Jewel In The Crown Nikmati Masakan Citarasa India Utara




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu restoran menarik untuk anda nikmati menu-menu daripada India Utara (Northen India) yang anda boleh dapat di Kuala Lumpur sendiri! Nak tahu di mana? Pasti anda dah baca tajuk bukan? Ya, restoran tersebut dikenali sebagai Jewel In The Crown. 
Terima kasih diucapkan buat pihak restoran atas jemputan untuk menikmati makanan-makanan ini. Ya, aku bukanlah seorang yang rajin makan makanan yang berbeza daripada yang selalu aku makan. Boleh dikatakan menu setiap hari adalah hampir sama. Peluang yang diberikan kali ini sangat istimewa untuk aku mencuba sesuatu yang belum pernah aku makan dan pastinya unik

Sebelum ke bahagian menu dan gambar-gambar makanan yang lazat, aku akan tunjukkan dahulu kepada anda semua suasana di dalam restoran Jewel In The Crown terlebih dahulu

SUASANA JEWEL IN THE CROWN


Chandelier yang tersergam megah menjadi satu tarikan buat pengunjung

Pentas yang sesuai untuk pelbagai majlis juga terdapat di restoran ini

Ruangan restoran yang luas dah corak karpet yang menarik


Lukisan potret yag menggambarkan masyarakat India


Suasana di restoran Jewel In The Crown ini sangat menarik dan bagaikan berada di negara India apabila semua hiasan melambangkan tradisi daripada sana. Selain itu, alunan muzik dan lagu-lagu dari negara tersebut juga menambah lagi elemen India

MENU MAKANAN

Sekarang tibalah waktu yang dinantikan dan aku pasti akan membuatkan anda terliur! Untuk makanan yang dihidangkan kepada kami semua, terdapat tiga bahagian iaitu Starter , Main Course dan Sweet Dish

💛STARTER💛
👆HERA BHARA KEBAB👆
Pertama kali ya aku rasa Hera Bhara Kebab ni. Salah satu menu yang sedap dan unik. Penuh dengan rasa rempah. Kalau dekat rumah, bolehlah dibuat untuk minum petang dengan family dan sebagainya


👆CHICKEN TIKKA👆
Yes! Siapa yang tak suka ayam kan? Tambahan pula bila nampak ayam yang dihidangkan sebegini rupa! Sebenarnya nak bagitahu juga yang ayam dan aku tak boleh dipisahkan (walaupun sebenarnya kena kurangkan ayam). Rasa Chicken Tikka ini sangat sedap. Ayamnya dimasak dengan baik! 
👆FISH TIKKA👆
Kalau tadinya ayam, kali ini adalah ikan pula. Untuk Fish Tikka ini, bagi aku rasanya sedap dan berbeza. Mungkin aku tak pernah makan ikan yang dimasak bersama rempah-rempah sebegini. Sedap juga ya! Untuk ikan pula, ada beberapa ikan sahaja yang aku boleh makan, ikan keli contohnya aku tak makan. (note untuk bakal isteri 😋)
👆MUTTON SEEKH KEBAB👆
Satu lagi hidangan kebab iaitu Mutton Seekh Kebab. Kalau ada yang pernah ikuti beberapa review makan yang aku tulis sebelum ini pasti tahu bahawa aku tak makan daging kambing. Tapi untuk tidak menghampakan tuan punya restoran aku gagahkan diri untuk merasa secebis atau satu gigit sahaja. Alhamdulillah. Rasanya sedap, tapi macam biasa, aku tak makan daging kambing, jadi mungkin menu ini aku tak akan pesan jika ke sini lagi. ✌
💛MAIN COURSE💛
👆CHICKEN BIRYANI👆
Siapa yang tak suka nasi biryani boleh angkat tangan? Ha, anda adalah seorang yang sangat rugi. Nasi biryani merupakah salah satu nasi yang aku suka sebab nasi ni lebih mengenyangkan berbanding nasi biasa. Chicken Biryani di restoran ini terbaik kerana semua elemen di dalam hidangan ini sangat lengkap! Ayam yang dimasak bersama dengan nasi juga sangat enak

👆FISH WITH COCONUT GRAVY👆
Baiklah, untuk menu seterusnya iaitu Fish With Coconut Gravy, pendapat peribadi aku adalah ia rasa seakan-akan sama dengan kari ikan yang lain. Yang berbeza mungkin jenis rempah yang digunakan which is aku tak tahu dan juga jenis ikan yang digunakan. Untuk ikan yang digunakan di restoran ini, ia sangat sedap dan penuh dengan isi (obviously). Memang sedap ditambah pula dimakan bersama dengan nasi biryani

👆MUTTON ROGAN JOSH👆
Menu seterusnya adalah Mutton Rogan Josh. Sekali lagi menu kambing ya rakan-rakan. Seperti biasa untuk tidak menghampakan pihak yang menjemput, aku menjamah sedikit daging kambing tersebut dan seterusnya aku berikan pada rakan disebelah. Rasa kuahnya sangat sedap dengan elemen pedas yang dominan

👆GARLIC NAAN👆
Soalan lagi untuk anda, siapa suka garlic naan? Yes, kita serupa. Kalau diberi berpuluh-puluh keping aku rasa aku boleh habiskan. Sebenarnya untuk food review kali ini, kami tidak diberi menu diawal ya. Bermakna segala menu yang dihidangkan adalah suprise! Disebabkan Garlic Naan merupakan kegemaran aku, banyak juga aku habiskan walaupun makanan-makanan lain yang banyak sudah tersusun rapi di dalam perut

👆DAL TADKA👆
Oh ya, tidak lengkap garlic naan tanpa kuah Dal Tadka! Rasa bagi Dal Tadka sedap dan lebih unik berbanding yang boleh kita dapatkan di restoran mamak. Mungkin ada beberapa jenis rempah yang lain daripada yang lain

👆MIX VEGE👆
Satu lagi menu unik yang aku tak pernah makan sebelum ini iaitu gabungan sayuran-sayuran yang sedap dan unik di dalam satu hidangan. Daripada gambar pun anda dah boleh agak sayuran apa yang berada dalamnya kan

💛SWEET DISH💛
👆GULAB JAMUN👆
Menu yang terakhir adalah manisan yang dikenali dengan nama Gulab Jamun. Pertama kali jugak aku lihat dan rasa menu ini. Rasanya sangat sedap, tambah-tambah bebola tersebut yang rasanya seakan-akan puding roti


SESI MAKAN-MAKAN
Sempat bergambar ketika sedang menghabiskan makanan. (aku sedang memandang masa lalu )
With Dboystudio

----------

Terima kasih diucapkan kepada Mr Benny Bedi iaitu pemilik bagi restoran ini atas jemputan kepada kami semua untuk merasa dan menikmati hidangan India Utara. Sememangnya satu pengalaman yang sangat menarik dan tak akan aku lupakan. Terima kasih juga kepada abang Marcus Osmand atas jemputan

-----------

JEWEL IN THE CROWN
Alamat : Level 1, Menara MBF, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel : 03- 2181 4900
#northindiancuisine #jewelinthecrown #foodblogger

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/01/jewel-in-crown-nikmati-masakan-citarasa-india-utara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merasai Keaslian Masakan Dari India Utara Di Restoran Jewel In The Crown

Merasai Keaslian Masakan Dari India Utara Di Restoran Jewel In The Crown

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 311 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Jarang jarang sebenarnya Maha dapat menikmati hidangan masakan asli dari negara India Bukan sebab tak suka tapi kerana kat Malaysia pun ada banyak ...
Makan Makan Menu North Indian Di Jewel In The Crown Kuala Lumpur

Makan Makan Menu North Indian Di Jewel In The Crown Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 399 hits
Hi Korang Wah gak nama gitu ek JEWEL IN THE CROWN tau nama restoran yang kak lily pi baru baru ni Terletak di Menara MBF Jalan Sultan Ismail Eh itu kan bangunan office tuh ada tempat makan ke Hah itulah ramai yang tak tau dengan kewujudan J...
Temu Bual Eksklusif Bersama Donnie Yen Dan Danny Chan Pelakon Ip Man 4 The Finale

Temu Bual Eksklusif Bersama Donnie Yen Dan Danny Chan Pelakon Ip Man 4 The Finale

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 316 hits
Seperti yang dijanjikan inilah dia temu bual esklusif team Ohmedia bersama Sifu Ip Man Donnie Yen dan Bruce Lee Danny Chan So korang jangan lupa untuk tonton Ip Man 4 The Finale ni sebab ada aksi aksi yang sangat epik dan ia juga menunjukka...
The Nationhead Gadis Skinhead Chord

The Nationhead Gadis Skinhead Chord

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 492 hits
A E D AA E D D E EABila ku lihat kamu di Emalam ituDMalam Sabtu kita Ebertemu Sungguh Abergaya penampilan Emu gadisDBondage skirt dan Eberambut pendekAMegah berjalan Mary Jane kau EsarungiDBersama teman kau Eyang lainASungguh menawan dengan...
A Text Message To The Rakyat Harapan Is Still A Baby

A Text Message To The Rakyat Harapan Is Still A Baby

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 268 hits
Imagine as a parent your baby just starts to learn to walk It wobbles It staggers It trips It falls Despite its failings you never criticise your baby You never condemn your baby You never lose faith in your baby You just encourage it You s...
New Year 2020 In The Forest

New Year 2020 In The Forest

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 309 hits
Hello lovely readers Happy New Year 2020 I celebrated my new year in the beautiful forest of Tanah Aina Fahad Glamping Resort with my good friend Puan Sri Sabrina and other friends too The most comfortable glamping ever The serenity of Tana...
The Rock Sedang Giat Bina Badan Untuk Black Adam Tidak Perlukan Kostum Seperti Shazam Untuk Tunjukkan Otot Yang Kental

The Rock Sedang Giat Bina Badan Untuk Black Adam Tidak Perlukan Kostum Seperti Shazam Untuk Tunjukkan Otot Yang Kental

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 443 hits
Pasti ramai tidak sabar untuk melihat Dwayne The Rock Johnson beraksi sebagai antihero Black Adam Disember tahun hadapan Sementara menantikan filem terbaru DC itu The Rock sengaja kongsikan animasi Black Adam yang cukup menarik kepada para ...
Filem Terbaru Star Wars Mungkin Ditetapkan Era High Republic 400 Tahun Sebelum The Rise Of Skywalker

Filem Terbaru Star Wars Mungkin Ditetapkan Era High Republic 400 Tahun Sebelum The Rise Of Skywalker

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 328 hits
Selepas berakhirnya Skywalker Saga mata peminat kini tertumpu dengan perancangan Lucasfilm untuk filem terbaru Star Wars Tahun lalu semasa di Star Wars Celebration pasukan kreatif yang disertai Claudia Gray Justina Ireland Daniel Jos Older ...
Najib S Lawyer Jho Low Is The Central Figure Not Mere Introducer

Najib S Lawyer Jho Low Is The Central Figure Not Mere Introducer

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 247 hits
Added comments by Shafee on companies board of directors failing to function Former premier Najib Abdul Razak s lawyer today rubbished a statement by fugitive businessperson Low Taek Jho where the latter claimed that he was merely playing t...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri