Menziarahi Rumah Tangga Dakwah


petikan dari buku Rumah Tangga Dakwah

*********************************

Menziarahi Rumah tangga Dakwah
Disana.. dalam realiti dakwah dan bawah bayangan pedang.. diantara rumah-rumah yang penuh keberkatan dan kediaman malaikat pada jalan Allah, terletaknya rumah kepunyaan seorang wanita dari kalangan Ashabul yai’n yaitu Rumaisa’ isteri Abu Talhah. 
Jabir meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW bersabda: “Kamu melihat aku memasuki syurga dan tiba-tiba aku menemui Rumaisa’ isteri Abu Talhah.”
Dari mula lagi Abu Talhah mahu mengahwininya tetapi Rumaisa’ menolak kerana dia masih lagi seorang musyrik. Beliau mensyaratkan dan meletakkan Islam sebagai maharnya, lalu diterima oleh Abu Talhah. Mereka berdua pun berkahwin. Dengan itu terdirilah sebuah rumahtangga berasaskan Islam dan dakwah. Pernah seorang tetamu menemui Rasullulah SAW tetapi Baginda tidak mempunyai sedikit makanan di rumahnya. Baginda seraya bertanya kepada para sahabat, siapakah yang boleh meraikan tetamu itu, lalu Abu Talhah menyanggupinya. 
Beliau membawa tetamu itu ke rumahnya dan bertanya Ummu Sulaim mengenai makanan. Ummu Sulaim menjawab : “Tidak ada melainkan makanan untuk anak-anaknya.” Kemudian Abu Talhah berkata kepadanya: “Pura-puralah menyalakan pelita kemudian padamkan.”
Kemudian Ummu Sulaim menyediakan makan anak-anaknya itu dihadapan tetamu itu selepas menidurkan mereka dengan berpura-pura bahawa mereka telah makan. Tetamu itu pun dengan tidak menyedari hal sebenar, menjamah makanan itu sehingga kekenyanggan. 

Semasa sembahyang subuh, paginya Rasullulah SAW menemui Abu Talhah dan bersabda:“Wahai Abu Talhah, Allah telah ketawa dengan lakonan kamu berdua semalam.”Rumaisa’ memberi makanan anak-anaknya kepada tetamu Rasullulah SAW. Perbuatannya itu mengandungi makna dan menambahkan ketaqwaan, keimanan, kemanisan tingkat keyakinan dan bauan syurga harum.


Allah swt memberkati kemuliaan Rumaisa’. Beliau pernah memberi makan kepada semua sahabat Rasullulah SAW. Suatu hari beliau menyediakan makanan untuk Rasullulah SAW dan menyuruh anaknya Anas bin Malik memanggil Rasullulah SAW untuk makan. Rasullulah SAW bersabda kepada para sahabat: “Abu Talhah menyediakan makanan untuk kamu.” Lalu seluruh sahabat mengunjungi rumah Rumaisa’. 

Abu Talhah berkata : “Apakah yang akan kita lakukan?”. Rumaisa’ menjawab: “Rasullulah SAW lebih mengetahui apa yang dilakukannya.” Lalu Rasullulah SAW memerintahkan para sahabat nya masuk untuk makan ke rumah itu sepuluh orang, sepuluh orang hinggga semuanya habis makan dan kekenyangan sementara makanan Rumaisa’ tidak berkurang sedikit pun.

Mengikut satu riwayat dari Anas in Malik r.a. bahawa ibunya pernah menyertai peperangan Uhud. Beliau melakukan serangan keatas orang-orang kafir bersama-sama dengan Aisyah binti Abu Bakar.Semasa peperangan Hunain.. Dari Anas: “Ummu Sulaim mengambil khanjar pada masa peperangan Hunain. Rasullulah SAW melihat beliau memegang khanjar itu, lalu bertanya: “Untuk apa wahai Ummu Sulaim?” 

ini adalah sejenis KhanjarBeliau menjawab “Supaya aku dapat mengoyakkan perut orang musyrik yang menghampiriku.” Rasullulah SAW ketawa mendengar jawapan beliau. Lalu beliau berkata: “Wahai Rasullulah, aku akan membunuh orang-orang yang masuk islam selepas pembukaan Mekah (Ummu Sulaim menyangka dia berhak membuat demikian kerana orang-orang itu tidak beriman dengan kuat). Lalu Baginda bersabda: “Ya Ummu Sulaim sesungguhnya Allah telah memadai dan telah berbuat baik”.

Anas juga ada meriwayatkan peristiwa kematian seorang anak lelaki di rumah Rumaisa’. Dari Anas: “Anak Abu Talhah dari Ummu Sulaim telah meninggal. Ummu Sulaim lalu berpesan kepada keluarganya supaya jangan sesiapa memberitahu Abu Talhah berkenaan hal itu melainkan beliau sendiri. Bila suaminya pulang, Ummu Sulaim menghidangkan makan malam kepadanya. Suaminya makan dan minum. Kemudian beliau menyiapkan dirinya lebih cantik dari malam-malam sebelum itu. 

Sehinggalah Abu Talhah selesai menyetubuhiya, setelah Ummu Sulaim melihat suaminya telah kenyang dan merasa puas, beliau berkata: “Wahai Abu Talhah, apakah pendapatmu jika orang orang yang meminjamkan sesuatu kepada sebuah keluarga meminta balik barang pinjaman tersebut? Adakah boleh keluarga itu menahan barang itu dari dikembalikan?” Abu Talhah menjawab: “Tidak”. Ummu Sulaim berkata: “Maka cukuplah dengan apa yang berlaku dengan anak kita”. Kemudian aku ceritakan kepadanya mengenai anakku. 


Dia pun keluar menemui Rasullulah SAW, menceritakan apa yang terjadi. Rasullulah SAW bersabda: “Allah memberkati kamu berdua malam tadi.” Kemudian Ummu Sulaim mengandung dan melahirkan sepuluh orang anak lelaki dan semuanya dapat membaca al-Quran dengan baik.”
Disamping sepuluh orang anak lelaki yang boleh membaca al-Quran dengan baik ialah puteranya Anas Bin Malik yang diserahkan oleh Ummu Sulaim untuk berkhidmat kepada Rasullulah SAW. Anak itu belum lagi baligh ketika meminta izin dari Rasullulah SAW untuk keluar berperang, tetapi permintaan itu tidak diizinkan, menyebabkan beliau merasa begitu dukacita dan terus menangis. Namun, disorong oleh rasa cinta yang mendalam terhadap jihad, beliau merupakan perawi hadis jihad yang paling banyak, iaitu lebih kurang 2286 buah hadis.
Disamping itu anaknya yang bernama Al-Barra’ bin Malik yang telah menyelamatkan orang islam dalam suatu peperangan dengan doanya. Rasullulah SAW dan seluruh orang islam hampir-hampir menemui kekalahan hinggalah al-Barra’ mengangkat tangannya untuk berdoa. Rasullulah SAW bersabda kepadanya:“Ada diantara hamba Allah, manuasia yang jika ia bersumpah diatas nama Allah, Allah akan menyelamatkannya, “Wahai Barra’! berdoalah kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada kami….”
Seorang wanita dari ahli syurga yang menjadikan Islam sebagai mahar perkahwinannya, memberikan makanannya sendiri kepada sahabat, berperang di jalan Allah, kemudian menyebabkan Allah swt ketawa, melahirkan sepuluh orang anak yang kesemuanya boleh membaca al-Quran dengan baik, Barra’ yang membantu angkatan perang orang islam dengan doanya, dan Anas yang meriwayatkan hadis-hadis mengenai jihad dari Rasullulah SAW..Inilah dia rumah tangga dakwah, semoga ia dapat dilahirkan dalam realiti masyarakat kita.
mind map**********************************************sedikit ulasan dari saya

1. Rumah Tangga bermula dari Proses Individu Muslim
Ini adalah petikan dari buku rumahtangga dakwah, dalam bab terakhir iaitu menziarahi rumah tangga dakwah. Saya cukup tersentuh dengan bab ini, sebab ia menunjukkan rumahtangga dakwah tu dalam realitinya memang wujud, bukan hanya khayalan atau angan-angan semata-mata.

