Mereka Masih Enggan Bekerja Mahathir


Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star, Kedah. Masa itu negeri-negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-negeri Melayu terima baik penjajahan British.
Yang tidak dapat dinafi ialah British membawa sistem pemerintahan yang lebih baik dan negeri-negeri mengalami sedikit sebanyak pembangunan.
British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak ada orang Melayu yang bekerja dalam ladang dan lombong ini. Pekerja terdiri dari orang India dan Cina. Perniagaan kedai runcit dan aneka jenis tukang-tukang semuanya terdiri dari orang Cina.

Loading… Di manakah orang Melayu? Mereka bekerja dalam sawah padi mereka, dan ada sedikit yang menjadi nelayan. Sebilangan kecil dari mereka bekerja dengan kerajaan sebagai kerani.
Iklan
Lebih kecil lagi ialah bilangan mereka yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Mereka ini semua berbangga kerana dibayar gaji tetap dan pencen.
Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini.
Oleh kerana sikap ini tidak terdapat ramai orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar. Pada masa itu pun bandar-bandar didiri dan dipenuhi dengan kedai Cina. Tidak ada kedai Melayu. Ada beberapa buah kedai makan dan rempah cabai orang India.
Raja-Raja Melayu tidak iktiraf orang Cina dan India sebagai rakyat. Kepercayaan mereka ialah orang ini, akan kembali ke negara masing-masing apabila khidmat mereka tidak diperlu lagi.
Orang Cina biasanya berhijrah ke negara lain jika mereka nampak peluang mencari makan. Mereka berhijrah ke Amerika dan Australia dan ke negara-negara jajahan British. Melihat kestabilan pemerintahan British dan peluang kerja, mereka datang dengan ramai ke negeri-negeri Melayu.
Mereka sanggup bekerja keras. Dikenali sebagai kuli mereka sanggup buat kerja kotor, kerja berat dan merbahaya. Mereka sanggup menarik “langca”, dan apa sahaja yang memberi pendapatan kepada mereka. Ramai perempuan Cina yang menjadi “amah” di rumah pembesar Melayu, menjaga anak dan membersih rumah.
Orang Melayu berasa senang kerana kerja berat, kotor dan berbahaya serta perniagaan dilakukan oleh orang asing. Jika mereka lihat kekayaan dan kemajuan orang asing ini, mereka tidak berasa khuatir sedikit pun.
Kepercayaan mereka ialah negeri mereka kekal sebagai milik mereka. Itu yang saya lihat. Semasa saya muda di zaman British timbul keinginan melihat orang Melayu berniaga juga. Di Alor Star dibina Pekan Rabu, pekan sari di mana orang kampung boleh menjual sedikit sebanyak pisang dan buah-buahan bakul dan raga anyaman mereka.
Perniagaan mereka tidak menjadi besar. Mereka berniaga secara sambilan. Mereka tidak berniat pun untuk membesar perniagaan. Setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, itu sahaja.
Tetapi anggapan mereka meleset. Kerana mereka tidak sanggup bekerja kuat, tidak sanggup berniaga secara serius mereka terus miskin. Jarak antara mereka dengan kaum lain yang bekerja kuat dan berniaga menjadi semakin luas. Yang berlaku ialah yang sudah kaya menjadi lebih kaya dan orang Melayu yang miskin menjadi lebih miskin. Ini sudah ditakdir. Tak perlu buat apa-apa.
Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja.
Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Dan orang asing pun membanjiri negara kita. Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja.
Apakah akan terjadi kepada orang Melayu. Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi. Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, Tuankah?
Nasib kita di tangan kita. Memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah kita. Bilangan kita dikatakan bertambah. Tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah perdana menteri Malaysia dan pengerusi Pakatan Harapan serta Parti Bersatu. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi kami di Malaysian Update. Tulisan ini pertama kali dimuat naik di blog chedet.cc.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/mereka-masih-enggan-bekerja-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ingat Lagi Tentang Gerakan Al Arqam Dan Bagaimana Hebatnya Mereka Kembangkan Ekonomi

Masih Ingat Lagi Tentang Gerakan Al Arqam Dan Bagaimana Hebatnya Mereka Kembangkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 933 hits
Al Arqam dan Buy Muslim First Di era awal kemunculan Jemaah Al Arqam yang dipimpin oleh Abuya Ashaari Muhammad sekitar tahun 1970 an berlaku revolusi perniagaan runcit besar besaran milik orang Melayu Islam ketika itu Zaman yang masih ketan...
Masih Ingat Ustadz Guntur Bumi Puput Melati Sempat Bikin Heboh Begini Nasib Mereka Kini

Masih Ingat Ustadz Guntur Bumi Puput Melati Sempat Bikin Heboh Begini Nasib Mereka Kini

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 354 hits
Masih ingat Ustadz Guntur Bumi dan istrinya Puput Melati Sempat bikin heboh publik begini nasib mereka kini Ya sempat wara wiri di televisi Ustadz Guntur Bumi dan Puput Melati kini jarang muncul di layar kaca Nama Ustadz Guntur Bumi atau bi...
5 Tips Menabung Bagi Kita Yang Bekerja Sebagai Pegawai Kantoran

5 Tips Menabung Bagi Kita Yang Bekerja Sebagai Pegawai Kantoran

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 265 hits
Tentu hal ini menjadi berbahaya jika kita tidak bisa menyiapkan dana darurat jika dibutuhkan suatu saat nanti Jika tidak disiplin untuk menabung tentu di masa depan kita akan cukup kerepotan memenuhi kebutuhan hidup Setiap tahun inflasi aka...
Bekerja Sepenuh Masa Dari Rumah

Bekerja Sepenuh Masa Dari Rumah

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 358 hits
Trending terkini sejak beberapa tahun sudah semakin ramai wanita memilih untuk memulakan perniagaan mereka dari rumah sendiri Tidak kiralah hasilnya daripada tangan mereka atau menjual barangan orang lain Setiap orang memiliki aspek terheba...
Kenapa Mahathir Ph Risau Dengan Himpunan Penyatuan Ummah

Kenapa Mahathir Ph Risau Dengan Himpunan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 464 hits
Dr Mahathir kata Anwar Ibrahim dipecat kerana melakukan perbuatan2 tidak bermoral yg tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara Sehingga ke saat ini Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataannya Anwar terlibat dgn aktiviti homoseksual Ma...
10 Kali Perhimpunan Ummah Umno Pas Pun Untuk Singkir Dap Tidak Akan Berjaya Tanpa Mahathir

10 Kali Perhimpunan Ummah Umno Pas Pun Untuk Singkir Dap Tidak Akan Berjaya Tanpa Mahathir

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 570 hits
Itulah kedudukan terkini 60 tahun DAP cuba jadi sebahagian kerajaan tetapi gagal dan di era Tun sebagai PM lagi hampir pupus Tetapi dengan sekali saja Tun bawa bersama DAP mereka sudah mampu jadi sebahagian kerajaan Dan hari ini kalau Tun m...
Baik Dan Buruk Surirumah Bekerja Sendiri Dari Rumah Dari Perspektif Ibu Anak Empat

Baik Dan Buruk Surirumah Bekerja Sendiri Dari Rumah Dari Perspektif Ibu Anak Empat

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 704 hits
Menjadi surirumah sambil menjadikan ruang di rumah ini sebagai ofis tidak pernah mudah Anak anak tidak faham bagaimana mama bekerja tetapi masih di rumah menguruskan mereka kerja kerja rumah dan sebagai driver sepenuh masa Apabila semuanya ...
Anak Dolfin Mati Ketika Buat Persembahan Didakwa Kepenatan Dipaksa Bekerja Keras Hiburkan Pengunjung

Anak Dolfin Mati Ketika Buat Persembahan Didakwa Kepenatan Dipaksa Bekerja Keras Hiburkan Pengunjung

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 387 hits
Pengunjung di sebuah taman ikan lumba lumba di Bulgaria telah menyaksikan satu detik menyedihkan apabila seekor anak ikan lumba lumba telah mati ketika melakukan persembahan baru baru ini Menurut sumber anak ikan lumba lumba yang baru berus...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn