Mercu Teruntum Bakal Menjadi Tarikan Utama Bandar Kuantan
KUANTAN - Bagi masyarakat di Kuantan dan sekitarnya, pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah rupa sebenar sebuah menara yang sedang dibina di tepi Sungai Kuantan.
Menara Kuantan atau Mercu Teruntum adalah merupakan sebuah menara yang dibina letaknya di tebing Sungai Kuantan atau lebih spesifiknya di dalam perkarangan Laman Teruntum.
Dengan pembinaan menara yang ketinggiannya mencecah 180m ini bakal membolehkan pelawat menikmati pemandangan keseluruhan Bandar Kuantan dari aras yang tinggi serta pandangan panorama Sungai Kuantan.
Kerja pembinaannya telah bermula sejak 3 Ogos 2017 dan dijangka siap pada 31 Julai 2019 serta merupakan sebuah projek yang dimajukan oleh East Coast Economic Region (ECER).
Konsep Reka Bentuk Mercu Teruntum
Anjung Menara melambangkan kepelbagaian Rakyat Kuantan dan penduduk Pahang secara amnya.
Lima (5) tiang keluli yang disusun menjulang dan bersatu melambangkan lima teras Rukun Negara yang menyatupadukan lapisan rakyat dengan erat. 5 tiang besi juga melambangkan lima Rukun Islam.
Puncak Menara keemasan melambangkan Kedaulatan Kesultanan Pahang di mana Rakyat dan Agama bersatu dan setia di bawah naungan KDYMM Tuanku.
MERCU TERUNTUM MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA TARIKAN KUANTAN WATERFRONT
Dengan terletaknya di tebing Sungai, ia akan menjadi salah satu daripada tarikan Kuantan Waterfront yang merangkumi Taman Esplande, Mercu “Junjung Duli’, Hutan Paya Bakau, Laman Teruntum,Mini Zoo Teruntum dan lain-lain
Dengan objektifnya untuk menjadi mercu tanda terkini untuk Bandar Kuantan, menara ini juga akan beroperasi sebagai salah satu sumber penjanaan ekonomi kepada negeri dan rakyatnya melalui pelbagai promosi produk buatan tempatan (cenderamata dan kraftangan) serta akan menjadi tempat acara (event space) yang unik untuk pelbagai majlis keraian.
Mercu Teruntum juga akan menjadi salah satu tarikan tambahan iaitu Kuantan River Cruise iaitu pengunjung dapat menikmati pemandangan di sekitar Sungai Kuantan dengan menaiki Cruise.
Di samping itu, turut terdapat cadangan aktiviti-aktiviti di Mercu Teruntum seperti sukan Ekstrim-skywalk, guided free fall dan juga Spire Climb.
Menara ini turut menyediakan restoran bagi orang ramai untuk menikmati makanan sambil bersantai melihat keindahan Bandar Kuantan.
Pembinaan menara ini pastinya akan menjadi sebuah destinasi utama pelancongan kepada para pengunjung dari dalam dan luar negara serta pada masa yang sama akan menaikkan lagi tarikan pengunjung ke tempat-tempat di sekitarnya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pahangdaily.blogspot.com/2019/04/mercu-teruntum-bakal-menjadi-tarikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29