Merawat Gastrik Dengan Madu Terbukti Cara Penyembuhan Paling Ampuh


Dalam al-Quran, madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia, juga digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai amalan sunnah dan rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan dan kesihatan manusia.


Madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi yang dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.

Bagaimana Madu Terhasil?

Secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora.

Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja.

Madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli.

Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu.

Namun, hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa.

Cara Minum Madu Yang Betul

Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah, beliau berkata, "Sesungguhnya saudaraku sakit perut," Rasulullah bersabda, "Minumkanlah madu kepadanya".

Lelaki itu pulang dan melakukan apa yang disarankan Rasulullah. Tidak lama kemudian, lelaki itu datang semula dan berkata, "wahai Rasulullah! Aku telah memberikan saudaraku minum madu, namun tidak berhasil melainkan bertambah parah."

Maka Rasulullah bersabda, "Apa yang dikatakan Allah itu benar, sedangkan perut saudaramu yang telah berdusta. Pergilah dan berikannya minum madu."

Lelaki itu pulang dan selepas memberikan saudaranya madu, saudaranya sembuh. (Kitab Shahih Tafsir Ibnu Katsir)

Jom tonton video dibawah, bagaimana sebenarnya meminum madu untuk merawat penyakit yang selama ini kita silap mengamalkannya.


Ingat, tidak mungkin Allah dan Rasul-Nya berbohong apabila menyatakan bahawa, madu adalah penawar penyakit.

Madu Sumber Probiotik

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikro organisma hidup yang memberi kebaikan kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti mencukupi.

Madu pula mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia.

Probiotik adalah bakteria hidup yang memberi manfaat kepada kesihatan apabila dimakan dalam jumlah mencukupi.

Contoh makanan kaya dengan probiotik ialah madu, dadih (yogurt), minuman susu kultur, makanan diperam seperti budu, cencalok serta belacan yang membantu mencegah kanser usus.

Prebiotik pula ialah makanan bagi bakteria baik. Ia boleh didapati dalam makanan yang tinggi kandungan serat seperti pisang, bawang putih, bawang besar, bawang merah, asparagus dan bijirin penuh mil.

Antara fungsi probiotik ialah menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik, membantu sistem penghadaman dan penyerapan nutrien dan pada masa sama menghasilkan vitamin, seperti vitamin B-12 dan seterusnya membantu menyihatkan usus dan menyembuhkan penyakit gastrik.

Kandungan asid amino dalam madu, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu.

Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.

Justeru, dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai badan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan.

Kita terlalu sibuk mencari minuman kultur untuk mendapatkan sumber probiotik bagi memperbaiki usus, tetapi mengabaikan sumber probiotik yang ada dalam Madu Asli yang boleh diamalkan semua orang.

Zat Dalam Madu

Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, vitamin A dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

Enzim

Dalam madu ada pelbagai enzim yang tidak terdapat dalam gula putih. Antara enzim dalam madu ialah enzim oksidase, invertase, amilase dan katalase.

Bagaimanapun, enzim utama dalam madu ialah invertase, diastase dan glukosa oksidase. Ketiga-tiga enzim ini memainkan peranan penting dalam pembentukan madu secara semula jadi.

Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik. Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia.

Penerbitan saintifik juga membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C.

Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur.

Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi.

Bagaimana Madu Mampu Merawat Gastrik?

Anda sudah tonton video diatas? Begitulah caranya. Untuk merawat gastrik, minum sebotol madu sekali teguk sekali sahaja. Untuk hari-hari seterusnya, ambil 2-3 sudu selepas bangun ketika perut masih kosong.

Tetapi, pantang kenalah hindari makanan pedas dan masam kerana makanan ini antara pencetus utama penyakit gastrik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Khasiat Madu Menurut Kajian Perubatan ModenKenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat, Ini Penjelasan Pakar
sumber: bharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/04/merawat-gastrik-dengan-madu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Panaskan Pizza Paling Awesome

Cara Panaskan Pizza Paling Awesome

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 320 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru baru ni adalah aku mengorder Pizza Hut Bukan main lagi order macam makan 5 orang padahal makan berdua je Spagetti 2 pizza regular dengan drumettes Mula mula telan spagetti dulu dah start dengan spage...
Cara Sebenar Merawat Serangan Asma

Cara Sebenar Merawat Serangan Asma

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 355 hits
Gejala asma biasanya datang dan hilang mengikut tahap asma yang dihadapi dan bergantung kepada perdedahan kepada faktor pencetus Sebaiknya semua pesakit asma mesti mempunyai pelan tindakan asma yang disarankan oleh doktor Cara Sebenar Meraw...
Petua Chef Thailand Cara Paling Cepat Masak Daging Atau Tulang Supaya Cepat Empuk

Petua Chef Thailand Cara Paling Cepat Masak Daging Atau Tulang Supaya Cepat Empuk

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 845 hits
Petua Chef Thailand Cara Paling Cepat Masak Daging Atau Tulang Supaya Cepat EmpukCara
95 Tepat Terbukti Cara Anda Pegang Telefon Bimbit Mendedahkan Keperibadian Sebenar Anda

95 Tepat Terbukti Cara Anda Pegang Telefon Bimbit Mendedahkan Keperibadian Sebenar Anda

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 557 hits
95 Tepat Terbukti Cara Anda Pegang Telefon Bimbit Mendedahkan Keperibadian Sebenar Anda
Cara Buat Pau Paling Ringkas Terlajak Gebu

Cara Buat Pau Paling Ringkas Terlajak Gebu

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 422 hits
Aduh geramnya tengok bila masak pau menjadi gebu dan lembut Mungkin yang tidak menjadi dengan elok kerana teknik memasaknya tidak betul Pau boleh dipelbagaikan rasa dengan inti sama ada manis dan juga pedas Ada lagi ke yg nak resipi pau pal...
Rasa Lembut Berlemak Ini Cara Nak Buat Ketupat Daun Pisang Paling Mudah

Rasa Lembut Berlemak Ini Cara Nak Buat Ketupat Daun Pisang Paling Mudah

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 592 hits
Tak lama lagi umat Islam khususnya akan menyambut bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri Pastinya ada dalam kalangan anda yang dah senarai beberapa menu untuk juadah berbuka puasa mahupun hari raya Bila sebut nak raya m...
5 Cara Buat Duit Online Paling Best

5 Cara Buat Duit Online Paling Best

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 350 hits
Banyak cara buat duit online yang di ajar oleh cikgu cikgu pemasaran online namun ini 5 cara buat duit online yang paling best berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mencuba 5 cara buat duit online ni Walaupun ada banyak yang di cadang ke...
Cara Merawat Sporo Kucing

Cara Merawat Sporo Kucing

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 2373 hits
CARA MERAWAT SPORO KUCINGAssalamualaikum sebelum ni Lisa ada tulis tentang kucing sporo Lepas beranak kucing Lisa kena Sporo jangkitan dari kucing luar bermula dari hidung bengkak kudis di muka di telinga dan kemudian merebak keseluruh bada...
Cara Merawat Alat Bantu Dengar Agar Tidak Mudah Rusak

Cara Merawat Alat Bantu Dengar Agar Tidak Mudah Rusak

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 326 hits
Telinga merupakan salah satu alat indera penting bagi manusia yang fungsinya adalah untuk mendengarkan suara Pada dasarnya telinga ini juga sama dengan bagian tubuh yang lainnya yang fungsinya semakin lama juga akan mengalami penurunan umum...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Lunch Merangkap Dinner Di Nefa Station Ipoh Perak

Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield