Merasai Ketam Madu Di Daegu Korea


Penat juga seharian berjalan mengukur bumi Korea. Perut cepat berbunyi sebab keadaan sejuk di Korea akan membuatkan perut kita sentiasa minta diisi. Apa yang baiknya, kurang rasa dahaga. Tapi bila mengembara di bumi orang ni, takdalah semua makanan boleh disebat dan dimakan. Jadi, KTO (Korea Tourism Organisation) telah mengaturkan makan malam kami di Restaurant yang menyediakan makanan yang berasaskan makanan laut dan hidagan utamanya adalah ketam! Wow! Makanan kegemaran Bella. Ketam. Ramai yang tak suka sebab leceh nak makan kan? Kadang - kadang nak gigit penyepitnya tu, sampai terkoyak bibir. Sebab itulah makan ketam kena perlahan - lahan sambil menghayati isinya yang sikit tu. Makan malam kali ini Bella Merasai Ketam Madu di Daegu Korea.

Nama Restaurant ini adalah Pottery kkotgejang ( 옹기꽃게장 ) yang menyediakan semua makanan laut. Macam biasalah. Makanan yang berasaskan sayuran mesti ada disetiap hidangan. Kimchi memang tak pernah takada. Macam sambal belacan plak bagi orang melayu. Masa ni, kami masih menanti hidangan ketam yang bakal disajikan. Bella makan ketam no.1, memang sangat teruja dan makan memang tak akan cover atau malu - malu. Memang belasah je makan. 





Makan malam di Restaurant ini takada makan dalam pinggan biasa yer. Selalunya disediakan mangkuk kecil. Tapi kali ini lebih unik sebab disediakan nasi dalam ala - ala periuk batu. Macam lesung batu dah Bella tengok rupanya. Ini adalah nasi yang terus dimasak dalam batu ini tau. Bukan nasi yang dah siap dimasak dimasukan dalam periuk batu ni. Janganlah sentuh yer. Panas. Bella pun takdalah nak pegang - pegang untuk dapatkan kepastiaan. Tengok nasi dan berasap tu, percaya jela. Air pun tuang dari cerek terus. Ini kalau dekat kampung, anak dara hidang terus sekali dengan cerek memang berdarah telingalah kena bebel dengan mak. 

Walah!! inilah hidangan ketamnya. Separuh masak macam sushi. Disebabkan isi ketam ini dimasak separuh masak, jadi dia akan rasa liat - liat sikit. Tapi bagi pencinta ketam macam Bella ni, memang sedap sungguhlah bagi Bella. Ditambah dengan telur ketam tu. Memang manis dan rasa yang lain dari yang lain. Tapi, bila korang makan dengan nasi panas yang dalam batu tu, isi ketam ini akan jadi masak sedikit. Pada Bella, kesedapan ketam ni lebih sebab setiap ketam ada telur



Rasanya tak loya atau hanyir. Sos soya yang ditambah dengan kepedasan cili, memang buat hidangan ni sedap meletup - letup dalam mulut Bella. Tapi kalau korang nak pergi Merasai Ketam Madu di Daegu Korea macam Bella, korang kenalah hati - hati. Tak semestinya kalau seafood je Halal yer, Sos soya ini, kalau bukan yang halal dorang akan tambah arak. Bella pergi dengan KTO jadi dorang memang dah sediakan awal - awal lagi supaya dari punca makanan ini memang Halal. Bella makan memang takda rasa ragu -ragu dah. Memang Bella lah yang habiskan semua ketam yang ada. Siapa ada resepi ketam ni? Meh share. Nak cuba masak sendiri la. Nak pergi jauh. 

Bella makan sampai abis nasi dalam bekas batu ni yer, kawan - kawan. Orang Korea yang bawa kami seronok betul tengok Bella makan banyak. Siap suruh Bella isi air panas dalam bekas nasi Bella, supaya nasi yang menjadi kerak yang melekat - lekat dekat mangkuk batu tu Bella boleh korek dan makan sampai licin. Unik juga. Sayur - sayur depan Bella langsung tak terusik. Bella memang menghayati ketam je. 

Hidangan ikan pun ada juga. Tapi Bella dah kenyang dengan ketam. Lagipun Bella segan juga nak habiskan semua yang didepan mata. Apa yang penting Bella sangat - sangat puas hati Merasai Ketam Madu di Daegu Korea ini. Jadi hidangan lain memang tolak tepi. 

Selesai saja makan, kami diberi air beras ini. Heh! sedapnya. Mungkin selama dekat Korea ini banyak minum air teh hijau, tiba - tiba dapat air manis ini rasa macam wow nya. Ditekankan air ini memang tidak memabukan. Ia lebih macam rasa air Barli macam tu. Bella pernah beli air beras ni dekat Malaysia yang dalam tin dan ada Halal Korea, tapi rasanya tetap tak sama. Rasanya lagi sedap dekat kedai ini. Kalau repeat pergi Korea pun belum tentu dapat rasa air beras yang Halal ni. Sebab Bella takut masa kami datang saja semuanya di sediakan yang Halal belaka. Pergi sendiri dengan tak fahamnya. Memang susah. Kecuali bawa yang tahu cakap Korea. Masa FAM Bella pergi tu, ada lebih kurang 5 orang yang boleh cakap Korea dan terjemahkan kepada kami dalam English. 

Ketam masak pedas macam ini pun ada disediakan. Tapi rasanya biasa - biasa saja. Sedap lagi ketam masak sambal di Malaysia Bella rasa. Bella pun dah lupa apa rasa sambalnya, sebab ketam masak soya tu lagi mengancam dan menarik perhatian Bella. Bagi korang yang nak rasa sendiri kesedapan Ketam di Daegu Korea ini, Bolehlah search :-

Pottery kkotgejang ( 옹기꽃게장 )
Daejeon-ri, Daedeok-ro, Nam-gu, Daegu, Korea(No.) 561-255, Bongdeok 5-dong, Nam-gu, Daegu, Korea대구 남구 대덕로 157(지번) 대구광역시 남구 봉덕동 561-25
11.00am till 10.00pm053-474-8130

Semoga bermanfaat dan selamat bercuti

Maklumat Penerbangan :-


KL ke Busan: 4x seminggu
KL ke Seoul: 2x sehari
AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi jangan ragu - ragu untuk terbang bersama AirAsia.

#AirAsia #VacayWithAirAsiaX #VacaywithAirAsia #VisitKorea

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bellaidura.com/2019/12/merasai-ketam-madu-di-daegu-korea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kembara Korea Selatan Tne 10

Kembara Korea Selatan Tne 10

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 388 hits
Selamat Datang di Pulau NamiUcapan Selamat Datang di Pulau Nami mengalukan kedatangan para pelancong dari 3 buah negara berbahasa Melayu iaitu Indonesia Malaysia dan Singapura menunjukkan betapa celiknya dan pandainya kerajaan Korea Selatan...
Jiwangnya Orang Korea Nangis Dengar 10 Lagu Ini Anda Bagaimana

Jiwangnya Orang Korea Nangis Dengar 10 Lagu Ini Anda Bagaimana

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 335 hits
Industri muzik Korea bukan saja terkenal dengan irama muzik K POP yang berentak rancak Malah ia turut mempunyai lagu berentak Ballada yang begitu menyentuh hati dan perasaan Malah lagu lagu berentak balada dan perlahan ini sering saja digun...
Drama Korea Hotel Del Luna

Drama Korea Hotel Del Luna

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 1181 hits
Hotel Del Luna Korean Drama Review ini antara drama yang ditunggu tunggu untuk tahun 2019 ini Korean Drama Hotel Del Luna karya Hong Sisters ini memang best terbaik unik dan syok layan drama ini Peminat drama Korea pasti kenal dengan Hong S...
Gambar Ohsem Musim Salji Di Jeju Island Korea Selatan

Gambar Ohsem Musim Salji Di Jeju Island Korea Selatan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 1206 hits
Musim salji telah tiba di Korea Selatan sejak sebulan yang lalu Masa ini ramai orang kita pelancong Malaysia memang menunggu peluang untuk bercuti ke negara yang ada salji Nah saya kongsi beberapa keping Gambar Ohsem Musim Salji Di Jeju Isl...
Indonesia Kepincut Impor Bir Korea Utara

Indonesia Kepincut Impor Bir Korea Utara

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 282 hits
Pemerintah Indonesia tertarik untuk menjajal mengimpor minuman keras berupa bir dari Korea Utara Mereka menyatakan peluang untuk hal itu terbuka lebar untuk meningkatkan volume perdagangan di antara kedua negara Seperti dikutip dari NKNews ...
Gwangjang Market Pasar Tradisonal Terbesar Di Korea Selatan

Gwangjang Market Pasar Tradisonal Terbesar Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 327 hits
Gwangjang Market Pasar Tradisonal Terbesar di Korea Selatan dan terkenal dengan barangan sutera yang berkualiti peralatan linen dan barangan buatan tangan seperti Cenderahati dan juga Kraftangan Namun kalau dikira dengan popularitinya kini ...
New Althea Korea A Bloom Collection

New Althea Korea A Bloom Collection

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 383 hits
Hey guys Recently I received another surprise box from Althea Korea but it was my final exam week so it s a little bit rush for me to blog about this new brand under Althea Exclusives It s been a while since I didn t update my blog post for...
Tip Mencari Makanan Halal Untuk Pelancong Muslim Di Korea

Tip Mencari Makanan Halal Untuk Pelancong Muslim Di Korea

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 617 hits
Semakin ramai rakyat Malaysia mengembara ke Korea Selatan sejak akhir akhir ini Negara kimchi ini bukan saja terkenal dengan K Pop dan K Drama malah makanannya yang sedap sedap Jadi tak hairanlah kalau kita ke Seoul terutama Itaewon pasti a...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara