimbau semula prestasi kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpian parti Bersatu.
Katanya, rakyat masih tidak lupa semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan Darurat berkuatkuasa ekonomi rakyat musnah sehingga banyak yang kehilangan kerja.
“Seluruh rakyat Malaysia masih ingat ketika menghadapi kurungan di rumah oleh kerana ada orang yang gila kuasa melakukan Langkah Sheraton sewaktu Covid mengganas, kemudian rakyat terpaksa mulakan kempen kibar bendera putih demi kelangsungan hidup
“Yang paling mendukacitakan apabila bantuan kerajaan pusat tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan duit KWSP untuk menyelamatkan diri. Namun Kerajaan BN-PN dengan bangga mengatakan ini antara kejayaan terbesar mereka, kononnya membenarkan keluar wang adalah mendengar suara rakyat.
“Sebelum Azmin Ali membuat sebarang tuduhan, dia harus cari sepasang cermin yang tidak kabur dan melihat muka sendiri terlebih dahulu,” sinis Wei Kiat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/10/merosot-apa-selangor-mampu-buat-4.html