Merancang Harta Bukanlah Semata Mata Hibah Sahaja


Merancang Harta Bukanlah Semata-Mata Hibah Sahaja



Sebagai seorang perunding takaful, saya sering menerima soalan berkaitan bagaimana untuk membuat hibah. Nak pastikan isteri/suami dan anak-anak dapat manfaat harta peninggalan mereka. Terutamanya bagi pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak, atau tiada anak lelaki; waris faraid mereka akan melibatkan ibubapa dan adik beradik masing-masing

Jadi pembahagian harta pusaka nanti akan jadi rumit, ditambah pula jika waris-waris tidak bermuafakat. Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik sebenarnya. Masyarakat mula sedar dan faham kepentingan merancang harta semasa hidup. Secara tak langsung boleh mengelakkan daripada pasangan dan anak-anak kita yang terzalimi

Oleh itu, merancang harta pusaka melalui medium hibah untuk waris adalah sangat bagus dan dituntut untuk menjamin kesejahteraan pasangan dan anak-anak selepas kita tiada nanti. Walaubagaimanapun, janganlah dihibahkan SEMUA harta kita untuk isteri/suami dan anak-anak sahaja. Adalah satu kerugian apabila harta yang kita kumpul di dunia ini hanya dapat memanfaatkan waris kita, tetapi tidak dapat memberi manfaat kepada kita selepas kita meninggal dunia

Hibah Adalah Instrumen Yang Tepat Tapi Apabila hendak merancang pusaka, sebelum nak hadiahkan (hibahkan) harta-harta kita kepada waris, pastikan dulu DUA perkara ini diutamakan. 
Perancangan untuk melunaskan hutang
Wasiat sedekah

Hidup kat dunia ni cuma satu fasa dalam banyak lagi kehidupan yang akan datang yang lebih panjang tempohnya. Selepas alam dunia, kita akan melalui alam kubur, hari kiamat, padang Mahsyar dan seterusnya hinggalah ditentukan tempat kita sama ada ke syurga atau ke neraka

Semua amal kita di dunia akan ditimbang dan dinilai di hadapan Allah. Jadi sebelum kita meninggal dunia dan berpindah ke alam satu lagi, adalah lebih baik jika kita dapat selesaikan semua urusan kita di dunia sekarang

Jika masih berhutang rancanglah pelan untuk melunaskan hutang tersebut secepat mungkin. Atau paling kurang, pastikan jika kita mati dan masih berhutang sekalipun; kita sudah tinggalkan duit untuk waris selesaikan hutang tersebut

Biasanya saya akan sarankan supaya ambil takaful hayat yang nilainya paling kurang sama banyak dengan jumlah hutang semasa. Lebih tinggi lebih bagus

Ingatlah sabda Sabda Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam:
“Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.”Hadith riwayat Tarmidzi : 1079
Tentu kita tidak mahu roh kita tergantung selama mana waris kita tidak melunaskan hutang-hutang kita. Maka pastikan mereka ada duit yang cukup untuk lunaskan hutang. Seterusnya, buatlah satu wasiat khusus untuk kita sedekah atau wakafkan sebahagian harta kita (tak lebih 1/3) untuk manfaat umum

Banyak tempat yang boleh kita sedekahkan
Institusi pendidikan seperti sekolah dan pusat tahfiz. (Pastikan pusat tahfiz yang berdaftar)Masjid dan surau kawasan perumahan kitaBadan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja-kerja kebajikan sama ada di dalam atau luar negara
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
Mudah-mudahan, sebahagian harta yang kita sedekahkan kepada mereka yang memerlukan akan memberatkan lagi timbangan amal kita di akhirat kelak, seterusnya membantu kita untuk masuk ke syurga Allah yang penuh dengan nikmat itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2020/08/merancang-harta-bukanlah-semata-mata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hibah Takaful Kaedah Alternatif Kepada Pembahagian Harta

Hibah Takaful Kaedah Alternatif Kepada Pembahagian Harta

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 1394 hits
Hibah Takaful Kaedah Alternatif Kepada Pembahagian Harta MELIHAT kepada masalah pembekuan harta yang semakin meningkat saban tahun umat Islam diingatkan supaya lebih mengambil berat pelaksanaan perancangan harta Islam menitikberatkan lima k...
Terpisah Kerana Covid 19 Bayi Lima Bulan Akhirnya Kembali Ke Pangkuan Ibu Linangan Air Mata Saksi Pertemuan Semula

Terpisah Kerana Covid 19 Bayi Lima Bulan Akhirnya Kembali Ke Pangkuan Ibu Linangan Air Mata Saksi Pertemuan Semula

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 341 hits
Tak dapat bayangkan apa yang dilalui oleh seorang ibu muda yang terpaksa berpisah dengan bayi yang baru dilahirkan ekoran penularan pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia sejak awal tahun ini Hanya air mata yang menemani saat disatuka...
Pasangan Mata Wang Usdjpy Menghadapi Tekanan Menurun Berpotensi Untuk Penurunan Selanjutnya

Pasangan Mata Wang Usdjpy Menghadapi Tekanan Menurun Berpotensi Untuk Penurunan Selanjutnya

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 211 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan 106 541Alasan untuk Kemasukan Anjakan semula fibonacci 61 8 dan pertindihan rintangan mendatarTake Profit 104 274Alasan untuk Take Profit Ayunan rendah sokongan mendatarStop Loss 107 330Alasan untuk Stop Loss A...
Nilai Mata Wang Turki Terus Menjunam

Nilai Mata Wang Turki Terus Menjunam

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 332 hits
ISTANBUL Mata Wang Turki terus menunjukkan penurunan mendadak untuk minggu ini tatkala negara berkenaan terus dihimpit dengan ketidaktentuan ekonomi dan kadar inflasi yang meningkat Hanya dalam dua minggu nilai Lira yang sekitar US 1 6 08 L...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Mengambil Bentuk Double Top

Pasangan Mata Wang Eur Usd Mengambil Bentuk Double Top

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 315 hits
Pasangan mata wang EUR USD diperdagangkan dengan warna merah dan nampaknya akan jatuh dalam jangka pendek setelah kegagalan membuat kenaikan yang tinggi Kadarnya telah membentuk corak double top pada carta H4 pengesahan dapat membawa peluan...
Biarlah Di Mata Orang Anak Kita Gelap Tak Comel Tapi Pada Kita Anak Ni Tetap Paling Indah

Biarlah Di Mata Orang Anak Kita Gelap Tak Comel Tapi Pada Kita Anak Ni Tetap Paling Indah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 456 hits
Anda tidak boleh mengubah warna kulit bayi Warna kulit bayi sama ada cerah atau gelap ditentukan oleh gennya pada saat dia disenyawakan Tiada apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memutihkan atau menggelapkan kulit bayi sebelum atau ...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 7 Ogos 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 7 Ogos 2020

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 319 hits
Tinjauan Pasaran Teknikal Pasangan mata wang GBP USD bergerak lebih tinggi ke arah ayunan tinggi baru baru ini yang dibuat pada tahap 1 3169 menembusi dan membuat ayunan tinggi baru pada tahap 1 3184 Sebarang penembusan yang jelas pada taha...
Pasangan Mata Wang Usd Cad Hampir Kehilangan Rintangan Menurun

Pasangan Mata Wang Usd Cad Hampir Kehilangan Rintangan Menurun

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 356 hits
Pasangan mata wang USD CAD telah melantun semula dalam jangka pendek dan sekarang menekan garis aliran menurun utama percubaan penembusan semula memberi isyarat bahawa rintangan dinamik akhirnya dapat memberi jalan keluar Walaupun begitu ka...
Tahniah Pasangan Jo Jungsuk Gummy Timang Cahaya Mata Perempuan Pertama

Tahniah Pasangan Jo Jungsuk Gummy Timang Cahaya Mata Perempuan Pertama

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 304 hits
Dalam ramai ramai pasangan selebriti yang dikenali di Korea ramai yang suka melihat hubungan di antara pelakon Jo Jung suk dan isterinya penyanyi Gummy Dengan bakat yang mencurah curah oleh mereka berdua selain mempunyai personaliti yang ba...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco