Merentas Lautan Teh Dan Strawberry Di Cameron Highlands


 Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH... tercapai jugak hajat Sk nak membawa Iman ke Cameron Highlands, destinasi percutian dalam negara yang menjadi idamannya tapi babah tak nak bawa, hahaha. Iman cakap, dia teringin sangat nak tengok macam mana rupanya CH tu sebab ramai kawan-kawannya yang dah pergi, cuma dia jer yang asyik dengar cerita orang. Macam best aje CH tu la dengarnya. Ya, nak.. memang best, kalau ada duit banyak, pergi mana pun best.. gituuuu.

Berdua sahaja kami kali ini. Sebenarnya, Sk mengikuti Trip Sehari ke CH bersama rakan sekerja anjuran kolej induk. Trip yang Sk ikuti ini merupakan trip yang ke lima dan juga terakhir anjuran salah satu jabatan kolej. Apa yang Sk faham, tujuan trip ini adalah bagi menggerakkan dan maintain enjin bas kerana terlalu lama tidak bergerak sepanjang tempoh PKP lepas. Memandangkan namanya Trip Sehari, kami tidak bermalam di mana-mana hotel pun.

Sebelum menaiki bas, sempat posing sekejap. Lama dah tak naik bas, teruja lain macam, haha. Walaupun Pak Inche bersungguh-sungguh nak hantar, Sk menolak kerana lebih mudah bergerak. Parkir kereta di dataran kolej jer, nanti balik dah tak payah nak telefon suruh datang ambil. Nanti yang menunggu pun tak lena tidur, yang nak ditunggu pun kena alert lokasi selalu, leceh! Kami sampai di Hentian Tapah seawal jam 3 pagi dan diberi masa sejam untuk bersiap, mandi dan sebagainya. Mandi di R&R?? Oh, tidaklah.. dari rumah dah pakai deodorant tebal-tebal dan sapu bedak banyak-banyak kat badan, haha. Dalam bas sejuk, mana nak berpeluh, jadi, kita mandi ala P Ramlee sahajalah, hahaha. Dalam hujan renyai, kami mendaki bukit (dengan baslah) melalui Tapah. Punyalah syok melayan mata menahan mual terhoyong hayang di dalam bas, tetiba rasa jalanraya macam lurus jer, buka mata, ada di highway.. eh, sejak bila ada highway di CH ni

Tidur mati betul.. tak sedar langsung ada tanah runtuh dan pokok tumbang sehingga memaksa jalan ditutup kepada kenderaan berat. Memnag tak sedar langsunglah, masa bila bas buat u-turn dan berpatah balik keluar dari Tapah. Sudahnya, masing-masing subuh gajah di RTC Simpang Pulai. Subuh dah terlajak, plan untuk ke BOH Tea Sungai Palas juga terlewat lebih 2 jam. Sedih, tapi tak apa.. yang penting semua selamat


Ladang teh yang luas terbentang. Menurut penganjur trip kami, terdapat dua ladang teh di CH iaitu di BOH Tea Sungai Palas yang dimiliki bangsa Inggeris serta Bharat Tea yang dimiliki orang India Malaysia. Bagi sesiapa yang tak pernah ke CH, Sk memang rekomen untuk anda datang ke sini pada waktu pagi dan bersarapan di cafe yang didirikan di puncak bukit di sini


Ada laluan bertangga yang dibina untuk ke kafe tersebut. Tengok tangga terus rasa nak pengsan, hahaha. Tapi, panjat jugaklah, takkan nak tunggu aje kat bawah, kan. Lagipun dalam kepala dah terbayang nak makan.. makan.. makan dan menikmati secangkir teh panas yang segar dari ladang


Strawberry Cheese Cake untuk Iman dan Green Tea Cake untuk Sk. Sk pesan juga scone buat syarat, orang kata kalau datang CH, wajib tau makan scone ni, hahaha. Scone tu tak berapa panas, dah, tapi kek semua sedap cuma bila masa yang diberi terlalu singkat, makan tergesa-gesa terus rasa tak sedap hati, sebab takut kena tinggal kalau lambat, haha. Sebenarnya bukan takut kena tinggal tapi Sk tak suka orang menunggu, bagi Sk, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita, gituuuu


Oh, ya.. kami menyewa bas sekolah yang memuatkan 30 penumpang sahaja untuk masuk ke Sungai Palas ni. Siapa yang dah pernah pergi, tentu tahu macam mana strugglenya melalui lereng-lereng bukit, ni kan. Sk cakap dengan Iman, memang taklah Sk nak datang sini memandu sendiri, ngeri oi tengok jalan dia. Tapi ramai aje yang memandu sendiri di sini, kena saling bertolak ansur la, timbang rasa itu perlu


Lepas makan, terus pergi borong teh. Entahlah, tak tahu kenapa kalau ke sini kena beli teh banyak-banyak. Padahal kat rumah tu pun punyalah banyak teh, huhu. Tapi, harga di sini boleh dikatakan murahlah dari harga di Johor nun, haha. Ada juga jenis-jenis teh yang hanya boleh di dapati di sini, edisi khas gitu


Tempat yang wajib anda singgah jika ke CH adalah KEA Farm. Kea Farm ni adalah tempat shopping hasil dari tanah tinggi CH ni. Terlalu banyak kedai di kiri dan kanan jalan yang menawarkan barang yang hampir sama antara satu dengan lain. Harga pun tak banyak beza, pendek kata, kalau dah nak beli tu, beli aje, kedai lain pun sama juga harga dan barang yang ditawarkan tu. Mungkinlah ada yang murah seringgit dua, tapi memang tak ada apa yang murah pun di CH. Disebabkan kami akan bertolak balik petang tu jugak, memang disini saja pilihan untuk membeli. Kalau masa SK datang berkursus dulu, dapatlah jugak meronggeng ke pasar malam, hahaha


Ais Krim Strawberry yang sangat sedap wajib anda cuba di Kea Farm. Walaupun ramai orang kata strawberry CH ni masam, tapi kalau dah di sini, semuanya jadi manis belaka tau, hahaha. Sebatang ni, RM5 je reganya... Apo??? Lima hengget??? Magnum pun kalah, huwa huwa huwa


Kan dah kata, CH ni seperti lautan strawberry. Lepas makan aiskrim, makan strawberry celup coklat pulak. Sebab tu strawberry di CH ni manis, ada cara nak makan, sediakan sahaja fulusssssss. Di sini kebanyakan strawberry coklat dijual RM5 bagi setiap tiga atau empat cucuk bergantung kepada saiz strawberry. Ada juga yang jual dalam cup yang lebih besar dengan harga RM10. Bagi Sk, cari saiz semulut ni lagi senang nak ngap


Nasi Lemak Strawberry pulak dahhh. Haaa.. ni satu lagi tarikan baru di CH, Nasi Lemak Strawberry. Janganlah tanya Sk sedap ke tak sedap, Sk tak tahu macam mana nak jawab. Tapi, kalau anda ke CH, makan ni memang feeling dia lain macamlah. Nasi Lemak ni, Sk makan di Abang Strawberry (nama kedainya) yang terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, CH. Dekat sini, ada dua tiga jugaklah kedai nasi lemak strawberry ni tapi Abang ni viral sebab dia yang memulakan. Di sini juga (Kampung Taman Sedia) ada surau yang dibuka kepada umum. Bolehlah kalau nak solat jamak di sini


Kalau nak lebih seronok dan duit banyak lagi bolehlah petik strawberry sendiri. Terlalu banyak kebun strawberry di CH, tapi kalau malas nak berhenti banyak kali, Sk cadangkan anda petik strawberry di Abang Strawberry ni jugak. Dekat sini memang ada beberapa kebun strawberry yang menawarkan harga RM7 bagi setiap 100 gm. 

Kalau tadi, kami ke Boh Tea Sungai Palas, kali ini kami dibawa pula ke Cameron Valley yang dimiliki oleh Bharat Tea, pemiliknya bangsa India yang merupakan rakyat Malaysia. Di sini, anda boleh menaiki buggy dengan bayaran RM15 sekepala. Iman kata, lebih baik buat makan, haha. Bagus anak aku ni, tau makan lagi sedap. Ialah, lagipun pagi tu dah tengok ladang teh, sama aje ropenyer, huhu. Tapi, kan.. kalau anda ada bajet, tak salah pun naik buggy tu sebab nanti dia akan bawa ke tempat foto-foto yang pastinya cun melecun punya gambar anda.  

Sebelum meneruskan perjalanan balik ke Johor, kami singgah rehat dan rawat di R&R Tapah. Yang mana nak mandi, nak solat, nak makan, kami diberi masa yang lama. Maklumlah, bas sendiri, pilot sendiri, taklah tergesa-gesa nak balik. Kalau di Perak ni, memang femes dengan mee kari dan mee wantan, bolehlah untuk mengisi perut yang lapar tak reti kenyang ni

Hurmmm.. memang tak boleh move on laaa Cameron Highlands ni. Walaupun perginya sekejap jer tapi penuh bermakna gitu. Iman yang mabuk naik bukit pun tak serik nak ke sini. Pak Inche pun macam bagi hint teringin nak pergi tu, kita tungguuuuuuuuuuuuuuuu.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/merentas-lautan-teh-dan-strawberry-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ke Cameron Apalagi Kita Layan Minum Teh Cameron

Ke Cameron Apalagi Kita Layan Minum Teh Cameron

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 304 hits
Bila dah naik Cameron Highland ni aktiviti wajib haruslah minum teh Cameron Di Cameron ni ada dua tempat untuk minum teh Satu minum teh di Ladang Teh Boh Sg Palas satu lagi di Bharat Tea Cameron Highland Ladang Teh Boh Sg Palas ni nak naik ...
Wow Hebat Gadis 20 Tahun Pilih Naik Cameron Highlands Tebar Roti Canai Sambal Kuah Kari Semua Saya Sediakan

Wow Hebat Gadis 20 Tahun Pilih Naik Cameron Highlands Tebar Roti Canai Sambal Kuah Kari Semua Saya Sediakan

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 660 hits
Rakan sambung belajar ke menara gading gadis 20 tahun pilih naik Cameron Highlands tebar roti canai Sambal kuah kari semua saya sediakan Aksi Fika menebar roti canai tular di laman Twitter sejak Sabtu AKSI seorang gadis berusia 20 tahun yan...
Scone 3 Bahan Ala Cameron Highlands Paling Simple Sedap Puas Hati Buat Sendiri

Scone 3 Bahan Ala Cameron Highlands Paling Simple Sedap Puas Hati Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 442 hits
Biasa makan scone tak Kalau anda penggemarnya mesti akan tahu di mana nak dapatkan scone yang sedap kan Biasanya tempat menjadi tumpuan dan popular dengan makanan pemanis mulut ni adalah di Cameron Highlands Bagi yang pernah rasa setakat se...
Cameron Highlands Pahang Vs Kundasang Sabah

Cameron Highlands Pahang Vs Kundasang Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 439 hits
Sekarang ni tengah hangat tentang Sabah sebab ada pilihanraya Tapi bab politik kita tolak tepi Bila sebut pasal Sabah yang akan terlintas dalam fikiran mesti Gunung Kinabalu dan Kota Kinabalu Dekat gunung Kinabalu ada tempat sejuk nama Kund...
Cameron Highland Bersama Kawan Kawan

Cameron Highland Bersama Kawan Kawan

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 398 hits
Hi Manfaatkan hujung minggu tidak kira dimana jua anda berada Mungkin ada orang suka melancong sambil bergelak ketawa dengan rakan rakan termasuk lah saya tu Ok trip kita kali ni dah lama sebenar nya teringin nak pergi Cameron Highland Ye l...
Menginap Di The Quintet Cameron

Menginap Di The Quintet Cameron

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 370 hits
Cuti cuti ke Cameron Highland lagi Macam tak ada tempat lain Asyik naik Cameron je Haha Yang ni paling dekat ngan kampung k fiezz mr hubby Sambil sambil bercuti tu lepas turun dari Cameron balik kampung sekali Gitu konsepnya Sebelum ni naik...
Minum Teh Boleh Kuatkan Tulang

Minum Teh Boleh Kuatkan Tulang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 261 hits
Minum teh hijau boleh kurus ke Boleh dah berlaku pada saya Tak percaya baca pos ini Kalau teh biasa boleh kurus ke Boleh juga kena jaga makan dan senam juga Apalagi khasiat teh Jom baca artikel dari Hello Doktor ini Minuman teh sememangnya ...
Sarapan Dengan Roti Ayang Roti Kasih Dan Teh O Peng Percuma Di Ayang Cafe

Sarapan Dengan Roti Ayang Roti Kasih Dan Teh O Peng Percuma Di Ayang Cafe

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 425 hits
Sarapan dengan roti ayang roti kasih dan teh O Peng PERCUMA di Ayang Cafe Benda pertama yang saya perasan bila sampai jer dekat Ayang Cafe ini adalah warna kedai dia yang tersangatlah PINK Dekat situ pun dah jadi tarikan untuk orang ramai t...
Cameron S Jalan Pahang Tapah Hit By Landslides And Fallen Trees

Cameron S Jalan Pahang Tapah Hit By Landslides And Fallen Trees

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 316 hits
IPOH Landslides and fallen trees have damaged or blocked at least three stretches of road along Jalan Pahang Tapah heading towards Cameron Highlands on Thursday Tapah OCPD Supt Wan Azharuddin Wan Ismail said they first received a distress c...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization