Program Motivasi Di Sekolah


 Penceramah Luar dan Program Motivasi di Sekolah
1. Saya setuju dengan penetapan garis panduan penganjuran ceramah dan program di sekolah. Bukan setakat program dengan pelajar, program dengan guru juga perlu ada garis panduannya
2. Garis panduan berkenaan boleh merangkumi berkenaan isi program dan penyampai (penceramah) program. JAKIM telah menerbitkan garis panduan program motivasi berunsur Islam. Garis panduan ini boleh dirujuk untuk dibaca bersama garis panduan KPM. https://www.islam.gov.my/.../garis_panduan_program...3. Berkenaan penceramah, mungkin perlu ada satu mekanisme yang mengatur pemilihan penceramah. Mekanisme ini tidak boleh terlalu mengekang (contoh: sekolah perlu dapatkan kelulusan Menteri setiap kali hendak menjemput penceramah). Wujudkan mekanisme yang efektif (berkesan memilih penceramah yang sesuai) dan efisien (tidak membebankan pihak sekolah dan penceramah)
Latar belakang, pengalaman, kelulusan akademik, afiliasi politik, dan ciri-ciri peribadi lain boleh dipertimbangkan, disaring, dan disejajarkan dengan objektif program
Jika pihak sekolah hendak mendedahkan pelajar dengan aktiviti lasak, sebagai contoh, Abang Polar Rizal Khalif (tak tau pasal apa tak boleh tag) memang sesuai dijemput berdasarkan pengalamannya meneroka kutub Utara. Apa ijazah akademiknya tidak relevan jika skop perkongsian terbatas kepada pencapaiannya menyertai ekspedisi merentas kawasan Artik
4. Garis panduan yang dibentuk boleh menjadikan perlindungan dan perkembangan murid-murid sebagai maqasid (objektif). Garis panduan ini tidak sekadar satu tindak balas reaktif terhadap kes amang seksual yang masih dalam peringkat siasatan. Murid-murid perlu dilindungi daripada ancaman seksual, fizikal, rohani, dan intelek. Sebab itulah program yang pekat dengan unsur pseudosains perlu dibendung. Program seumpama itu akan mengamcam kesejahteraan intelek dan emosi murid-murid. Ajaran yang salah cenderung membentuk pemikiran yang salah. 5. Secara peribadi, istilah 'program motivasi' itu sendiri bermasalah. Jika motivasi diberi untuk menggerakkan tindakan, apa bezanya 'program motivasi' dengan penyampaian ilmu? Tidak cukupkah "majlis ilmu" sebagai label pemasaran dan pengiklanan? Dalam tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Jamek minggu lepas, ustaz berpesan di akhir sesi: "Saya tak beruntung. Tuan-tuan yang mendengar ini pun tak beruntun. Yang beruntung ialah yang mengamalkan ilmu yang baik, dan sebarkan pula kepada orang lain". Ilmu itu sendiri sifatnya memotivasikan. Ilmu untuk diamalkan. Sampaikanlah ilmu yang sahih. Sampaikanlah ilmu yang relevan, praktikal, dan mudah diamalkan oleh murid-murid. 6. Dalam membincangkan garis panduan ini, saya juga kerapa dengar istilah 'pakar motivasi'. Mungkin garis panduan ini juga boleh mendefinisikan siapakah yang layak diberi gelaran pakar motivasi. 7. Jika maqasid program ialah hendak berhibur dengan selebriti dan pempengaruh media sosial, maka anjurkanlah konsert.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2022/10/program-motivasi-di-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemerintah Tetapkan Pakaian Adat Jadi Seragam Sekolah Begini Aturan Selengkapnya

Pemerintah Tetapkan Pakaian Adat Jadi Seragam Sekolah Begini Aturan Selengkapnya

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 177 hits
Peraturan terbaru Kemendikbudristek ini mengacu pada model seragam dan jadwal pemakaiannya Khusus untuk pakaian adat hanya dipakai saat hari atau acara adat tertentu
Template Percuma Myportfolio Guru Guru Akademik Biasa Sekolah Menengah

Template Percuma Myportfolio Guru Guru Akademik Biasa Sekolah Menengah

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 305 hits
MYPORTFOLIO merupakan penjenamaan semula Fail Meja Selaras dengan perkembangan semasa setelah dikaji semula dan ditambah baik maka dipersetujui untuk mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 4 Tahun 2018 MyPortFolio Panduan Ke...
Template Percuma Myportfolio Guru Guru Penolong Kanan Hem Sekolah Rendah

Template Percuma Myportfolio Guru Guru Penolong Kanan Hem Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 211 hits
MYPORTFOLIO merupakan penjenamaan semula Fail Meja Selaras dengan perkembangan semasa setelah dikaji semula dan ditambah baik maka dipersetujui untuk mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 4 Tahun 2018 MyPortFolio Panduan Ke...
7 Cara Hilangkan Kekotoran Pada Baju Sekolah

7 Cara Hilangkan Kekotoran Pada Baju Sekolah

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 316 hits
7 CARA HILANGKAN KEKOTORAN PADA BAJU SEKOLAH Pergi sekolah kemain cantik lagi balik dah macam belacan pada baju putih sekolah Punyalah kan menyental setiap hari baju sekolah anak kalau boleh nak tukarkan baju baru setiap hari Nasib baik tak...
Resipi Popia Enoki Goreng Crispy Kudapan Ringkas Bekal Anak Sekolah Sedap

Resipi Popia Enoki Goreng Crispy Kudapan Ringkas Bekal Anak Sekolah Sedap

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 279 hits
Kudapan rangup memang buat anak terujanya lain macam untuk makan Apa kata mama selitkan sedikit kudapan sihat ini Popia Enoki rangup untuk bekal anak Macam mana nak buat Paling mudah hanya balut sahaja dengan kulit popia dan goreng Mudah ka...
Hayder Baru 2 Tahun Masuk Sekolah Cuma Bermain Eyra Jawab Kecaman Ramai

Hayder Baru 2 Tahun Masuk Sekolah Cuma Bermain Eyra Jawab Kecaman Ramai

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 259 hits
Selebriti Eyra Hazali menjawab kecaman sesetengah individu yang mempersoalkan kenapa dia memasukkan anak sulungnya ke sekolah walaupun baru berusia 2 tahun Menurutnya dia menghantar anak sulungnya Hayder ke sekolah walaupun terlalu awal bag...
Latih Anak Anak Lakukan Ulang Kaji Matematik Di Calculator Org Pada Musim Cuti Sekolah Ini

Latih Anak Anak Lakukan Ulang Kaji Matematik Di Calculator Org Pada Musim Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 206 hits
LATIH ANAK ANAK LAKUKAN ULANG KAJI MATEMATIK DI CALCULATOR ORG PADA MUSIM CUTI SEKOLAH INI Assalammualaikum semua Semenjak anak anak sudah boleh kembali bersekolah secara bersemuka Banyak impak dalam kehidupan mereka Setiap hari ada sahaja ...
Misterius 57 Siswa Sekolah Di Meksiko Diracun

Misterius 57 Siswa Sekolah Di Meksiko Diracun

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 173 hits
Pihak berwenang tidak berspekulasi tentang apa yang menyebabkan peristiwa itu namun media lokal menyebut sejumlah orang tua meyakini siswa siswa itu menelan makanan atau minuman yang diberi racun
Ibu Berdebar Tunggu Anak Tak Keluar Masuk Sekolah Nampak Dikerumun Guru Rakan

Ibu Berdebar Tunggu Anak Tak Keluar Masuk Sekolah Nampak Dikerumun Guru Rakan

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 238 hits
Setiap anak mempunyai bakat dan kelebihannya tersendiri Oleh itu ibu bapa merupakan tulang belakang yang perlu memberi sokongan dan bimbingan kepada anak anak untuk terus maju dalam melakukan apa jua perkara yang diminati Menerusi satu perk...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jom Terus Amalkan

Kucing Bernama Dak Jasmine

13 Golongan Yang Kencingnya Menyebabkan Solat Tidak Sah

7 Produk Xdr Yang Popular Dan Dipercayai Tahun 2025

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

Bayam Merah