Benarkah Islam Mengiktiraf Agama Lain Berdasarkan Ayat Ke 6 Surah Al Kafirun



Soalan:
Terdapat satu kelompok dalam masyarakat yang mendakwa bahawa agama Islam juga mengiktiraf ajaran agama-agama lain. Mereka berhujah berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Kafirun ((لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ))

Mohon penjelasan berkenaan perkara ini.

Jawapan:
Al-Quran diturunkan kepada umat manusia sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah SWT:

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
“Kitab ini (al-Quran) yang tiada keraguan padanya, ia juga menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah al-Baqarah: 2]

Bagi memahami isi kandungan ayat-ayat al-Quran, kita hendaklah merujuk kepada tafsiran Nabi SAW kerana al-Quran diturunkan ke atas Baginda. Seterusnya, kita hendaklah merujuk kepada tafsiran para Sahabat kerana mereka hidup di zaman wahyu diturunkan dan memahami situasi ayat-ayat al-Quran diturunkan, seterusnya para Tabi’in kerana mereka merupakan anak-anak murid kepada para Sahabat yang memahami tafsiran para sahabat dan seterusnya ulama-ulama’ tafsir yang bertaqwa dan mempunyai ilmu yang mencukupi untuk menafsirkan ayat-ayat al-Quran.

Sebelum menjawab soalan yang diajukan kepada kami, kita hendaklah merujuk tafsiran para mufassirin (ulama’-ulama’ tafsir) terlebih dahulu bagi memahami apakah maksud sebenar daripada ayat ke-6 dalam surah al-Kafirun.

Surah al-Kafirun

Imam ibn Kathir Rahimahullah telah berkata: “Surah ini adalah surah yang melepaskan diri daripada perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang Musyrik. Firman Allah SWT: {قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ} ia meliputi seluruh orang Kafir di atas muka bumi, tetapi ayat ini secara khususnya telah diturunkan ke atas orang kafir Quraisy.

Dikatakan mereka yang penuh kejahilan telah mengajak Rasulullah SAW menyembah berhala-berhala mereka selama setahun, kemudian mereka pula menyembah Allah selama setahun, maka Allah SWT telah menurunkan surah ini dan mengarahkan Rasulullah SAW berlepas diri daripada agama mereka secara keseluruhannya.” [Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (8/507)]

Tafsir Ayat ke-6 Surah al-Kafirun

Allah SWT telah berfirman:

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
“Untukmu agamamu dan untukku agama aku.” [Surah al-Kafirun:6]

Imam ibn Kathir Rahimahullah telah berkata: “Nabi SAW telah berkata kepada kaum kafir Quraisy {لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ} sepertimana dalam firman Allah SWT:

وَإِنْ كَذَّبُوكَ فَقُلْ لِي عَمَلِي وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ أَنْتُمْ بَرِيئُونَ مِمَّا أَعْمَلُ وَأَنَا بَرِيءٌ مِمَّا تَعْمَلُونَ
“Dan jika mereka mendustakanmu, maka katakanlah: Bagi aku amalanku, dan bagi kamu amalanmu. Kamu tidak bertanggungjawab atas apa yang aku kerjakan dan aku juga tidak bertanggungjawab atas apa yang kamu kerjakan.” [Surah Yunus: 41]

لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ
“Bagi kami amalan kami, dan bagi kamu amalanmu.” [Surah al-Qasas: 55]


Telah berkata Imam al-Bukhari Rahimahullah: “{لَكُمْ دِينَكُمْ} bermakna kufur, {وَلِيَ دِينِ} bermakna Islam.” [Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (8/508)]

Imam Abu Hayyan al-Andalusi Rahimahullah pula menafsirkan ayat ke-6 surah al-Kafirun dengan berkata: “Bagi kamu kesyirikanmu dan bagi aku ketauhidanku.” [Rujuk al-Bahr al-Muhit fi at-Tafsir (10/561)]

Ayat ke-6 surah al-Kafirun bukanlah satu pengiktirafan kepada agama selain daripada Islam, tetapi ia merupakan satu amaran dan ancaman kepada mereka, sepertimana firman Allah SWT:

وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا
“Dan katakanlah: Kebenaran itu datang dari Tuhanmu, maka sesiapa yang beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang kufur, biarlah dia mengingkarinya. Sessungguhnya kami telah menyediakan bagi orang yang zalim itu api neraka yang meliputi mereka.” [Surah al-Kahfi: 29]
[Rujuk Adwa’ al-Bayan fi Idhoh al-Qur’an bi al-Qur’an (9/135)]

Imam al-Mawardi Rahimahullah pula telah menafsirkan ayat ke-6 surah al-Kafirun dengan berkata: “Ayat ini mempunyai dua makna:

Bagi kamu agamamu untuk mereka yang beri’tikad kepada kekufuran dan bagi aku agamaku untuk mereka yang berakidah Islam.Bagi kamu amalan-amalan kamu, bagi aku amalan-amalanku. Ini adalah ancaman darimu (Nabi SAW) kepada mereka (kafir Quraisy) dan ia bermaksud adalah memadai dengan ganjaran pahala daripada amalanku (tidak perlu untuk melalukan perbuatan syirik untuk mendapatkan ganjaran pahala).”
Ibn ‘Abbas RAnhuma telah berkata: “Tiada surah di dalam al-Quran yang lebih dimarahi oleh Iblis daripada surah ini (surah al-Kafirun) kerana pada surah ini terdapat seruan kepada tauhid dan berlepas diri daripada syirik.” [Rujuk an-Nukat wa al-‘Uyun (6/358)]

Kesimpulan

Setelah meneliti tafsiran para mufassirin (ulama’-ulama’ tafsir) berkenaan dengan surah al-Kafirun secara umumnya dan ayat yang ke-6 dalam surah al-Kafirun secara khusus, kami mendapati bahawa ayat ke-6 dalam surah al-Kafirun bukannya membawa maksud bahawa Islam mengiktiraf agama-agama lain, seterusnya membenarkan ajaran yang dibawa oleh mereka, bahkan ayat tersebut sebenarnya memberikan ancaman yang keras kepada mereka yang tidak beriman dan mengambil ajaran selain daripada Islam.

Tafsiran para mufassirin terhadap ayat ini secara jelas telah membezakan antara agama Islam dengan agama lain-lain dan tidak mengiktiraf segala kesyirikan dan kekufuran daripada ajaran agama selain daripada Islam. Allah SWT telah berfirman:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” [Surah Ali ‘Imran: 19]

Imam ibn Kathir Rahimahullah menafsirkan ayat ini dengan berkata: “Allah SWT mengkhabarkan bahawa tiada agama yang diterima disisi-Nya daripada seseorang kecuali agama Islam.” [Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (2/25)]

Firman Allah SWT lagi:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Dan sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan pada hari akhirat kelak ia termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.” [Surah Ali ‘Imran: 85]

Kami ingin menasihati agar tidak menggunakan ayat-ayat al-Quran mengikut kehendak sendiri dan tidak menafsirkannya mengikut hawa nafsu tanpa merujuk kepada tafsiran para ulama’ yang muktabar. Rujuklah kepada mereka yang ahli dalam bidang ini jika ingin memahami tafsiran ayat ini secara tepat. Firman Allah SWT:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (tentang sesuatu perkara) jika kamu tidak mengetahui.” [Surah an-Nahl: 43]

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya dan melindungi diri kita daripada sebarang kesesatan yang nyata atau tersembunyi. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/benarkah-islam-mengiktiraf-agama-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memisahkan Agama Dengan Politik Umpama Menolak Kesempurnaan Islam

