Merealisasikan Impian Renovate Dapur
Assalamualaikum
Merealisasikan Impian Renovate Dapur | Setiap orang yang hidup di muka bumi ini telah tertulis jalan cerita mereka. Bila berkahwin, bila dapat anak, berapa orang anak, kaya ke sederhana ke. Semua itu ketentuanNya. Dan hidup ini penuh pilihan samada nak beli rumah besar ke kecik ke, terpulang masing-masing.
Kami berpindah ke rumah ni tahun 2012, kosong, hanya ada lampu kipas dan barang-barang perkakas asas. Saya tak ingat tahun bila buat table top ni. Masa ni trend tile warna hitam dan oleh kerana tengok warna hitam ni cantik je kan, terus lah beli.
Tahun 2021, bila PM membenarkan pengeluaran duit KWSP, saya terus mohon dan gunakan untuk renovate dapur saya. Ogos 2021, kebetulan saya masih lagi BDR, takde masalah untuk memantau kerja-kerja renovasi.
Dapur lama
Selepas table top dipecahkan dan lantai pun dah sapu
Upah pecah table top RM850
Tembok dinaikkan
Selepas tembok diplaster
Upah RM1500
Banyak kekurangan yang buat saya kurang berpuas hati dengan kontraktor ni. Mula-mula, tengok tembok pemisah tu memang puas hati giler sebab dia upah orang indon buat kerja tu. Tengoklah, plaster pun cantik. Tapi bila diorang mula buat table top saya, saya agak terkejut dengan hasilnya. Cincai
Konkrit melendut mungkin sebab panjang table top saya 13', lubang sinki senget (ni memang nampak), sinki pun tak boleh masuk. Konkrit bahagian bawah pun tak rata. Lepas tu, bila lori bin sampai nak tarik bin, pasir-pasir yang banyak dia order tu tak kemas pun. Saya dan suami pula perlu masukkan pasir ke dalam bin tu. Penat tau
Saya rasa kontaktor ni pikir kami akan terus pasang tile dengan dia kot. Sedangkan saya dah beritahu awal-awal cuma buat konkrit table top sahaja. Tapi, agak-agak la sikit bila buat konkrit tu. Kasi la cun sikit. Sebab dah bagitau juga saya nak pasang quarzt stone akan datang, tapi mungkin 2 ,3 bulan lagi. Bukan terus buat. Bin RM160
Table top frame sepanjang 17'. Kawasan sinki tu 4' je
Kalau nak tahu, saya memang mengidam nak table top quarzt stone. Kalau nak pasang di table top konkrit ni besar sikit modalnya, sebab perlu kira-kira meter persegi dan juga tambahan skirting. Memandangkan mata ni sakit sangat tengok konkrit table top ni, sampai rasa nak masak pun takde selera, terus saya contact Orostone untuk kerja-kerja pengukuran. Masa ni budget saya RM3000 je tapi selepas mereka buat kira-kira, over budget sikit. Pejam mata la awak.
Quarzt stone selesai RM3289
Selesai bab table top frame, saya tak nak upah dah kontraktor tu sebab saya tak puas hati betul dengan hasil kerjanya. Saya upah orang lain untuk pasang tile bahagian bawah table top dan naikkan tembok di belakang rumah (habiskan baki batu bata)
Berbaloi upah RM400 untuk pasang tile bahagian bawah sahaja dan naikkan batu bata di belakang rumah. Hasil kerja pun kemas. Dapur stainless steel jenama Milux saya beli dengan harga RM299 termasuk postage
Bulan berikutnya, saya tempah kabinet pula. Pilihan saya, jenis aluminum. Setelah survey banyak tempat, kontaktor ini menjadi pilihan saya. Terus deal untuk datang rumah untuk buat pengukuran. Setelah diukur, sebut harga diberikan. Sekarang semua pakai whataps. Seperti biasa, pembayaran deposit dahulu. Deposit RM500 dan dalam 2 minggu kontraktor datang pasang. Dah siap pasang, terus transfer baki bayaran
Kabinet pilihan adalah warna kelabu
Siap semua, RM2370
Alhamdulillah. Selesai bahagian dapur. Lain kalilah kalau nak buat penambahan lagi. Cukup habiskan duit buat masa ni
Berapa duit saya habis untuk dapat dapur idaman?
Table top baru + tembok : RM4850Quarzt stone : RM3289Dapur stainless steel Milux : RM299Pasang tile bawah sahaja + ikat batu belakang rumah : RM400Kabinet bawah : RM2370Ganti paip sinki yang rosak, dan piping lain : RM200Jumlah hangus : RM11,408
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jnjikita.blogspot.com/2022/01/merealisasikan-impian-renovate-dapur.html