Meremehkan Pandangan Agama


BEBERAPA minggu lalu, saya melihat dengan penuh minat serangan dan kritikan keras sekumpulan pengguna Twitter terhadap Dr Fathul Bari Mat Jahya mengenai isu homoseksual atau LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).
Ia berpunca daripada status media sosial Dr Fathul yang menyeru pemboikotan satu jenama pakaian agak terkenal. Kumpulan jenama itu menyumbang 10 peratus hasil jualan kepada dana pro-LGBT.
Walaupun kempen itu menyebabkan syarikat tersebut mengeluarkan komitmen hasil jualan di Malaysia daripada dana terbabit, namun respons ramai anak muda beragama Islam di Twitter sangat mengejutkan.
Mereka menyerang Dr Fathul dengan pelbagai gelaran dan kritikan keras seolah-olah komen negatif terhadap kumpulan LGBT ini adalah satu kesalahan.
Takdir ALLAH, muncul pula isu lebih panas apabila seorang mirip menteri kanan dituduh mengamalkan seks luar tabii sesama lelaki. Sama ada benar atau tidak tuduhan, rakaman video dan pengakuan individu yang terbabit akan diputuskan kemudian.
Namun yang menarik untuk dianalisis adalah keupayaan sebahagian orang Islam meremehkan pandangan agama mengenai perbuatan ini.
Dua golongan
Dalam kedua-dua kes ini, ada dua kelompok Muslim. Pertama, golongan muda yang telah lama terpengaruh dengan idea liberal Barat tetapi kurang pengetahuan agama Islam.
Mereka menganggap isu LGBT adalah isu peribadi yang tidak perlu menerima campur tangan undang-undang dan agama Islam. Mereka membentuk terma atau slanga popular di media sosial Malaysia hari ini iaitu libertard (liberalis retarded) – golongan liberalis yang jahil. Kumpulan ini akan cuba mencari persamaan antara idea-idea kebebasan barat dengan Islam. Bagi mereka Islam harus selari dengan idea Barat untuk kelihatan cool dan sesuai dengan zaman. Sekiranya Islam mengecam keras golongan LGBT, mereka memetik ayat al-Quran yang menganjurkan kasih sayang sesama manusia sebagai alasan untuk bertolak-ansur dan menerima kewujudan golongan ini tanpa sebarang teguran dan kritikan.
Malah ada yang sampai menyatakan penemuan terbaru menunjukkan LGBT adalah satu penyakit bukannya dosa. Alasan-alasan sebegini menafikan keunggulan dan kesempurnaan al-Quran sebagai wahyu ALLAH dan the final revelation. Bukan sahaja al-Quran, kitab-kitab tauhid agama Kristian dan Yahudi yang asli juga melarang keras perbuatan ini.
Golongan kedua ialah kumpulan politik yang melencongkan isu asal laknat ALLAH terhadap budaya seks sejenis kepada isu lain.Antara hujah berbahaya ialah mereka mendakwa seks sejenis adalah isu peribadi. Maka mereka menyebarkan idea lebih baik melantik pemimpin terpalit skandal homoseksual berbanding mereka yang terpalit isu rasuah.
Hujah ini sangat meloyakan seolah-olah di Malaysia ini hanya tinggal dua jenis pemimpin Islam, sama ada ambil rasuah atau melakukan seks sejenis. Ada juga ilmuwan Islam yang pro-individu terbabit mula berhujah melunakkan dosa homoseksual ini dan melencongkannya kepada isu qazaf dan kesalahan mendedahkan aib. Sedikit demi sedikit mereka termasuk ke perangkap kumpulan LGBT.
Mereka sendiri melunakkan amaran ALLAH mengenai kesalahan homoseksual. Mereka sendiri mula meyakinkan umat Islam lain terutama generasi muda bahawa budaya seks sejenis ini tidak mengapa dan boleh ditolak-ansur.
Sedikit demi sedikit orang Islam di negara ini bertolak-ansur dengan larangan ALLAH sedangkan kemurkaan ALLAH terhadap kumpulan ini jelas dalam surah al-A’raf (80-84): Dan Nabi Lut (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”
Dan tidak ada jawab daripada kaumnya selain berkata: “Usirlah mereka (Nabi Luth dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) menyucikan diri.
“Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia daripada orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan).”
Lihatlah akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. Ingatlah selain perbuatan syirik dan membunuh, perbuatan seks sejenis adalah antara perkara dilaknat ALLAH sehingga diturunkan bala kepada umat Nabi Luth AS.
Ab Jalil Backer
Sinar Harian
17/6/2019


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/17/meremehkan-pandangan-agama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memisahkan Agama Dengan Politik Umpama Menolak Kesempurnaan Islam

Memisahkan Agama Dengan Politik Umpama Menolak Kesempurnaan Islam

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 840 hits
Satu aspek terbesar yang memainkan peranan dalam kehidupan manusia sejagat adalah politik Hendak atau tidak politik tetap berlaku dalam kehidupan setiap insan bagi menjadikan kehidupan mereka normal dan teratur Segala masalah yang berlaku d...
Lebai Sembah Berhala Undang Perasaan Permusuhan Agama

Lebai Sembah Berhala Undang Perasaan Permusuhan Agama

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 1194 hits
Adalah menjadi satu kesalahan mana mana individu menyebut perkataan perkataan dan sebagainya dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang Larangan tersebut terkandung dalam Seksyen 298 Kanun Keseksaan Sementara itu Seksy...
Ulama Pas Kalau Tak Tunggang Agama Tunggang Khinzir Pun Boleh

Ulama Pas Kalau Tak Tunggang Agama Tunggang Khinzir Pun Boleh

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 231 hits
News Diterbitkan Hari ini 4 34 petangMeskipun tidak mengakuinya secara langsung anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik memberitahu tidak mudah untuk seseorang menjadi penunggang agama Kata bekas pemimpin Dewan Ulama PAS Pahang itu aga...
Benarkah Islam Mengiktiraf Agama Lain Berdasarkan Ayat Ke 6 Surah Al Kafirun

Benarkah Islam Mengiktiraf Agama Lain Berdasarkan Ayat Ke 6 Surah Al Kafirun

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 510 hits
Soalan Terdapat satu kelompok dalam masyarakat yang mendakwa bahawa agama Islam juga mengiktiraf ajaran agama agama lain Mereka berhujah berdasarkan ayat al Quran dalam surah al Kafirun Mohon penjelasan berkenaan perkara ini Jawapan Al Qura...
Kaji Subjek Agama Ikatan Dakwa Teo Lebih Sudu Daripada Kuah

Kaji Subjek Agama Ikatan Dakwa Teo Lebih Sudu Daripada Kuah

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 301 hits
Teo Nie Ching berkata Kementerian Pendidikan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam untuk mengkaji aspek mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan PETALING JAYA Parti Ikatan Bangsa Malaysia menyelar tindakan Timbalan M...
Perangai Pkr Dah Pandai Menunggang Agama Pula

Perangai Pkr Dah Pandai Menunggang Agama Pula

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 544 hits
Realiti perangai puak PKR bila dah terhantuk baru tergadah Dahulu tak pandai guna agama sebagai benteng sebab nak bagi nampak parti mereka begitu harmoni Hari ini bila dah kena diri sendiri baru mereka sedar Allah itu sentiasa ada memerhati...
Adik Ainul Mardhiah Buat Seluruh Negara Bersatu Hati Tak Kira Bangsa Dan Agama

Adik Ainul Mardhiah Buat Seluruh Negara Bersatu Hati Tak Kira Bangsa Dan Agama

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 466 hits
Kekuatan bidadari kecil ini memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan kesihatannya sentiasa sihat Ramai warganet menzahirkan rasa syukur dengan perkembangan kesihatan Adik Ainul berunsur pulih Umum mengetahui dengan b...
Solatlah Ia Tiang Agama Paul Pogba Kongsi Kisah Meruntun Hati Sebelum Kembali Amal Ajaran Islam

Solatlah Ia Tiang Agama Paul Pogba Kongsi Kisah Meruntun Hati Sebelum Kembali Amal Ajaran Islam

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 297 hits
Solatlah Ia Tiang Agama Paul Pogba Kongsi Kisah Meruntun Hati Sebelum Kembali Amal Ajaran Islam Peminat bola sepak pasti mengenali nama Paul Pogba seorang pemain profesional dari Perancis yang sedang hangat diperkatakan sekarang dek kerana ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte