Selamat Tahun Baru 2024 Untuk Semua
Selamat Tahun Baru 2024 Untuk Semua | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W
Baca Tutorial ini: Tutorial Mudah Masukkan Emoji Dalam Artikel
🤲🤲🤲 Doa yang tidak pernah putus keatas saudara-saudara islam kita di Palestin. Selamatkanlah negara Palestin dari Zionis Israel Laknatullah. Aamin Ya Rabb
Selamat Tahun Baru 2024 Untuk SemuaMasih belum terlambat lagi MYiDEAKiNi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2024 pada semua blogger khusunya tidak kiralah dalam negara mahupun luar negara. Semoga di tahun ini MYiDEAKiNi akan meneruskan perjuangan perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini khususnya tutorial yang berkaitan dengan dunia teknologi maklumat untuk tatapan semua
Pada hari tahun baru 2024, MYiDEAKiNi tidaklah kemana-mana pun kerana perlu fokus dan membantu pembantu vendor dengan perniagaan vendor MYiDEAKiNi secara sambilan sahaja. Walaupun ada pembantu vendor, MYiDEAKiNi sebagai pemilik vendor perlulah menolong apa yang sepatutnya semasa waktu cuti MYiDEAKiNi. Lagipun jika waktu MYiDEAKiNi bekerja, pembantu vendorlah yang akan menolong & meneruskas perniagaan seperti biasa dari jam 12.30 Tengahari sehingga jam 9.30 malam kecuali hari Jumaat pernigaan vendor akan cuti dan rehat
Tahun Baru 2024 Tidak Kemana-manaPada kebiasaan waktu cuti Sabtu & Ahad, MYiDEAKiNi akan memproses lekor krispi dipremis untuk restok lekor yang telah habis dijual dalam platform GrabFood, FoodPanda & ShopeeFood. MYiDEAKiNi tidak mengambil mana-mana stok lekor dari pihak lain dan akan memprosesnya sendiri kerana MYiDEAKiNi telahpun menghadiri kursus Pembuatan Lekor Tahap 2 di Terengganu. Jadi dengan ilmu inilah MYiDEAKiNi akan memprosesnya sendiri. Korang boleh tengok sendiri bagaimana MYiDEAKiNi akan memproses lekor dan berkongsi di Instagram Rasmi dibawah ini
Korang Klik View Post di Instagram A post shared by Premium Lekor Dungun Kite (@premiumlekordungunkite)
Ehh belum habis lagi ni 😁😊😀🤗👉👈 ada sikit lagi MYiDEAKiNi untuk ceritakan dalam artikel ini. Harapan MYiDEAKiNi di Tahun 2024 dikongsikan dalam akaun tiktok rasmi. @nurkhairulazizi Bye bye 2023 & welcome 2024 #myideakini #feliz2024 ♬ original sound - NUR KHAIRUL AZIZIDoa MYiDEAKiNi Untuk BloggerMYiDEAKiNi juga akan sentiasa mendoakan kepada semua blogger yang aktif khususnya, semoga korang meneruskan perjuangan dalam penulisan dalam perkongsian artikel kerana ianya masih tetap relevan lagi khususnya dalam carian di google. Pengguna sentiasa akan menggunakan browser google sebagai platform utama untuk carian informasi. Manalah tahukan rezeki blog korang akan terpapar dihalaman pertama hasil carian google. Semoga terus maju jaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2024/01/selamat-tahun-baru-2024-untuk-semua.html