Masih Ingat Lagi Tentang Gerakan Al Arqam Dan Bagaimana Hebatnya Mereka Kembangkan Ekonomi




Al-Arqam dan Buy Muslim First (BMF)
Di era awal kemunculan Jemaah Al-Arqam yang dipimpin oleh Abuya Ashaari Muhammad sekitar tahun 1970-an, berlaku revolusi perniagaan runcit besar-besaran milik orang Melayu Islam ketika itu. Zaman yang masih ketandusan teknologi massa bagi menggerakkan perniagaan. Telefon rumah (landline) pun hanya berada di sekitar rumah-rumah bangsawan apatah lagi internet dan telefon bimbit yang jauh sekali kewujudannya bagi rakyat biasa


Tetapi Al-Arqam mampu menggerakkan perniagaan runcit mereka tanpa perlu kempen 'Buy Muslim First' di Facebook seperti pada hari ini dan mereka berjaya! Hanya bergantung kepada akhbar milik mereka yang dipasarkan kepada orang ramai. Apa rahsia mereka

Saya berkesempatan berkenalan dengan beberapa ahli jemaah mereka sehingga hari ini dan bertanya sedikit sebanyak cara jemaah ini menggerakkan perniagaan mereka sehingga mampu membuka cawangan di luar negara yang masih wujud ketika ini. Agak sukar jika ingin mendapatkan kajian kes atau kajian menyeluruh yang rasmi mengenai gerakan perniagaan mereka. Jadi hanya melalui perbualan bersama mereka sahaja yang mampu digarap serba-sedikit maklumat

1. Sebelum Abuya membuka perniagaan, Abuya membuat pendidikan hati dahulu kepada ahli jemaah beliau. Beliau bicara soal iman dan hati. Bersihkan hati dari sifat hasad, sebarkan kecintaan dan jauhi permusuhan. Pendidikan inilah yang membuahkan hasil ikatan sesama mereka bagi membuka perniagaan. Abuya juga selalu bicara soal penting bagi mendapatkan makanan yang bersih dan Halal sebelum bicara membuka kilang sos, roti dan klinik. Hasil pendidikan inilah masyarakat mulai sedar betapa pentingnya kebersihan sesuatu makanan

2. Mereka mulai memproses makanan keperluan orang Islam ketika itu seperti sos, mee kuning, ayam dan lain-lain lagi bagi memenuhi permintaan masyarakat yang inginkan makanan yang bersih dan halal. Ketika itu, audit pemakanan yang bersih dan halal masih belum meluas seperti hari ini. Malah ketika itu, masih tiada lagi jenama-jenama milik Muslim bagi sekian produk pemakanan. Semuanya milik bukan Muslim yang menjadi keraguan status halal. Jadi mereka kehadapan memasarkan produk mereka dengan tema bersih dan halal. Bukan tema beli barangan Muslim. Hati mereka bersih dan bukan dengki dengan milik perniagaan non-muslim ketika itu, cuma ingin memenuhi kehendak dan sebagai fardhu kifayah menyediakan yang bersih dan halal

3. Al-Arqam mulakan perniagaan mereka penuh dengan strategi. Bukan buat produk dan terus jual. Jemaah pengikut Abuya bukan calang-calang manusia. Ada pensyarah, akauntan, peguam dan profesional yang lain. Mereka inilah penyumbang ide bagi perniagaan mereka. Mereka berniaga ada akaun yang dicatat duit keluar masuk. Bukan berniaga pakai buku 555 catat masuk duit seperti ustaz-ustaz (sesetengah) yang berniaga hari ini. Mereka tubuhkan beberapa kumpulan seperti non-muslim berniaga. Ada kumpulan pengedar yang akan pergi berjumpa peniaga runcit Muslim bagi menyatakan hasrat ingin meletakkan produk milik mereka di kedai runcit Muslim. Mereka ada team logistik (pengangkutan) yang akan bawa produk-produk untuk di restock (mengisi kembali) stok-stok yang diperlukan kedai-kedai runcit ini supaya stok tidak putus dan orang ramai tidak meluat asyik tiada dan habis stok. Mereka bukan hanya menjual produk keluaran mereka di ceramah-ceramah Abuya sahaja. Mereka mudahkan Muslim yang ingin mendapatkan produk mereka dengan masuk di kedai-kedai runcit milik Muslim sebelum mereka membuka kedai mereka sendiri

Maka ketahuilah, mereka berjaya. Sehingga tahun 1994, apabila gerakan mereka diharamkan kerana fitnah mengatakan mereka membawa ajaran sesat, aset dan wang milik mereka dianggarkan bernilai ratusan juta Ringgit. Mereka berjaya. Bukan kerana Abuya sahaja tetapi bergerak dengan kumpulan yang profesional di kalangan mereka

Jemaah Al-Arqam tidak memerlukan isu kejatuhan kuasa politik Melayu (konon?) bagi melariskan jualan mereka. Tidak juga perlu kepada fitnah menyebarkan propaganda kononnya perniagaan milik bukan non-muslim itu semua ada babi dan tidak bayar zakat. Mereka tidak memerlukan semua hasutan busuk dan jahat kepada perniagaan non-muslim bagi meraih untung. Cukup mereka didik ahli mereka sebarkan cinta, kasih sayang dan keimanan kepada Allah. Apabila hati sudah bersih, InsyaAllah perniagaan akan ditolong oleh Allah

Belilah barangan yang bersih lagi halal. Bukan sebarkan fitnah yang tiada asas bagi kempen ini. Semoga Allah bantu

Sumber FB Amir Zuhair


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2019/09/masih-ingat-lagi-tentang-gerakan-al.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ingat Ustadz Guntur Bumi Puput Melati Sempat Bikin Heboh Begini Nasib Mereka Kini

Masih Ingat Ustadz Guntur Bumi Puput Melati Sempat Bikin Heboh Begini Nasib Mereka Kini

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 342 hits
Masih ingat Ustadz Guntur Bumi dan istrinya Puput Melati Sempat bikin heboh publik begini nasib mereka kini Ya sempat wara wiri di televisi Ustadz Guntur Bumi dan Puput Melati kini jarang muncul di layar kaca Nama Ustadz Guntur Bumi atau bi...
Mereka Masih Enggan Bekerja Mahathir

Mereka Masih Enggan Bekerja Mahathir

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 296 hits
Semasa saya berumur belasan tahun saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star Kedah Masa itu negeri negeri Melayu sedang dijajah oleh British Negeri negeri Melayu terima baik penjajahan British Yang tidak dapat dinafi ialah British membawa s...
Bi Sebut Ekonomi Ri Masih Kuat Ditunjang Anak Muda Suka Belanja

Bi Sebut Ekonomi Ri Masih Kuat Ditunjang Anak Muda Suka Belanja

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 301 hits
Kondisi di Indonesia berbeda dari masyarakat Eropa dan Jepang yang notabene lebih banyak penduduk usia tua Di Jepang populasi yang sedang makin tua membawa masalah tersendiri bagi ekonomi mereka
Selepas Tujuh Tahun Berkahwin Dengan Lisa Surihani Yusry Luah Sesuatu Di Ig Tentang Rumahtangga Mereka

Selepas Tujuh Tahun Berkahwin Dengan Lisa Surihani Yusry Luah Sesuatu Di Ig Tentang Rumahtangga Mereka

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 555 hits
Sayang kita sudah hidup bersama selama tujuh tahun Sudah pasti dalam mana mana perkahwinan ada masa susah dan senang Saya sangat cintakan awak Selamat Hari Kita 7 kata pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim sempena meraikan ulang tah...
Ekonomi Ri Masih Lebih Baik Dibanding Malaysia Hingga Rusia

Ekonomi Ri Masih Lebih Baik Dibanding Malaysia Hingga Rusia

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 304 hits
Direktur Keuangan PT Bank Mandiri Tbk Panji Irawan menyebutkan meskipun tantangan ekonomi global semakin besar namun stabilitas ekonomi nasional dinilai masih terjaga Bahkan pertumbuhan ekonomi Indonesia relatif masih lebih baik dibandingka...
Cina Sudah Lama Kempen Beli Barangan Keluaran Mereka

Cina Sudah Lama Kempen Beli Barangan Keluaran Mereka

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 336 hits
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz KUALA LUMPUR Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mempersoalkan mengapa galakan membeli barangan keluaran Muslim tiba tiba didakwa oleh Pakatan Harapan dan DAP sebagai boikot barangan bukan Islam Bagaimanapun Ahli Jaw...
Nik Abduh Tak Marah Cina Beli Di Kedai Mereka Itu Hak Mereka

Nik Abduh Tak Marah Cina Beli Di Kedai Mereka Itu Hak Mereka

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 226 hits
Kempen kerana sikap biadab DAP terhadap IslamKL Faktor utama terjadinya kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah kerana sikap biadab DAP terhadap Islam dan umat Islam kata AJK PAS Pusat Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Mengapa galakan bi...
Rayakan Anniversary Ke 2 Raisa Dan Hamish Daud Ungkap Pesan Manis Untuk Pasangan Mereka

Rayakan Anniversary Ke 2 Raisa Dan Hamish Daud Ungkap Pesan Manis Untuk Pasangan Mereka

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 213 hits
Bukan cuma pesan manis keduanya juga kembali mengenang momen momen sakral penyatuan cinta mereka Semoga langgeng ya
Hadis 40 08 Aku Diperintahkan Untuk Memerangi Manusia Hingga Mereka

Hadis 40 08 Aku Diperintahkan Untuk Memerangi Manusia Hingga Mereka

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 295 hits
Hadis 40 08 Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah menegakkan shalat menunaikan zakat Jika mereka melakukan hal itu maka darah dan harta merek...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025