Menginap Di The Quintet Cameron
Cuti-cuti ke Cameron Highland lagi. Macam tak ada tempat lain. Asyik naik Cameron je. Haha. Yang ni paling dekat ngan kampung k.fiezz & mr hubby. Sambil-sambil bercuti tu, lepas turun dari Cameron balik kampung sekali. Gitu konsepnya. Sebelum ni naik Cameron, cuti-cuti dengan family k.fiezz. Trip kali ni cuti dengan family mr hubby. Tak semua family member joint. Siapa yang free je joint trip ni. K.fiezz & mr hubby joint adik ipar & isteri dia bercuti ke sini. Kitaorang sewa homestay Cameron Highland dalam kawasan yang sama cuma blok lain. Sebab adik ipar & isteri dia bercuti dengan kawan diaorang. Mr hubby & k.fiezz saja joint nak release tension. Ajak sekali mama & seorang lagi adik ipar k.fiezz. Tu yang kitaorang sewa homestay lain. Nak duk sekali dengan diaorang, takut family kawan adik ipar tak selesa pula kalau sekali dengan kitaorang. Lagipun ni planning percutian diaorang dari awal. Tak nak lah kacau.
Macam sebelum ni juga, pilihan kitaorang duduk homestay juga. Kali ni kitaorang sewa homestay Cameron Highland di The Quintet Cameron area Tanah Rata. The Quintet Cameron ni jenis kondominium. Nak masuk ke sini ada guard & kena register dulu di pondok pengawal untuk pertama kali masuk ke sini. Lepas dah daftar, nak keluar masuk banyak kali tak ada masalah. Beritahu je kita menginap di situ. THE QUINTET CAMERONThe Quintet Cameron ni di kawasan Tanah Rata. Kat sini, ada homestay yang diuruskan oleh syarikat. Ada yang diuruskan oleh orang persendirian. Macam homestay yang kitaorang sewa ni, mr hubby booked melalui Agoda & diuruskan oleh orang persendirian. Rate RM200 semalam. Kitaorang menginap 3 hari 2 malam.
Kemudahan kat sini, ada gimnasium & badminton court. Keluar dari sini ada deretan kedai-kedai makan & kedai runcit. Antara kedai makan kat sini Highland Steamboat. Masa hari pertama sampai, kitaorang makan malam kat sini. RM35 seorang. Banyak juga pilihan untuk steamboat cuma penat sikit sebab kitaorang duduk bahagian atas, nak ambil stok untuk masak kena turun ke bawah.
Berbalik pada cerita The Quintet Cameron, jom cekidaut.
Blok A2. Kitaorang tingkat 6. Nak naik lif, kena ada akses card.
Ruang makan & ruang tamu. Luas memanjang dari pintu masuk sampai ke sini. Ada extra meja & kerusi kalau datang lagi ramai.
Ruang dapur. Ada dapur masak elektrik & perkakas dapur yang lain (periuk, cerek elektrik, pinggan,cawan, sudu, garfu, gunting, pisau). Pencuci pinggan pun ada. Cuma k.fiezz beli span lain sebab tak tahu penyewa sebelum ni melayu atau bangsa lain. Bukan racist tau korang. Cuma kalau bangsa lain, takut diaorang ada makan yang tak halal & cuci guna span yang disediakan. Sebab rumah ni pemiliknya cina, jadi mungkin disewa secara umum pada mana-mana bangsa. Kitaorang was was nak guna peralatan yang disediakan. Ada juga cari sabun taharah untuk samak tapi tak ada dijual. So next time kena beli siap-siap sebelum bercuti kalau kitaorang duk di homestay macam ni. Dah tak jumpa sabun untuk samak tu, kitaorang beli set pinggan polisterin. Senang. Lepas makan terus buang je. Set ni terjumpa kat kedai. Cukup sudu, garfu, pinggan & cawan (setiap satu 10 keping). Tong sampah besar warna hitam ada disediakan beserta penyapu & pengaut sampah sekali.
*Sebelah peti ais ni, tuan rumah letak hair dryer.
Selipar untuk pakai dalam rumah. Sejukkkk weiiii
Kat sini ada 3 bilik + 2 bilik air.. Bilik ke-2, k.fiezz tak ambil gambar. Lupa. hehe.
Bilik utama K.fiezz & mr hubby tidur kat bilik ni
Bilik utama (ada bilik air)cuma suis water heater tak ada. Tak pastilah bersambung ke tak dengan suis water heater bilik air ke-2. K.fiezz tak terfikir nak test.
Bilik ke-2 ( Satu katil Queen & 1 katil single)
Bilik ke-3
Bilik air ke-2, kat bahagian luar antara bilik no.2 dan no.3 ni. Water heater ada tapi dalam bilik utama, k.fiezz tak jumpa suis dia. Kat bilik air ke-2, suis water heater sebelah je dengan suis lampu. Tak pasti lah kalau tuan rumah letak suis tu berfungsi untuk kedua-dua bilik air. K.fiezz tak cuba pula. So masa kat sini tiap kali nak mandi air panas, k.fiezz & mr hubby mandi kat bilik air luar.
View dari balkoni waktu pagi masa hari ke-2 sebelum kitaorang keluar jalan-jalan
Ni view dari balkoni yang sama waktu petang hari ke-2. Tengah hujan masa ni, tu yang berkabus. Dah macam kat oversea gitu. Feeling sweet lah tu. hehe.
Percutian singkat ke Cameron yang kali ni, k.fiezz tak kongsi di facebook, facebook story atau whatsapp status. K.fiezz cuma letak di Instagram sahaja. Sebab dalam IG tak ramai kawan pejabat atau saudara mara k.fiezz yang follow. Lagipun malas nak war war di sosial media bercuti di musim COVID ni. Nanti orang cakap apa pula. Tambah pula masa hari kitaorang nak gerak ke Cameron Highland ni, k.fiezz dapat berita seorang opah saudara meninggal. K.fiezz berkawan baik dengan salah seorang anak opah saudara tu. Tak sedap pula k.fiezz nak berkongsi pi bercuti di whatsapp status ataupun FB sebab dia ada nombor k.fiezz & kitaorang berkawan juga dalam facebook. Jadi untuk menghormati, kita low profile sahaja di media sosial tak yah post gi bercuti. BEST TAK PENGINAPAN KAT SINI?Untuk k.fiezz, best cuma cuma seremmm sikit. haha. Mak mertua k.fiezz beritahu masa hari pertama sampai, buka je pintu terasa macam seram sikit rumah ni. Mr hubby pula hari pertama kitaorang tidur kat sini, mr hubby cakap tak lena. Rasa macam diperhatikan. K.fiezz elok je. haha. Dasar sangat kan..haha. Esoknya hari ke-2 mr hubby tukar tempat tidur dengan k.fiezz. Eh, k.fiezz pula yang tak berapa nak lena. Lepas tu rasa seram sikit. Siap selubung lah dengan selimut takut ternampak apa2 yang tak nak ditengok. haha..
Biras k.fiezz pula cerita, tepat pukul 12 t/malam dengar orang duk alih-alih perabot kat tingkat atas rumah diaorang. Lama juga lah dengar bunyi tu. Kitaorang blok A2 & biras blok A3.
Mungkin persekitaran kat sini yang dekat dengan kawasan berbukit, rasa macam sunyi. Tu yang kita pun rasa semacam je masa menginap kat sini.
Selain dari atas ni, untuk k.fiezz homestay The Quintet Cameron ni memang sesuai sangat tempat untuk release tension. Sunyi, sejuk..Buka pintu nampak bukit-bukit hijau sekeliling kondominum. Memang sesuai sangat untuk cuti-cuti rilekskan minda. Tenang gitu. Masa kitaorang ke sini, tengah hari je hujan sampai ke petang. Asyik berkabus je lah, dah macam kat luar negeri. Seronok. Cuma kitaorang tak banyak sangat jalan-jalan sebab tengah COVID-19 ni.
Note - Kat homestay kitaorang menginap ni tak ada disediakan tuala & iron.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/10/Menginap-Di-The-Quintet-Cameron.html