Mercun Cukuplah Tragedi Jari Kudung Raya Ini
Gambar Hiasan
Setiap kali musim perayaan pasti ada kes kecelakaan akibat bermain mercun. Bagaikan sudah sinonim pula perayaan dan mercun.
Kalau tidak ada mercun atau bunga api seperti ada yang tidak kena satu-satu perayaan tersebut baik sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina atau Deepavali, pasti ada yang membakar bahan letupan tersebut.
Bagi sesetengah tempat terutama di kawasan kampung, penduduknya membakar meriam buluh sebagai tanda meraikan kemenangan setelah menghampiri penghujung Ramadan.
Namun, sepanjang pengetahuan penulis kes-kes kecederaan melibatkan mercun sama ada yang dibeli atau buatan sendiri biasanya banyak berlaku pada musim raya Aidilfitri.
Jarang pula kita mendengar kes kecederaan akibat main mercun pada musim perayaan lain terutama Tahun Baharu Cina.
Walaupun berbahaya, mercun sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap setiap kali menjelangnya musim raya.
Oleh itu tidak hairanlah ada yang mencari pendapatan tambahan dengan menjual mercun kerana pulangannya lumayan.
Demi mengejar keuntungan ada yang sanggup melanggar undang-undang dengan menyeludup mercun dan bunga api walaupun mereka tahu perbuatan tersebut adalah salah dan boleh ditangkap.
Cuma sejak dua tahun kebelakangan ini, selepas negara dilanda wabak Covid-19 dan penduduk Malaysia ‘dikurung’, kita tidak lagi mendengar kes putus jari atau tangan dan buta akibat bermain mercun.
Alhamdulilah hari ini sudah 12 hari umat Islam berpuasa. Tiada lagi kes kecederaan main mercun dilaporkan oleh media.
Namun begitu, pada tahun ini aktiviti penyeludupan mercun dan bunga api kembali rancak.
Pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga telah mengambil langkah awal dengan melakukan risikan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti.
Sejak awal Ramadan lalu, sudah banyak rampasan dan tangkapan membabitkan bahan letupan tersebut dibuat oleh pihak berkuasa di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang terletak bersempadan dengan negara jiran.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafie Mamat mengakui kegiatan menyeludup mercun di dua daerah negeri itu iaitu Pasir Mas dan Tumpat meningkat dua kali ganda menjelang Aidilfitri tahun ini.
Diharap usaha mengekang aktiviti penyeludupan dan penjualan mercun ini dibuat secara berterusan dan tiada lagi tragedi berdarah akibat terkena bahan letupan pada Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.
Kepada ibu bapa pula, pantaulah anak masing-masing kerana kita mahu membalas dendam beraya sakan di samping ahli keluarga, bukan menyambut raya di hospital.
Lebih parah lagi kehilangan insan tersayang pada Hari Raya Aidilfitri akibat daripada perbuatan yang mencederakan diri sendiri.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Gumpal rambut dalam tepung pelita
Kes Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak: Kerani Dipenjara 6 tahun, Denda RM6,000
Bekas CEO Astro Rohana Setuju Pulangkan Aset Berkaitan Kes 1MDB
Ibu Paksa Anak Gadisnya Buat Hubungan Seks Dengan Bapa Tiri, Pasangan Durjana Ini Dipenjara
Roti John ‘Rentung’, peniaga tipu pembeli, hatinya tidak bersih
Wisma Putra siasat isu rakaman suara seorang individu kepada “Datin”
Denda RM7.7 juta jika tanam pokok Guarana Brazil
Maut terjatuh ketika bergambar di Blue Lagoon
Tumpu ibadat bulan puasa, Isham sindir Anwar
Kisah Seorang Lelaki Yang Bersedekah Kepada Pencuri, Penzina Dan Orang Kaya
Asap hitam keluar daripada anak patung serang kucing
Tauke Jambu didakwa miliki dadah bersama 4 rakan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella
Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung
The post Mercun, cukuplah tragedi jari kudung raya ini appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/14/mercun-cukuplah-tragedi-jari-kudung-raya-ini/