Merasai Keaslian Masakan Dari India Utara Di Restoran Jewel In The Crown


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jarang-jarang sebenarnya Maha dapat menikmati hidangan masakan asli dari negara India. Bukan sebab tak suka tapi kerana kat Malaysia pun ada banyak restoran masakan India. Tapi kali ini bukan biashe-biashe punya makanan tau. Di bawakan khas asli daripada Utara India kerana tukang masak di restoran ini pun dari sana

Restoran yang Maha maksudkan adalah Jewel In The Crown nama pun dah grand. Restoran ini terletak di tingkat 1, Menara MBF, Jalan Sultan Ismail. Tak tahu pula kat situ ada restoran yang menarik macam ini. Ingat kat situ banyak pejabat-pejabat jer. Hari tu Maha pergi bersama kawan-kawan blogger yang lain sebab hari minggu jadi gather lah sekali-sekala tiberrr.




Mula-mula menjejakkan kaki dalam restoran ini memang rasa seperti berada di negara India. Ini kerana dekorasi dan juga hiasa yang ada dalam restoran ini membawa kita dalam suasana asal. Di mewahkan lagi dengan lampu candelier kat tengah-tengah restoran ini rasa macam berada di dalam istana. Disatu sudut lain pula dipenuhi dengan wallpaper sebuah bagunan klasik yang beratus tahun melempiaskan pandangan 3D yang nyata. Itulah pot paling menarik nak bergambar kalau datang sini boleh buat photo booth kat situ hehehe


Maha nak cerita pula pasal makanan kat sini. Di sini mereka ada sediakan makan berkonsepkan bufet atau juga ala-carter. Masa kami datang tu dihidangkan dengan menu ala-carter bermula daripada pembuka selera. Orang India memang wajib kot dalam setiap hidangan mereka mesti ada bawang dan juga rempah ratus yang banyak. Macam pembuka selera ini iaitu Chicken Tikka, Fish Tikka dan Panner Tikka. Tikka atau orang India sebut 'Teeka' bermaksud sekeping daging atau ayam atau ikan yang dipotong kecil
Chicken Tikka
Panner Tikka
Fish Tikka 
Setiap gigitan tu korang dapat rasa semua rempah yang serap dengan sempurna dan juga lembut sangat. Macam ayam atau 'Panner' iaitu keju hancur bila masuk dalam mulut apabila dikunyah sangat sempurna. Masakan India ni ada sedikit pengaruh dari Timur Tengah kerana kedudukan geografi yang berhampiran kot. Sebab itu ada menu kebab yang korang kena cuba di sini seperti Mutton Sheekh Kebab dan juga Hera Bhara Kebab
Hera Bhara Kebab
Maha kalau dapat makan daging memang menjadi kegemaran lah tak kira masak apa pun kan hehehe. Lepas tu barulah kami dihidangkan dengan menu utama yang ada nasi, kuah dan sayur-sayuran. Antara yang telah dijamukan kepada kami hari tu iaitu Chicken Biryani yang dimakan bersama dengan Chicken With Curry Leaves, Fish With Coconut Gravy, Mutton Rogan Gosh dan Mixed Vegetable
Chicken Biryani

Korang boleh tengok masakan India juga mesti tak lari dengan kari. Tapi setiap kari tu rasa berlainan mungkin ada herba yang berbeza walaupun base sama. Tu kena menuntut lagi lah sebab kebanyakkan kari mereka tidak menggunakan santan macam kita. Mereka menggunakan krim atau juga yogurt. Memang kena sangat bila dah makan nasi briyani tu dengan kuah-kuah yang ada
Chicken With Curry Leaves
Fish With Coconut Gravy
Mutton Rogan Gosh
Tak sah kunjungan korang ke sini jika tidak mencuba makanan paling popular dari India iaitu Garlic Naan. Di makan pula bersama dengan Dal Tadka yang dihidangkan dalam baldi kecik ni wakakaka comel gilerrr. Bagi Maha roti Naan ini sangat superb boleh makan berkeping-keping sebab rasa bawang putih bersama dengan daun ketumbar. Roti mereka sangat garing dan rangup kena makan panas-panas cicah dengan Dal tadi terangkat
Garlic Naan
Dal Tadka
Roti tu Maha boleh habiskan seorang jer. Tapi sebab dah kenyang sangat hari tu terlalu banyak hidangan nasib dapat juga menghabiskan semua juadah yang dihidangkan. Last sekali kena cuba mereka punya pencuci mulut yang iaitu Gulab Jamun. Ia bukan pencuci mulut yang manis sangat just nice juga rasa seperti macam puding roti tapi ia adalah keju dari pepejal susu. Belajar sikit lah pasal masakan India ini
Gulab Jamun

Selain daripada makan-makan kat restoran ini mereka juga mengalukan mana-mana sahaja badan koporat, individu, NGO atau kerajaan untuk menganjutkan sebarang program di sini seperti majlis koporat, majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, persidangan, reunion dan macam-macam lagi. Ini kerana ruang restoran ini sangat luas yang mampu untuk memuatkan sehingga 250 orang. Pulak tu siap ada pentas utama disediakan diruang depan restoran ini. Kemudahan-kemudahan lain juga disediakan seperti surau, tandas dan juga parking. 


Kalau korang buat majlis boleh pilih untuk buat secara bufet atau makan hidang semua meraka boleh sediakan. Bagi Maha ini satu pengalaman makan di sebuah restoran yang betul-betul Indian. Rasa nak cuba makanan kat sini boleh lah datang kerana ia buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Boleh datang untuk makan tengahari atau makan malam, apa salahnya sekali sekala mencuba makanan asli India asyik makan kat mamak jer. Nanti dah cuba korang boleh tinggal komen kat sini ok. Selamat menjamu selera semua. 
Tempahan dan juga pertanyaan lanjut boleh layari :Laman web : https://jewelinthecrownkl.comFacebook : https://www.facebook.com/jitcklTel : 03 2181 4900 
Ranking Mahamahu :-Kebersihan : 4/5Kesedapan : 4/5Harga : 3.5/5






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2020/01/merasai-keaslian-masakan-dari-india-utara-jewel-in-the-crown.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jewel In The Crown Nikmati Masakan Citarasa India Utara

Jewel In The Crown Nikmati Masakan Citarasa India Utara

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 362 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca semua Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu restoran menarik untuk anda nikmati menu menu daripada India Utara yang anda boleh dapat di Kuala Lumpur s...
Makan Makan Menu North Indian Di Jewel In The Crown Kuala Lumpur

Makan Makan Menu North Indian Di Jewel In The Crown Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 399 hits
Hi Korang Wah gak nama gitu ek JEWEL IN THE CROWN tau nama restoran yang kak lily pi baru baru ni Terletak di Menara MBF Jalan Sultan Ismail Eh itu kan bangunan office tuh ada tempat makan ke Hah itulah ramai yang tak tau dengan kewujudan J...
Penggemar Lobster Mesti Cuba Di Restoran Halal The Lobster Shack Perth

Penggemar Lobster Mesti Cuba Di Restoran Halal The Lobster Shack Perth

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 411 hits
Kamu akan mendapat kepuasan berganda jika kamu mencari sesuatu hidangan yang berbeza daripada makanan ruji Lobster Shack terletak di tepi pantai Cervantes mengambil masa dua jam perjalanan dari Perth dan hanya 17 km dari Taman Negara Pinnac...
Here Are 8 Fun Facts About The Year Of The Rat According To Ancient Chinese Mythology

Here Are 8 Fun Facts About The Year Of The Rat According To Ancient Chinese Mythology

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 458 hits
Did you know that people used to pray to rats Cover image via Cooking for Engineers Dr Oetker 1 Although rats aren t commonly perceived as the most lovable animal the rat ranks first in the Chinese zodiac cycle According to a well known Chi...
When The Interim Prime Minister Becomes Interim Education Minister

When The Interim Prime Minister Becomes Interim Education Minister

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 267 hits
QUESTION TIME It probably occurred to most of us before if Maszlee Malik vacated the education minister s post who will take over from him especially considering the dearth of qualified people For the time being it is the prime minister but...
Mahathir Mahathir Which Crony Is The Fairest Of All All Eyes On Announcement Of Plus New Owner This Wednesday

Mahathir Mahathir Which Crony Is The Fairest Of All All Eyes On Announcement Of Plus New Owner This Wednesday

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 259 hits
THE cabinet will announce PLUS Malaysia Berhad s new owner after a discussion on the many takeover bids for the country s largest highway concessionaire during its meeting this Wednesday said Finance Minister Lim Guan Eng We will discuss th...
Malaysians To Get Liwatted For The Fifth Time Plus 20 Years More Tolls

Malaysians To Get Liwatted For The Fifth Time Plus 20 Years More Tolls

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 277 hits
FOLKS did you know that PLUS does not have to pay corporate taxes PLUS has been tax exempt for a LONG time Banyak cantik You and I have to pay toll to PLUS You and I also have to pay taxes Bear this in mind when you read the following We ar...
The Invisible Man Diklasifikasikan Sebagai R Rated

The Invisible Man Diklasifikasikan Sebagai R Rated

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 273 hits
Filem seram terbitan Universal Studios Blumhouse The Invisible Man akan diklasifikasikan sebagai R rated lapor laman Bloody Disgusting com The MPAA has given the film an R rating for some strong bloody violence and language The Invisible Ma...
Top 10 Scary Things Caught On Camera In The Woods

Top 10 Scary Things Caught On Camera In The Woods

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 247 hits
Top 10 Scary Things Caught On Camera In The Woods Subscribe To Most Amazing Top 10 http bit ly 2Ibyk6i Check out our new channel http tiny cc g6cpgz Watch More Scary Videos https www youtube com watch v SiJGJKjnR8w list PL532nVurngGurLZQ8vU
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Teringin Nasi Orang Kahwin

Rekomendasi Lagu Dengan 2 Kunci Gitar Saja Yang Cocok Untuk Pemula Belajar Gitar

29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea