Merombak Kabinet Perlu Tapi Menyusun Ketua Ketua Setiausaha Jauh Lebih Perlu






Sebuah portal berita semalam melaporkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka akan membuat rombakan kabinet secara besar-besaran dalam masa terdekat ini.


Laporan yang dibuat dengan memetik sumber daripada Jabatan Perdana Menteri itu menyebut, selain melakukan rombakan kabinet, Anwar juga dikatakan mahu menukar Ketua Setiausaha beberapa kementerian.


Di samping rombakan kabinet dan menukar Ketua Setiausaha, Anwar turut dilaporkan akan menyusun semula anggota birokrasi dan kakitangan penting perkhidmatan awam, malah juga pegawai-pegawai di pejabatnya sendiri.


Semua rombakan atau perubahan itu dikatakan sudah sampai masanya untuk dilakukan bagi memantapkan lagi kedudukan kerajaan berikutan selesainya PRN enam negeri, disusuli sokongan terbuka GPS kepada Anwar sehingga habis penggal yang sekaligus bererti kerajaan perpaduan ini akan terus stabil sehingga 2027 akan datang.


“Perdana menteri kini fokus untuk memantapkan lagi kerajaan agar berfungsi lebih berkesan melaksanakan dasar-dasar utama seperti RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), pembentangan Bajet 2024 pada Oktober, polisi tenaga dan menurunkan kos sara hidup rakyat,” kata sumber tersebut.


Setelah hampir setahun terbentuknya kerajaan perpaduan, berita rombakan kabinet ini adalah berita yang amat menggembirakan buat para penyokong PH di seluruh negara.


Selama ini begitu banyak boleh didengar rungutan dan rasa tidak puas hati penyokong bawahan ini terhadap beberapa menteri yang gagal dalam peranan mereka.


Meskipun dibatasi dengan pilihan yang terhad di kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk diangkat sebagai menteri, tetapi ramai berharap agar Anwar tidak takut menukar atau menggugurkan beberapa menteri yang dilihat lemah dan tidak berfungsi sepanjang 10 bulan beliau menerajui kerajaan ini.


Tidak terkecuali, perbualan juga sudah merata di kalangan penyokong PKR dan PH sendiri yang mahu Anwar segera menukar lain-lain lantikan yang mengetuai agensi, jabatan atau unit yang penting, seperti Jkom misalnya.


Untuk kerajaan ini lebih menyerlah, selain merombak kabinet, apa yang dirasakan perlu, malah sangat perlu diberi perhatian oleh Perdana Menteri ialah berkaitan komunikasi, penyampaian maklumat kepada rakyat dan menangkis segala macam serangan serta fitnah pembangkang yang dilihat kian ekstrem kebelakangan ini.


Selain pasukan media sosial perlu diurus dengan lebih baik lagi, keberkesanan media arus perdana juga amat perlu dipertingkatkan lagi agar benar-benar berkesan dan menggerunkan pihak lawan.


Namun demikian, di samping rombakan kabinet dan kemudian diharapkan akan berlaku perubahan di peringkat agensi atau jabatan bawahannya selepas itu, terutama berdasarkan kecenderungan pengundi kakitangan awam ketika PRN enam negeri baru-baru ini, menyusun semula Ketua-Ketua Setiausaha kementerian sudah termasuk dalam kategori tidak boleh ditangguh-tangguh lagi.


Secara prinsipnya, walupun undi adalah rahsia dan seseorang itu bebas membuat pilihan, tetapi sebagai penjawat awam, mereka perlu bersama, menyokong dan sehati sejiwa dengan parti yang menerajui kerajaan semasa.


Kalau kerajaan diumpamakan seperti sebuah kereta, Perdana Menteri dan parti yang menjadi kerajaan adalah umpama pemandu dan pemegang seterengnya, manakala penjawat awam pula adalah enjin serta segala macam komponen yang menggerakkan kereta tersebut.


Ke mana hala tuju kereta adalah terletak di tangan pemandu yang memegang setereng menentukannya dan untuk memastikan perjalanan lancar menuju destinasi, enjin mesti sentiasa dalam keadaan baik.


Jika salah satu – pemandu atau enjin – tidak berfungsi atau tidak tahu peranan masing-masing yang harus saling membantu itu, kereta boleh jadi akan masuk ke dalam gaung.


Dalam kedaaan negara sekarang, kita boleh dikata sudah memiliki pemandu atau Perdana Menteri yang baik, ada hala tuju serta wawasan yang jelas ke mana kereta ini mahu dibawanya.


Dengan itu, enjin mesti membantu dan tidak seharusnya selalu meragam atau buat hal di tengah jalan.


Dan jangan lupa, bagi memastikan kereta dapat berjalan dengan baik serta sampai ke destinasi dalam sasaran waktu yang telah ditetapkan, adalah menjadi kuasa dan pilihan pemandu untuk menukar mana-mana komponen enjin yang tidak berfungsi dengan gantian yang lebih baik.


Dalam hal ini, sebelum Anwar berdepan kerosakan enjin dan agar kereta yang dipandunya tidak selalu meragam, menyusun serta menukar mana Ketua-Ketua Setiausaha kementerian dengan yang sealiran dengan jiwa pemenang setereng adalah suatu keperluan.


Hanya dengan menukar Ketua Setiausaha yang merupakan komponen utama dalam enjin terlebih dahulu, barulah boleh dipastikan penjawat awam secara keseluruhannya atau lain-lain komponen dalam enjin juga tidak sangkut dan sentiasa bersama dengan aspirasi kerajaan semasa yang sedang berkuasa.


Jika tidak dilakukan segera, kerajaan bukan saja tidak mampu berfungsi dengan baik dalam khidmatnya kepada rakyat, malah akan sentiasa gagal dan seterusnya potensi untuk menang lagi dalam PRU akan datang akan tipis dengan sendirinya. – ShahbudinHusin 24/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/#google_vignette






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/merombak-kabinet-perlu-tapi-menyusun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jamal Tidak Lagi Jamban Tapi Ketua Pemuda Pas Otak Jamban

Jamal Tidak Lagi Jamban Tapi Ketua Pemuda Pas Otak Jamban

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 227 hits
Terpaksa juga tulis benda ni Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya Jamal Yunos ni lebih matang dan rasional daripada Ketua Pemuda PAS Menurut Jamal Baju Merah tak akan turun berdemo esok kerana tak mahu ganggu urusan rakyat Macam tak per...
Qm Tawarkan Jauh Lebih Berbaloi

Qm Tawarkan Jauh Lebih Berbaloi

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 265 hits
Perbualan yang sangat menarik dengan Dr Kenneth di MIHAS petang semalam Kebetulan kami ada latarbelakang penglibatan bisnes yang sama cuma beliau memulakan kerjaya dengan bank saya bermula dengan universiti Persamaan kami ialah kami pernah ...
Lebih 20 Kemudahan Sukan Dinaiktraf Dibina Tapi Mp Pn Masih Tak Nampak

Lebih 20 Kemudahan Sukan Dinaiktraf Dibina Tapi Mp Pn Masih Tak Nampak

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 389 hits
HarapanDaily comTerdapat lebih 20 kemudahan sukan dinaiktraf dan dibina di Parlimen Permatang Pauh sejak 2018 Ketua Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh Fahmi Zainol menyenaraikan fasiliti terbabit yang kebanyakannya terdiri daripada gelan...
Sprm Tahan Pengetua Ketua Pembantu Tadbir Terima Rasuah Lebih Rm17 000

Sprm Tahan Pengetua Ketua Pembantu Tadbir Terima Rasuah Lebih Rm17 000

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 175 hits
JOHOR BAHRU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang pengetua sekolah dan ketua pembantu tadbir sekolah kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM17 000 awal tahun ini Menurut sumber SPRM lelaki b...
Hari Malaysia Jauh Lebih Baik Rakyat Pilih Kemanan

Hari Malaysia Jauh Lebih Baik Rakyat Pilih Kemanan

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 331 hits
Mohd Affendi Abas Rakyat dah cakap Jangan buat Hari Malaysia Kerengga degil jugak Patutlah FRU x layan X der apa yang boleh menjejaskan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani ni Jangankan nak tumbangkan Nak menggigit pun x lepas Tak der rakyat ...
Managing The Economy By Kun Fa Ya Kun I Dont Care I Boleh 10 Kali Lebih Kasar

Managing The Economy By Kun Fa Ya Kun I Dont Care I Boleh 10 Kali Lebih Kasar

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 318 hits
Folks this short video here is a must watch This is how managing the economy by kun fa ya kun is done Kun fa ya kun is arabic it means Be and it is The equivalent phrase in the English Bible is possibly in Genesis 1 3 4 And god said Let the...
Ibu Bapa Hadiahkan Ameera Khan Bmw I7 Netizen Dedah Harga Lebih Rm700 000

Ibu Bapa Hadiahkan Ameera Khan Bmw I7 Netizen Dedah Harga Lebih Rm700 000

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 190 hits
Adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan mendapat hadiah sebuah kereta mewah jenis BMW i7 dari ibu bapanya Hadiah Ameera Khan BMW i7 Video kenyataan tersebut telah dikongsikan satu akaun TikTok peminat keluarga mereka dikena...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord