Hibah Takaful Kaedah Alternatif Kepada Pembahagian Harta





Hibah Takaful Kaedah Alternatif Kepada Pembahagian Harta.

MELIHAT kepada masalah pembekuan harta yang semakin meningkat saban tahun, umat Islam diingatkan supaya lebih mengambil berat pelaksanaan perancangan harta. Islam menitikberatkan lima keperluan asasi manusia sebagaimana disebut di dalam Maqasid Shariah iaitu demi memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan juga harta

Maqasid Shariah bermaksud objektif atau matlamat. Ia adalah makna dan tujuan dikehendaki syarak dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan manusia. Adalah menjadi kemudaratan sekiranya harta tidak dapat diuruskan dengan baik. Soal kefahaman dan kesedaran juga adalah faktor utama harta tidak dapat diuruskan sebaiknya, malah bakal mengambil tempoh yang panjang untuk diagihkan

Perancangan pengurusan harta dalam Islam merangkumi dua aspek iaitu perancangan harta ketika hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta. Antara bentuk perancangan harta ketika hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar

Pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka tertakluk kepada hukum faraid. Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian harta pusaka, pengagihan harta melalui cara itu mampu menjurus kepada masalah tertentu jika tidak ditadbir dengan sempurna serta tidak difahami dengan betul

Menurut kajian, sebanyak RM66 bilion harta pusaka umat Islam tidak dituntut. Dapatan kajian itu menunjukkan apabila seorang waris meninggal dunia, jumlah waris yang berhak ke atas pusaka semakin bertambah lalu menjadikan penyelesaian pengagihan harta semakin rumit

Masyarakat hari ini perlu lebih didedahkan cara pengagihan harta ketika hidup bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul selepas kematian mereka. Kita semua sering mendoakan untuk mendapat pengakhiran hidup yang baik, maka tentulah kita mahu pemergian kita tidak meninggalkan masalah

Apa lagi berkaitan pengurusan harta peninggalan kepada waris yang tinggal. Jika sepanjang hayat kita berusaha mencari rezeki yang halal, mengumpul serta menjana keuntungan dengan cara terpuji, maka sudah tentu kita mahukan harta itu dimanfaatkan sebaiknya

Perancangan harta dan mengurus risiko adalah aspek yang mesti dilaksanakan masyarakat. Salah satunya adalah menyertai Takaful sebagai langkah melindungi harta dan pengurusan risiko. Industri takaful menjadikan instrumen hibah sebagai salah satu mekanisme pengagihan manfaat atau pampasan takaful

Hibah adalah satu konsep di mana seseorang menghibahkan manfaat takaful untuk diberikan kepada penerima hibah yang dikehendaki sekiranya berlaku musibah. Melalui penyertaan takaful, peserta seolah-olah sudah membuat perancangan teliti dan sempurna apabila mereka boleh merancang mengagihkan manfaat takaful kepada pihak yang dikehendakinya ketika dia hidup dengan menetapkan kadar yang dikehendakinya

Dengan itu, penerima hibah yang dilantik mempunyai hak ke atas manfaat takaful setelah peserta takaful meninggal dunia berbanding kaedah pelantikan wasi yang menggunakan penama sebagai pemegang amanah. Melalui konsep hibah juga, peserta mempunyai hak untuk menghibahkan kepada bukan waris seperti anak angkat dan ibu bapa yang tidak beragama Islam

Selain itu, kaedah hibah juga membolehkan peserta secara tidak langsung menyediakan satu dana kecemasan kepada waris terdekat seperti ibu bapa, isteri dan anak-anak sekiranya peserta takaful meninggal dunia

Pengagihan manfaat takaful boleh diuruskan dengan mudah tanpa melalui proses faraid. Malah, instrumen hibah juga dapat membantu mengurangkan masalah pembekuan harta dalam kalangan masyarakat serta membantu masyarakat membuat perancangan dan pengurusan harta yang lebih efisien


Zul FattahAIA Public Takaful Life Planner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2020/08/hibah-takaful-kaedah-alternatif-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merancang Harta Bukanlah Semata Mata Hibah Sahaja

Merancang Harta Bukanlah Semata Mata Hibah Sahaja

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 450 hits
Merancang Harta Bukanlah Semata Mata Hibah SahajaSebagai seorang perunding takaful saya sering menerima soalan berkaitan bagaimana untuk membuat hibah Nak pastikan isteri suami dan anak anak dapat manfaat harta peninggalan mereka Terutamany...
Jaksa Fedrik Adhar Meninggal Harta Berjalan Di Kpk Masih Jadi Misteri

Jaksa Fedrik Adhar Meninggal Harta Berjalan Di Kpk Masih Jadi Misteri

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 305 hits
Jaksa Penuntut Umum atau JPU dalam sidang penyiraman air keras terhadap Novel Baswedan Fedrik Adhar dikabarkan meninggal dunia Hal tersebut langsung dikonfirmasi Kapuspenkum Kejaksaan Agung Hari Setiyono kepada wartawan Senin 17 Agustus 202...
Rm500 000 Duit Zakat Harta Umno Baling Rm20 Juta

Rm500 000 Duit Zakat Harta Umno Baling Rm20 Juta

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 268 hits
Rina HamzahKetika menjawab soalan semasa program Berani Semuka Sinar Harian pada 14 Ogos lalu DS Azeez telah mengatakan https www facebook com SinarHarian videos 946969852437736 RM500 000 duit zakat untuk UMNO Bahagian Baling yang dikeluark...
Hari Raya Aidil Adha Cara Pembahagian Daging Korban

Hari Raya Aidil Adha Cara Pembahagian Daging Korban

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 1053 hits
Assalamualaikum Selamat hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam Ada yang melaksanakan ibadah korban pada tahun ini Di sini ingin Cik Rose kongsikan perihal ibadah korban Cara pembahagian daging korban Mungkin ada yang kurang jelas maksud...
Dia Kena Bayar Air Susu Saya Ibu Kecewa Anak Bekeras Langgar Wasiat Arwah Suami Berebut Harta

Dia Kena Bayar Air Susu Saya Ibu Kecewa Anak Bekeras Langgar Wasiat Arwah Suami Berebut Harta

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 447 hits
Seorang ibu di Mahkamah Agama di Praya Lombok Tengah Indonesia mengisytiharkan dirinya tidak menghalalkan setitis pun air susu badan buat anak lelakinya Wanita itu yang berusia 52 tahun bertindak demikian gara gara kecewa dengan anaknya lel...
Harta Polis Sungai Buloh Disiasat

Harta Polis Sungai Buloh Disiasat

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 266 hits
Oleh NURAINA HANIS ABD HALIM ZAMRI YAHYAKUALA LUMPUR Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman sedang menyiasat rekod kerja dan pengisytiharan harta melibatkan pegawai serta anggota polis di daerah Sungai Buloh Selangor Pengarahny...
Senarai 6 Ciri Orang Makan Gaji Tapi Kaya Harta

Senarai 6 Ciri Orang Makan Gaji Tapi Kaya Harta

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 663 hits
Mungkin ramai yang pelik macam mana ada orang yang makan gaji tapi bila lihat hartanya agak tak padan dengan status kerjayanya Sedangkan kita yang setaraf pekerjaannya dengan si dia pun agak cukup cukup makan Jangan terkejut kerana golongan...
2 Langkah Mudah Menuntut Harta Pusaka Di Public Gold

2 Langkah Mudah Menuntut Harta Pusaka Di Public Gold

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 202 hits
Entri kali ini saya ingin kongsi kaedah menuntut emas yang di simpan dalam akaun GAP sekiranya berlaku kematian kepada pemegang akaun Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh waris bagi menuntut emas yang berada dalam akaun GAP Langka...
Harta Untuk Anak Siapa Nak Urus Kepentingan Merancang Pewarisan Harta

Harta Untuk Anak Siapa Nak Urus Kepentingan Merancang Pewarisan Harta

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum w b t Pewarisan Harta atau Wasiat Kesedaran tentang kepentingan merancang pewarisan harta ini masih rendah terutamanya bagi kaum wanita Meskipun kebanyakan mereka mengetahui kepentingan untuk melindungi waris waris yang diti...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord