5 Aplikasi Waktu Solat Selain Muslim Pro Untuk Tahun 2024



Jika anda sedang mencari aplikasi Waktu Solat yang sesuai untuk telefon bimbit anda, disini saya cuba senaraikan cadangan 5 aplikasi Waktu Solat untuk tahun 2024 sebagai alternatif kepada aplikasi Muslim Pro.
Mungkin selepas isu penjualan data pihak Muslim Pro kepada pihak ketiga tahun lalu, ramai cuba beralih kepada aplikasi lain yang lebih selamat.
Walaubagaimanapun, pembangun aplikasi tersebut telah mendangkal kenyataan tersebut dimana tiada data leak yang berlaku. Semua perkara itu adalah salah faham sahaja. Tetapi betul ke sebenarnya? kita tidak tahu
Selepas isu tersebut jugalah, rakyat Malaysia delete aplikasi Muslim Pro daripada telefon masing-masing dan mencari aplikasi yang lain.
Jadi jika anda salah seorang yang sedang mencari aplikasi waktu solat dan laungan azan yang sesuai untuk tahun 2024 selain Muslim Pro, anda boleh tengok senarai ini.

5 Aplikasi Waktu Solat Yang Terbaik Untuk Tahun 2024Senarai aplikasi ini ada yang menyediakan untuk pengguna Android sahaja atau iOS sahaja. Dan ada juga disediakan untuk kedua-dua platform tersebut. 
1.  The Noor
Baru-baru ini, usahawan muda berjaya, Neelofa telah melancarkan aplikasinya sendiri yang mengfokuskan kepada kehidupan sebagai seorang muslim iaitu The Noor. Aplikasi ini menyediakan banyak fungsi seperti notifikasi Azan dan waktu solat, al-quran, fungsi kiblat dan playlist al-quran untuk dengar pada bila-bila masa.
BACA : Aplikasi Muslim Pro Memperdengarkan Suara Neelofa Membacakan Makna Al-Quran
Fokus kepada fungsi waktu solat, ianya menggunakan pengiraan daripada JAKIM, jadinya tepat khusus bagi penggunaan di Malaysia. Selain itu ada juga fungsi cuaca bagi setiap waktu solat tersebut. Untuk laungan azan, terdapat 3 muazzin yang anda boleh pilih iaitu Akbar Azmi, Sheikh Idris Sulaiman dan Yasin Sulaiman. Semuany sedap didengari.
Untuk antaramuka, ianya mudah digunakan dengan segala ciri mudah difahami. Jangan risau, ada 5 pilihan bahasa disediakan termasuk English dan Bahasa Melayu. Anda boleh menggunakan aplikasi The Noor secara percuma untuk semua fungsi dan ianya tiada iklan diselitkan. Anda juga boleh tukar warna tema tau. Ikut kesesuai anda.
Jika berminat, boleh download aplikasi The Noor di Google Play Store atau Apple App Store.
2.  Waktu Solat Malaysia
Aplikasi Waktu Solat Malaysia dibangunakan oleh Media Prima Digital Sdn. Bhd. Aplikasi ini juga mengfokuskan kepada waktu solat disamping fungsi-fungsi lain. Ada ciri al-quran, doa-doa asas seperti  doa wuduk, doa solat, doa qunut, doa azan dan macam-macam lagi. Juga disediakan senarai restoren halal dan masjid berhampiran dengan anda. Tidak lupa juga, ada fungsi arah kiblat.
Untuk notifikasi azan, hanya terdapat 2 muazzin iaitu daripada Ustaz Hj Abu Bakar Bin Sairi dan juga Mohammed Najib bin Jemoin. Bunyinya juga agak lantang berbanding aplikasi lain sepanjang saya menggunakan aplikasi ni. Jadi nak bangun subuh, macam senang sikit la.
Aplikasi ini boleh digunakan secara percuma untuk semua fungsi tetapi diselitkan sedikit iklan pada beberapa bahagian. Ianya agak kacau kadang-kala. Selain itu, kadang waktu solatnya juga berbeza.
Jika berminat, boleh download aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play Store, Huawei App Gallery atau Apple App Store.

3.  Iman / Iman Pro
Aplikasi Iman antara interface yang paling simple dan minimalis daripada senarai ini. Ianya dibangunkan oleh orang Malaysia. Jadi tiada masalah kebocoran data atau jualan data kepada pihak ketiga la. Aplikasi iman juga mengfokuskan kepada waktu solat disamping fungsi lain. Ada fungsi kiblat, cari restoren halal dan masjid terdekat, dan sebagainya.
Selain daripada waktu solat Malaysia yang diambil daripada JAKIM, Iman juga menyediakan waktu solat bagi negara-negara lain yang diambil daripada MUIS, Singapore, Kementerian Agama RI, Indonesia, Pusat Da'wah Islamiah, Brunei FIANZ, New Zealand dan banyak lagi. Jadi anda boleh dapatkan waktu solat yang tepat apabila berada di luar negara.
Aplikasi Iman boleh didapati dengan percuma tetapi fungsi adalah terhad. Jadi anda boleh dapatkan Iman Pro untuk menggunakan semua fungsi yang disediakan dengan harga RM19.90 sekali bayar. Untuk tips, jika sebelum ini, anda boleh dapatkan secara percuma ketika tarikh hari jadi pembangun mereka atau dalam bulan Ramadan. Adalah lebih baik dapatkan Iman Pro bagi support produk lokal ini
Aplikasi ini hanya disediakan untuk pengguna iPhone, Serius, bagi saya Iman Pro adalah aplikasi terbaik bagi pengguna iOS.
Jika berminat, boleh download aplikasi di App Store untuk Iman atau Iman Pro.
4.  MySolat
Kalau rasa aplikasi lain juga tidak selamat, mungkin anda boleh guna aplikasi MySolat yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Takkanlah Kerajaan nak jual data kita ke pihak ketiga kan. 
Aplikasi ini dibuat bagi memudahkan umat islam di Malaysia mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan ibadah Solat. Antara kemudahan dan fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini ialah Waktu Solat bagi seluruh Malaysia, al-Quran, arah kiblat, kalender Islam, masjid terdekat, doa harian, koleksi bacaan, infografik, tasbih digital dan banyak lagi. Ianya seperti one-stop-center kepada ibadah harian. Sepertinya tiada fungsi tukar muazzin lain. Hanya disediakan seorang sahaja untuk tukang azan.
Aplikasi MySolat boleh didapatkan secara percuma untuk semua fungsi, tiada aplikasi premium. Tetapi tiada iklan yang diselitka Walaubagaimanapun, ianya seperti agak berat dan lambat respon tetapi masih lagi boleh digunakan seperti biasa. Aplikasi ini dibangunkan untuk pengguna Android sahaja
Jika berminat, boleh download aplikasi MySolat di Play Store
5.  QalbyApp
Sebuah lagi aplikasi waktu solat yang dikeluarkan oleh public figure tempatan. Kali ini ianya merupakan hasil daripada tim Mizz Nina melalui syarikat Eternal Rewards Sdn. Bhd. Untuk perbezaan daripada aplikasi lain, mungkin dari segi bahasa. Ini kerana ianya hanya menyediakan untuk bahasa Inggeris sahaja, tiada bahasa melayu.
Qalby App ada fungsi waktu solat, arah kiblat, jurnal, al-quran dan juga koleksi doa harian. Antaramukanya juga simple sahaja dengan menggunakan warna gradien lembut merah-biru-hijau. Untuk muazzin ianya hanya menggunakan seorang iaitu Imam Mekah.
Untuk baca e-jurnal anda perlu Sign Up. Aplikasi ini disediakan secara percuma tanpa iklan diselitkan pada mana-mana bahagian. Mudah digunakan.
Jika berminat, boleh download aplikasi QalbyApp di Play Store atau App Store.

Inilah antara bagi saya yang terbaik yang pernah saya guna selama ini. Tetapi sebenarnya, saya masih menggunakan aplikasi Muslim Pro sehingga kini. Bukan sebab tak takut isu data peribadi tetapi pada aplikasi ni, semua ada. Jadi lebih baik guna 1 aplikasi sahaja. 
Anda guna aplikasi apa untuk waktu solat? Kongsikan di ruang komen dibawah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2021/03/aplikasi-waktu-solat-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2024

7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 65 hits
Sudah masuk tahun 2024 adakah blog masih releven untuk jana pendapatan Kalau tanya aku ianya masih releven kerana aku sendiri berjaya berjaya buat duit guna blog sepanjang tahun 2024 ini Sekarang kita biasa dengar nak buat duit mudah buka a...
Agenda Penuh Saas Di Disrupt 2024

Agenda Penuh Saas Di Disrupt 2024

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 50 hits
Perisian sebagai perkhidmatan adalah industri yang sentiasa menghampiri perubahan Kami akan bercakap dengan beberapa pemikir dan pemimpin terkemuka dalam bidang ini eksekutif dari syarikat SaaS yang baru dan yang sudah matang pemimpin dari ...
Kejohanan Sukan Udara Malaysia 2024

Kejohanan Sukan Udara Malaysia 2024

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 90 hits
Hi semua Sempena Hari Sukan Negara yang akan berlangsung pada Oktober ini pelbagai aktiviti sukan udara di setiap negeri akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik Langit biru akan dipenuhi dengan pelbagai segmen sukan udara dibawah ...
Ltdl 2024 Beberapa Jalan Sekitar Bintulu Ditutup

Ltdl 2024 Beberapa Jalan Sekitar Bintulu Ditutup

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 40 hits
BINTULU 4 Okt Beberapa jalan sekitar Bandar Bintulu akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara perlumbaan berbasikal antarabangsa Le Tour de Langkawi 2024 peringkat tujuh dan lapan Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Al...
Oktober 2024

Oktober 2024

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 80 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi readers Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Oktober dah Lagi beberapa bulan je nak habis tahun 2024 ni Pejam celik pejam celik banyak benda yang berlaku dalam tahun 2024 ni Selama 10bulan tercipta segala sej...
5 Tahun Berkahwin Claudia Kim Bercerai Dengan Suami Ceo

5 Tahun Berkahwin Claudia Kim Bercerai Dengan Suami Ceo

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 85 hits
Sedihnya apabila pasangan yang disayangi ramai umum perpisahan Artikel Berkaitan Menurut laporan media pelakon Kim Soo hyun yang juga dikenali sebagai Claudia Kim dan suaminya Matthew Shampine telah bersetuju untuk berpisah Pasangan tersebu...
Budak Dua Tahun Ditemukan Trauma Menggeletar Di Sisi Mayat Ibu

Budak Dua Tahun Ditemukan Trauma Menggeletar Di Sisi Mayat Ibu

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 106 hits
AgensiORANG ramai berkumpul di luar rumah lokasi empat maut dalam kejadian tembakan di Khon Kaen FOTO AgensiBangkok Gara gara cemburu seorang lelaki bukan menembak mati bekas isterinya ibu mentua dan saudara perempuannya malah dia turut mem...
Isyarat Dagangan Emas Untuk 3 5 Oktober 2024 Beli Di Atas As 2 641

Isyarat Dagangan Emas Untuk 3 5 Oktober 2024 Beli Di Atas As 2 641

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 61 hits
Pada sesi awal dagangan di Amerika emas didagangkan sekitar 2 649 berhampiran kawasan SMA 21 dan di bawah saluran aliran menurun yang terbentuk pada carta H4 sejak 24 September Oleh denmikian kita perhatikan bahawa emas mengekalkan momentum...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Matawang Kripto Chainlink Jumaat 04 Oktober 2024

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Matawang Kripto Chainlink Jumaat 04 Oktober 2024

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 83 hits
Daripada carta harian mata wang kripto Chainlink terdapat beberapa perkara menarik yang perlu diberi perhatian Pertama terdapat corak Ascending Broadening Wedge dan kedua terdapat sisihan antara pergerakan harga dan penunjuk MACD Histogram ...
What Is Driving The Ringgit Rally

It Firm Name Ideas

Cara Mohon Lesen B Penuh Terbaru Jpj Umum Untuk Rakyat Malaysia

3 Sekeluarga Mengalami Detik Cemas Rumah Dimasuki Hampir 12 Orang Penyamun Berparang

Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

Polis Buru Bekas Petinju Terkenal Pecah Masuk Rumah

Vaksin Arexvy Untuk Melindungi Warga Emas Dari Penyakit Rsv Telah Diluluskan


echo '';
Mr Hiiragi s Homeroom Info Dan Sinopsis Siri Jepun Kini Diadaptasi Sebagai Drama Berepisod Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Di Astro Ria Sooka

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


Riceeagle Studio Servis Photography Videography Di Kota Kinabalu

Pilihan Ibu Bapa Mengkritik Atau Menyokong Anak Anak

Larangan Menghina Orang Lain

5 Aplikasi Waktu Solat Selain Muslim Pro Untuk Tahun 2024

Buku Dipuncak Puncak Rindu Kisah Sebuah Perjalanan Menuju Tanah Suci

Warga Emas Simbah Air Kencing Di Pintu Flat Jiran