Rumah tangga ini yang kita perlukan dalam masyarakat kita. Dengan itu suatu proses yang pembaikian terhadap individu-individu muslim perlu dijalankan. Ia tidak akan mendapat hasil, jika proses pemahaman asas islam tidak dilalui. Proses yang dijalankan pula, tidak akan merubah sesorang tersebut, melainkan dia sendiri mubuka hati untuk diproses. 

Itulah sebabnya kita memerlukan usrah/halaqah. Ia adalah proses yang dijalankan oleh Nabi, sewaktu diawal dakwah beliau. Mereka berkumpul di rumah Abi Arqam, untuk memperkukuhkan aqidah (iman) sahabat-sahabat pada ketika itu. Didikan keimanan Rasullulah kepada sahabat-sahabat sehingga mereka berani mengatakan "Kami adalah golongan yang didatangi iman sebelum Al-Quran". Beerti mereka telah pun percaya/yakin sebelum Al-Quran turun lagi. Apatah lagi ketika Al-Quran turun ayat demi ayat. Mereka malah menunggu-nunggu wahyu dari Allah melalui Rasul-Nya.Begitulah ketinggian iman-iman sahabat. 

2. Wanita tunggak Rumah Tangga Dakwah
Dalam kisah Rumaisa', saya dapat memahami, wanita memain peranan penting dalam pendidikan anak-anak dakwah. Ada satu kata-kata, "jika rosak wanita pada zaman itu, rosak lah generasi yang akan datang". Ini kerana wanita memain peranan penting dalam mendidik anak-anak. Anak-anak lebih rapat kepada siapa? Ayah atau Ibu? Mestilah Ibu yang dia paling rapat, kerana ibu bersama dengan anaknya lebih berbanding seorang bapa. Awal pendidikan anak-anak adalah dirumah. Tarbiyah yang akan diterima sebelum ke sekolah, adalah tarbiyah dari rumah.

 Jika institusi yang pertama ini tidak terbina, pergilah ke mana sekolah agama sekali pun, belum tentu dia akan menjadi baik, (melainkan Allah izin). Jika adapun yang berjaya jadi baik, statistiknya amat sedikit. Kerana apabila dia balik ke rumah, di akan tetap berjumpa dengan ibu bapanya.

3. Menangkis pandangan yang mengatakan Wanita boleh demand, sedang lelaki tidak boleh demand.
Ini saya tulis sebab ada terbaca di Fb, katanya lelaki tidak patut letak piawaian yang tinggi dalam memilih isteri. Kerana jika imannya tinggi, dia boleh membimbing wanita tersebut, tidak kira siapapun makmumnya. Manakala wanita boleh cerewet dalam memilih imamnya, kerana dia akan memilih calon Imamnya. Memilih calon imam tu lebih penting berbanding memilih calon makmum.
ayat ini yg saya maksudkan yg dlm FB tu
Saya tidaklah mahu manyangkal 100% ayat itu. Pendapat saya yang masih kurang ilmu ini, memilih wanita adalah penting, kerana yang akan mendidik generasi, adalah wanita. Bukan lelaki tidak memain peranan, tapi peranan wanita itu lebih besar. Wanita telah diangkat darjatnya lebih tinggi dari seorang bapa.

Lihat kisah Rumaisa, beliau mengahwini, Abu Thalhah bekas orang musyrik. Malah beliau yang mensyaratkan keislaman sebagai mahar perkahwinan beliau. Padahal, Rumaisa telah lama memeluk Islam berbanding Abu Talhah. Tapi lihatlah hasilnya, keluarga belaiu menjadi keluarga dakwah yang berkah. Anak-anaknya semuanya boleh mengaji dengan baik, dan ada yang menjadi hafiz dan menjadi orang terpenting dalam sejarah kebangkitan islam. 

Penutup
Sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah Ummu Sulaim a.k.a. Rumaisa'. Begitu indah kisahnya hidupnya, betapa bahagia keluarganya. Hidupkanlah sirah-sirah ini dalam diri kita. Sirah ini bukannya dongeng-dongeng mereka yang terdahulu, ialah adalah realiti jelas, sebagai panduan untuk kita semua. Marilah membina keluarga Dakwah, untuk masyarakat, agama, dan alam semester. (sebelum bina baitul dakwah, kena bina individu muslim dulu, ingat tau).

Rasulullah SAW bersabda, "Sahabat-sahabatku Umpama Bintang Di Langit..." (Hadith sahih Riwayat Bukhari)...

Petiklah mana-mana di antara mereka, nescaya menjadi pedoman dan petunjuk bagi kita laksana bintang di langit menjadi penunjuk arah bagi sang pengembara di waktu malam.... insyaAllah



disclaimer~ maaf kalau penyampaian penulis tidak sampai pada hati pembaca. Mungkin kerana hijab dosa yang ada pada diri penulis. Wallahua'lam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mr-iq.blogspot.com/2013/02/menziarahi-rumah-tangga-dakwah-kisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daftar Kemewahan Hidup Ala Ibu Rumah Tangga Sederhana Tapi Bermakna

Daftar Kemewahan Hidup Ala Ibu Rumah Tangga Sederhana Tapi Bermakna

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 232 hits
Bahagianya ibu rumah tangga itu sederhana misalnya bisa luluran sambil mandi yang lamaaaaaaaa
Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai

Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 204 hits
Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai
Berharap Bagi Ruang Privasi Berkaitan Kehidupan Peribadi Siti Saleha Masih Kunci Mulut Mengenai Krisis Rumah Tangga

Berharap Bagi Ruang Privasi Berkaitan Kehidupan Peribadi Siti Saleha Masih Kunci Mulut Mengenai Krisis Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH Ke 34 Siti Saleha enggan mengulas lanjut mengenai krisis rumah tangga dengan suami Ahmad Lutfi Azhar 35
Ezlynn Tertekan Enggan Komen Rumah Tangga

Ezlynn Tertekan Enggan Komen Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 180 hits
Ezlynn mahu fokus kesihatan terlebih dahulu Ezlynn diminta mengulas mengenai situasi rumah tangganya dengan Adam Fahmi Shamsuddin yang dikatakan goyang ketika ini Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurn...
Punca Utama Rumah Tangga Tak Bahagia Semua Benda Isteri Kena Buat Ustaz Kazim Elias

Punca Utama Rumah Tangga Tak Bahagia Semua Benda Isteri Kena Buat Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 270 hits
Bila pasangan ada di sisi rasa tak bahagia Kadang kadang asyik nak bergaduh sahaja Semua benda lah rasa tak kena Pernah tak rasa macam tu Rasa tak puas hati dengan pasangan sendiri Ustaz Datuk Kazim Elias ada kongsi 4 punca kenapa satu satu...
Keganasan Rumah Tangga Polis Siasat Adun Selangor

Keganasan Rumah Tangga Polis Siasat Adun Selangor

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 220 hits
MALAYSIA DATELINEPolis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor mendera bekas isterinya Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 ka...
Hiburan Tiada Masa Untuk Diri Sendiri Miera Leyana Sibuk Uruskan Anak Dan Rumah Tangga

Hiburan Tiada Masa Untuk Diri Sendiri Miera Leyana Sibuk Uruskan Anak Dan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 339 hits
Pelakon jelita mengakui bahawa dia kini tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana terlalu sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan juga isteri 5 bulan lalu Cukup 4 Bulan Baru Kami Akan Tunjuk Muka Bayi Miera Leyana Dah Sebulan B...
Rumah Tangga Goyah Aliff Syukri Patah Hati

Rumah Tangga Goyah Aliff Syukri Patah Hati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 181 hits
Peminat dan pengikut akaun instagram Dato Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris mula beranggapan rumah tangga aliff kini sedang mengalami masalah ekoran sebuah gambar yang dimuat naik olehnya Ada kemungkinan gambar i...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily