Mereka Bukan Nak Kisah Rakyat Boleh Hidup Atau Tidak Mereka Mereka Makan Rasuah Kuat


 
Kenaikan elaun pengerusi, pengarah FGV tak sensitif derita rakyat


Faiz Zainudin -June 26, 2022 Menurut notis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Bhd (FGV) baru-baru ini, elaun pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif dinaikkan mulai 24 Jun 2022.PETALING JAYA: Keputusan menaikkan elaun pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) adalah keputusan terburu-buru dan tidak sensitif terhadap penderitaan rakyat.
Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, perkara itu akan menyebabkan kemarahan warga peneroka memandangkan pegangan Felda kepada FGV adalah 80%.
“Dikala rakyat termasuk warga Felda terkesan dengan kos sara hidup, kenaikan harga barang dan mulai 1 Julai subsidi minyak masak, ayam dan telur ayam ditarik, keputusan ini terburu-buru dan tidak sensitif dengan beban ditanggung rakyat.
“Hampir 70% warga Felda adalah Generasi Baharu Felda kerana ibu bapa (peneroka asal) telah meninggal dunia.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“Meskipun harga sawit stabil ketika ini, tapi pendapatan diagihkan sesama adik beradik. Jika kebun dalam proses tanam semula dan pokok sawit tua, berapa sangat hasil diterima setiap bulan,” katanya kepada FMT.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan keuntungan dicapai FGV susulan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) di pasaran global hasil dedikasi kakitangan.
Namun, katanya, ia tidak bermakna elaun jawatan berkenaan perlu dinaikkan.
“Keuntungan FGV pun sebahagian besarnya disumbang kesan kenaikan harga sawit kebelakangan ini dari krisis dunia. Apakah jaminan kestabilan harga komoditi sawit boleh dipertahankan? Walhal kita sedia maklum turun naik harga sawit sentiasa berlaku sejak sekian lama,” katanya.
Sehubungan itu, Mazlan menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan AGM FGV dengan mengambil kira kedudukan ekonomi negara.
Beliau juga menggesa kerajaan mengutamakan Pelan Pemilihan Felda seperti kandungan kertas putih yang dibentang April 2019.
Baru-baru ini dilaporkan elaun pengerusi bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) dinaikkan kepada RM40,000 sebulan, berbanding RM25,000 sebelum ini, antara 13 resolusi diluluskan majoriti pemegang sahamnya dalam mesyuarat AGM syarikat itu.
Menurut notis AGM itu, elaun pengerusi bukan eksekutif FGV dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM480,000 atau bersamaan RM25,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan bagi tempoh setahun, bermula 24 Jun 2022 hingga AGM akan datang.
Imbuhan pengarah bukan eksekutif FGV bagi tempoh sama juga naik daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau daripada RM10,000 sebulan kepada RM12,500 sebulan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/mereka-bukan-nak-kisah-rakyat-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Kisah Mereka Nak Panggil Saya Oppa Nushrul Alif

Saya Tak Kisah Mereka Nak Panggil Saya Oppa Nushrul Alif

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 173 hits
The ReporterPelakon Nazim Othman 37 tidak kisah jika ada yang mahu terus memanggilnya Oppa gelaran yang diberikan peminatnya sampai bila bila Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman berkata dia tidak kisah dengan gelaran itu dan meng...
Perlu Segera Pru 15 Jika Mahu Kerajaan Kuat Dan Juga Mengembalikan Kepercayaan Rakyat

Perlu Segera Pru 15 Jika Mahu Kerajaan Kuat Dan Juga Mengembalikan Kepercayaan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Islam SeMalaysia Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diadakan segera jika mahu membina kekuatan dalam kerajaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara Bagaima...
Setahun Boleh Simpan Rm5 767 Ni Cara Mudah Mak Mak Nak Menabung

Setahun Boleh Simpan Rm5 767 Ni Cara Mudah Mak Mak Nak Menabung

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 173 hits
Rambang mata dibuatnya bila semua benda di depan mata Mak mak mulalah nak membeli sakan khususnya untuk anak anak Sudahnya menabung entah ke mana Macam mana nak menabung cara paling efisyen Perkongsian Anaa Sofianaa yang mencuba menyimpan m...
Kentang Boleh Sebabkan Kahak Elak Makan Kalau Anak Alah Dengan 2 Unsur Ini Dalam Kentang

Kentang Boleh Sebabkan Kahak Elak Makan Kalau Anak Alah Dengan 2 Unsur Ini Dalam Kentang

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 133 hits
Ubi kentang adalah salah satu daripada sumber makanan paling biasa Ianya mempunyai banyak khasiat namun bagi sesetengah manusia ia boleh mendatangkan mudarat jika mempunyai alahan terhadap makanan ini KENTANG BOLEH SEBABKAN KAHAK Dalam kent...
Pas Hilang Kepercayaan Terhadap Bersatu Rakyat Hilang Keyakinan Pas Boleh Memerintah

Pas Hilang Kepercayaan Terhadap Bersatu Rakyat Hilang Keyakinan Pas Boleh Memerintah

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 153 hits
PAS hilang kepercayaan terhadap Bersatu kata penganalisis June 25 2022 Dua pemimpin berpengaruh PAS menggesa parti untuk bertanding menggunakan logonya sendiri pada pilihan raya umum akan datang PETALING JAYA Gesaan daripada pemimpin PAS un...
Kalau Tak Nak Pandangan Jujur Dari Rakyat Takyah Buat Undian Pmo Dikecam Netizen Sebab Padam Tweet

Kalau Tak Nak Pandangan Jujur Dari Rakyat Takyah Buat Undian Pmo Dikecam Netizen Sebab Padam Tweet

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 293 hits
Twitter rasmi Pejabat Perdana Menteri baru baru ini cuba mendapatkan reaksi rakyat berhubung keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melalui undi di laman berkenaan Bagaimanapu...
Nak Jaga Muka Atau Menipu Lagi Cerita Lah Apa Sultan Cakap

Nak Jaga Muka Atau Menipu Lagi Cerita Lah Apa Sultan Cakap

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 142 hits
Nak jaga ego punya pasal sampai sanggup menipu soal jumpa Sultan Selangor PAS dakwa Sultan bertanya pendirian PAS tentang Bon Odori dan PAS pun dengar pandangan Sultan Tapi dinafikan istana Yang sebenarnya Sultan tak mahu PAS halang muslim ...
Ibu Menyusu Boleh Makan Durian Tak Bahaya Ke Untuk Bayi Ini Jawapan Kaunselor Laktasi

Ibu Menyusu Boleh Makan Durian Tak Bahaya Ke Untuk Bayi Ini Jawapan Kaunselor Laktasi

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 199 hits
Ketika ini lalu sahaja di mana mana jalan raya pasti akan kelihatan gerai yang menjual buah durian Untuk golongan ibu menyusu sering kali timbul persoalan sama ada boleh makan durian atau tidak Ikuti perkongsian daripada kaunselor laktasi i...
Transforming Malaysia S Healthcare Financing System

Twinboss The Story Of Irwann Cheng S Twin Engine Yamaha Rxz

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti

Legoland Nagoya Travel Guide

Happy168 Happy168 Asia 29 2567 Happy168 168 Top 35 By Princess

Hyatt Alila Bangsar Kuala Lumpur Best Hotel Ever

Linkin Park The Emptiness Machine Chord

My Experience With Fue Hair Transplant At Peters Radiant Clinic In Malaysia


echo '';
Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pinjaman Syurga Slot Akasia TV3

Kini Kembali Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengapa Hadi Tidak Bekerjasama Dengan Anwar

Lunch Spicy Buttermilk Chicken Rice Di Bite N Sip Alor Setar

Sedapnya Makan Pizza Wagyu By Chef Jofliam

Budoxe The Dark Knight

Kedah Air Melimpah Di Kedah Empat Kampung Dilanda Banjir Kilat

Budak Didakwa Bawa Ipad Pada 1941