Memisahkan Agama Dengan Politik Umpama Menolak Kesempurnaan Islam

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 885 hits
Satu aspek terbesar yang memainkan peranan dalam kehidupan manusia sejagat adalah politik Hendak atau tidak politik tetap berlaku dalam kehidupan setiap insan bagi menjadikan kehidupan mereka normal dan teratur Segala masalah yang berlaku d...
Rawat Hati Dengan 11 Ayat Dalam Surah Ad Dhuha Penawar Tenang Sampai Ke Dasar Hati

Rawat Hati Dengan 11 Ayat Dalam Surah Ad Dhuha Penawar Tenang Sampai Ke Dasar Hati

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 333 hits
Rawat Hati Dengan 11 Ayat Dalam Surah Ad Dhuha Penawar Tenang Sampai Ke Dasar Hati Akhir akhir ini entah kenapa ramai sekali kita dengar berita tentang depresi tekanan emosi atau bahasa mudahnya jiwa kacau Ketika berada dalam ketidak tenang...
Tafsir Surah An Nur Ayat 43 44

Tafsir Surah An Nur Ayat 43 44

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 885 hits
Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum Maksudnya Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan lahan kemudian Dia mengumpulkan kelompok kelompoknya kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis lapis Selepas itu e...
Deddy Corbuzier Masuk Islam Kalina Beri Jawaban Tegas Soal Agama Azka Corbuzier

Deddy Corbuzier Masuk Islam Kalina Beri Jawaban Tegas Soal Agama Azka Corbuzier

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 454 hits
Kalina Ocktaranny akhirnya angkat bicara setelah banyaknya pertanyaan mengenai agama Azka Corbuzier pasca sang ayah menjadi muallaf
Masa Nifas Menurut Agama Islam Yang Wajib Diketahui Kaum Hawa

Masa Nifas Menurut Agama Islam Yang Wajib Diketahui Kaum Hawa

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 370 hits
Masa Nifas Menurut Agama Islam Yang Wajib Diketahui Kaum HawaNifas merupakan darah yang keluar dari rahim demi sebabkan karena proses kelahiran Bisa terjadi sesudah atau sebelumnya lama waktu berkisar antara 2 3 hari dan disertai dengan ras...
Jawaban Jawaban Deddy Corbuzier Saat Bicara Soal Agama Islam

Jawaban Jawaban Deddy Corbuzier Saat Bicara Soal Agama Islam

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 279 hits
Deddy Corbuzier dikabarkan akan menjadi mualaf Dia juga mempelajari tentang Islam Apa kata Deddy tentang Islam
Solatlah Ia Tiang Agama Paul Pogba Kongsi Kisah Meruntun Hati Sebelum Kembali Amal Ajaran Islam

Solatlah Ia Tiang Agama Paul Pogba Kongsi Kisah Meruntun Hati Sebelum Kembali Amal Ajaran Islam

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 324 hits
Solatlah Ia Tiang Agama Paul Pogba Kongsi Kisah Meruntun Hati Sebelum Kembali Amal Ajaran Islam Peminat bola sepak pasti mengenali nama Paul Pogba seorang pemain profesional dari Perancis yang sedang hangat diperkatakan sekarang dek kerana ...
Diceraikan Suami Selepas Memeluk Agama Islam

Diceraikan Suami Selepas Memeluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 362 hits
TUMPAT Tertarik dengan kisah Nabi Muhammad diceritakan oleh guru agama ketika dalam kelas pendidikan Islam ketika di bangku sekolah menyebabkan Ong Po Swan 42 memilih agama Islam Kini menggunakan nama Nur Amalina Ong wanita itu berkata
Rtm Menyiarkan Program Berunsur Penyebaran Agama Selain Islam

Rtm Menyiarkan Program Berunsur Penyebaran Agama Selain Islam

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 291 hits
PENJELASAN Jabatan Penyiaran Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa Radio Televisyen Malaysia menyiarkan program berunsur penyebaran agama selain Islam di siaran TV2 Sumber gambar Facebook Menurut Jabatan Penyiaran
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong