Meriah 100 Bayi Berentap Untuk Gelaran Juara Baby Merangkak Race Pa Ma X Simpan Sspn 2024


Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada 29 Oktober 2024 yang lalu.
Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama di antara Pa&Ma dan Simpan SSPN untuk menggalakkan ibu ayah membuat simpanan pendidikan buat anak-anak mereka.  Dengan tagline Jadilah Superhero Anak Anda!, penganjuran pertandingan ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang manfaat membuka akaun Simpan SSPN.
Turut hadir untuk memeriahkan acara pada hari tersebut adalah Pn. Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Pn. Wan Erni Liza Md Izatzi, Editor Pengurusan Grup Family & Parenting NU Ideaktiv Sdn. Bhd. serta Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri dan Dyya Nawai, penyampai radio Nasional FM merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Meriah acara yang dikendalikan Bell Ngasri dan Dyya Nawai! Bayi Comel-Comel, Acara Meriah!
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak mengikut pusingan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.
Para peserta sedang bersedia untuk dilepaskan di garisan permulaan Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 100 orang bayi yang berusia enam hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Bersungguh-sungguh ibu ayah ‘memancing’ anak untuk merangkak Pertandingan ini yang terbahagi kepada 20 pusingan dan seramai lima orang bayi akan merangkak pada satu masa. Masa yang diberikan adalah selama dua minit untuk bayi sampai ke garisan penamat, sekiranya tamat tempoh dan peserta masih merangkak atau tidak bergerak, mereka akan tersingkir.
Antara gelagat para peserta ketika dilepaskan untuk merangkak Untuk setiap pusingan, masa setiap peserta akan diambil bagi menentukan bayi manakah yang paling pantas untuk mencari Bayi Juara, Bayi Naib Juara, Bayi Tempat Ketiga serta dua Bayi Saguhati. Selain itu juga, terdapat satu anugerah khas iaitu Baby Wow! Superhero.
Team Pa&Ma yang bertanggungjawab untuk mencatat masa setiap peserta Tahniah Kepada Para Pemenang
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2024 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Abdul Rahman Mohd Afdzlan, Bayi Naib Juara, Mohd Alif Mohd Mustaqim dan Bayi Tempat Ketiga, Muhammad Afwan Mohd Faizal, manakala dua Bayi Saguhati adalah Qaisar Anaqi dan Muhammad Afwan Madh Affiq. Bagi anugerah khas Baby Wow! Superhero pula menjadi milik Reiner Adrian.
Bayi Juara – Abdul Rahman Mohd Afdzlan Bayi Naib Juara – Mohd Alif Mohd Mustaqim Bayi Tempat Ketiga – Muhammad Afwan Mohd Faizal Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers manakala Naib Juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers. Bayi Tempat Ketiga pula telah memenangi akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers.
Untuk dua Bayi Saguhati telah membawa pulang akaun Simpan SSPN berilai RM50, medal dan hamper istimewa setiap seorang. Penerima anugerah Baby Wow! Superhero juga membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal dan hamper istimewa.
Pemenang Bayi Saguhati – Qaisar Anaqi Pemenang Bayi Saguhati – Muhammad Afwan Madh Affiq Baby Wow! Superhero – Reiner Adrian Terima kasih kepada pihak yang menjayakan pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2024. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari ibu ayah yang menjadi follower Pa&Ma!
 
 
The post Meriah! 100 Bayi Berentap Untuk Gelaran Juara Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2024 appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/meriah-100-bayi-berentap-untuk-gelaran-juara-baby-merangkak-race-pama-x-simpan-sspn-2024/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Jaclyn Chia Dinobatkan Sebagai Juara Bintang Ai 2024 Budiey Channel

Tahniah Jaclyn Chia Dinobatkan Sebagai Juara Bintang Ai 2024 Budiey Channel

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 112 hits
Bintang Ai 2024 telah menyaksikan kemuncak kejayaan seorang bintang muda dari Sabah Jaclyn Chia yang berjaya meraih gelaran juara setelah menewaskan lapan peserta berbakat lain pada malam Sabtu yang lalu Pertandingan yang berlangsung di Aud...
Borang Mykasih 2024 Syarat Permohonan Dan Cara Mohon

Borang Mykasih 2024 Syarat Permohonan Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 101 hits
Kerajaan terus menambahbaik program bantuan Sumbangan Asas Rahmah melalui kerjasama dengan MyKasih Foundation dan individu yang layak boleh memohon dengan mengisi borang MyKasih MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh n...
Konsert Telan Kaset 90 An 2024 Malaysia S Noodle Fest

Konsert Telan Kaset 90 An 2024 Malaysia S Noodle Fest

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 103 hits
FIRST IN MALAYSIA The Malaysia Noodles Fest and Konsert Telan Kaset 90 an is a vibrant celebration of Malaysian culture cuisine lifestyle and music 12 13 Oct 2024 10 00AMPadang Timur MBPJPjs 52 46200 Petaling Jaya Selangor MalaysiaKEMBALIKA...
Fun Party Sept 2024

Fun Party Sept 2024

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 88 hits
Alhamdulillah Ad hoc punya program berjalan lancar dengan izin Allah swt Kali ini kami X strangers menerima 2 keluarga baru dalam circle kami welcome En Shahril dan Kak Safura Hj Kamarudin sekeluarga En Zul Tercetus idea nak gathering ini b...
Sarapan Ahad 29 September 2024

Sarapan Ahad 29 September 2024

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 96 hits
Assalamualaikum Hi korang Dah sarapan ke Hajat hati nak sarapan kat luar bawak PZ sekali PZ x nak Dania pun kepenatan SA tengok Dalam fridge ada baki nasi Malam tadi terus buat nasi goreng Dan goreng keropok ikan tamban Jadi la simple aje s...
Mahrajan Al Quran Sekolah Sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024

Mahrajan Al Quran Sekolah Sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 78 hits
Mahrajan al Quran Sekolah sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024 Mahrajan al Quran merupakan salah satu program yang mengumpulkan pelajar pelajar sekolah dari seluruh negara untuk mengasah bakat dan kefahaman mereka dalam bidang al...
Ringgit Mampu Cecah Rm4 00 Sedolar Akhir 2024 Rm3 55 Akhir 2025 Bmi

Ringgit Mampu Cecah Rm4 00 Sedolar Akhir 2024 Rm3 55 Akhir 2025 Bmi

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 98 hits
BernamaKUALA LUMPUR BMI Country Risk amp Industry Research unit Fitch Solutions menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4 00 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada RM4 55 sebelum ini Perkembangan itu turut memaparkan pres...
Come Back On Track 2024

Come Back On Track 2024

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 119 hits
nbsp Come Back On Track 2024 Rasa gementar bila nak start balik join Fun Run ni tau Last nieyl join tahun lepas bulan Disember 2023 Now nieyl start balik bulan September 2024 jarak dia dalam 8 bulan juga ya nieyl tak join Jadi semalam nieyl...
10 Jenama Ayam Goreng Tempatan Yang Popular Di Malaysia

Percetakan Cawan Plastik Dan Kertas Yang Kreatif Tingkatkan Pengalaman Minum Pelanggan

Mahkota Win Doesn T Mean Dap Umno Have Buried Hatchet Says Analyst

Saya Anggap Di Sinilah Kubur Suami

Is The Huge Foreign Worker Presence In Cameron Highlands Legit Are Enforcement Agencies Aware

Staycation Cuti Sekolah Di Mercure Living Putrajaya

Japanese Tarot

Seismic Shift In The Malaysian Political Landscape About To Occur


echo '';
5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton


It Firm Name Ideas

Selamat Maju Jaya Kak Nija

Kejohanan Sukan Udara Malaysia 2024

Filem Mereka Yang Tertewas

Cara Mohon Lesen B Penuh Terbaru Jpj Umum Untuk Rakyat Malaysia

Borang Pengesahan Pendapatan Maksud Contoh Template