Meriah Ini Senarai Penyanyi Yang Akan Comeback Debut Bagi Bulan Februari
Siap sedia semua!
Bulan Februari ini akan menjadi bulan yang meriah dalam industri muzik di Korea Selatan, dengan lebih 10 penyanyi dan kumpulan idola yang akan debut serta membuat kemunculan semula mereka.
Lihat senarai penuh penyanyi yang akan membuat penampilan pada bulan ini:
Ravi VIXX – 8 Februari
Ravi VIXX telah mengesahkan bahawa dia akan kembali dengan album studio keduanya, “LOVE&FIGHT” pada 8 Februari ini jam 5 petang! Sekadar info, Ravi telah menubuhkan agensinya yang kedua ‘THE L1VE’, bertujuan untuk menyokong artis muzik dalam pelbagai genre. Penyanyi Ailee menjadi artis pertama yang menandatangani dengan label itu dan disertai oleh Wheein MAMAMOO pada Ogos 2021. Nantikan kemunculan semula Ravi!
VIVIZ – 9 Februari
VIVIZ, kumpulan baharu yang terdiri dari bekas ahli GFRIEND Eun-ha, SinB dan Umji, bakal membuat debut mereka pada 9 Februari ini. Sebelum ini, ketiga-tiga ahli itu telah diuji positif COVID, namun agensi telah mengesahkan bahawa kesemua mereka telah pun sembuh, dan bakal meneruskan aktiviti debut mereka seperti yang telah dijadualkan. Nantikan keluaran album VIVIZ “Beam of Prism” pada 9 Februari ini jam 5 petang!
APINK – 14 Februari
APINK sah akan membuat kemunculan semula dengan kesemua 6 ahli pada 14 Februari ini! Walau bagaimanapun, Na-eun yang merupakan satu-satunya ahli yang berada di agensi berbeza dengan ahli lain, tidak akan terlibat dengan aktiviti promosi kumpulan itu. APINK akan kembali dengan album “HORN” pada 14 Februari ini jam 5 petang. Nantikan!
EPIK HIGH – 14 Februari
Dengan penampilan mereka akan datang di festival muzik popular ‘Coachella’ di California yang akan berlangsung pada April ini, EPIK HIGH juga sah akan kembali dengan album baharu “Epik High Is Here 下 (Part 2)” pada 14 Februari ini jam 5 petang!
Taeyeon SNSD – 14 Februari
Tae-yeon yang dikenali dengan vokalnya yang hebat dan unik, juga tersenarai dalam barisan penyanyi yang akan kembali pada bulan ini! SM Entertainment mengesahkan bahawa penyanyi itu akan kembali dengan album penuh ke-3 pada 14 Februari ini. Tae-yeon juga telah rilis single pra-keluaran “Can’t Control Myself” yang merupakan salah satu trek dalam album akan datang “INVU”, bakal dirilis pada 14 Februari jam 5 petang!
TREASURE – 15 Februari
Setelah sekian lama menyepi, TREASURE akhirnya akan kembali dengan mini album pertama “‘The Second Step: Chapter One.”! TREASURE juga telah mendedahkan teaser poster bagi lagu tajuk “Jikjin”, yang bermaksud ‘kepala lurus’ dalam bahasa Korea. Nantikan comeback TREASURE pada 15 Februari ini jam 5 petang.
Wonho – 16 Februari
Wonho, bekas ahli MONSTA X, kini akan membuat kemunculan semula sebagai artis solo! Pada 21 Januari, Wonho telah mengeluarkan teaser untuk album single pertamanya, bertajuk “OBSESSION”. Ini akan menjadi kemunculan semula Korea pertamanya sejak keluaran mini album ketiganya, “Blue Letter” pada September 2021. Jangan lupa nantikan kemunculan Wonho pada 16 Februari ini jam 5 petang!
BTOB – 21 Februari
BTOB sah akan kembali dengan kesemua 6 ahli pada 21 Februari ini! Kemunculan semula BTOB yang akan datang ini akan menandakan kemunculan semula pertama kumpulan itu dalam hampir empat tahun, dengan keluaran terakhir mereka sebagai kumpulan berenam dengan album mini ‘This Is Us’ 2018. Kumpulan itu akan comeback dengan album ketiga “Be Together” yang bakal dirilis pada 21 Februari ini jam 5 petang.
CRAVITY – 22 Februari
CRAVITY secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan membuat kemunculan semula dengan Bahagian 2 album pertama mereka, bertajuk “LIBERTY : IN OUR COSMOS”. Nantikan album baharu CRAVITY yang bakal dikeluarkan pada 22 Februari ini jam 5 petang!
NMIXX – 22 Februari
ARTIKEL BERKAITAN
Ada 7 Ahli, JYP Entertainment Umum Kumpulan Gadis Baharu 'NMIXX'
Kumpulan gadis baharu JYP Entertainment, ‘NMIXX’ telah dijadualkan untuk debut pada 22 Februari ini dengan single “AD MARE”. Bagi yang belum tahu, NMIXX ialah kumpulan 7 ahli yang terdiri daripada Kyu-jin, Ji-woo, BAE, Jinni, Sull-yoon, Hae-won, dan Lily. Nantikan kemunculan pertama NMIXX pada 22 Februari ini jam 5 petang. Tonton video teaser debut di atas!
BILLIE
Agensi bagi BILLIE iaitu Mystic Story, telah mengesahkan bahawa kumpulan itu akan kembali pada penghujung bulan Februari ini dengan album baharu. Tarikh kemunculan semula mereka masih belum diumumkan, namun peminat boleh menantikan muzik baharu BILLIE pada bulan ini!
STAYC
Meskipun belum mengumumkan tarikh kemunculan semula, namun HIGH-UP Entertainment, agensi bagi STAYC telah mengesahkan bahawa kumpulan itu akan kembali dengan album mini kedua “YOUNG-LUV.COM.”. Tonton teaser di atas!
Wah! Siapa yang korang paling tak sabar nak tunggu?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/meriah-ini-senarai-penyanyi-yang-akan-comeback-debut-bagi-bulan-februari/