Menyendul Di Penang Road Famous Teochew Chendul
Assalamualaikum..
BILA dah siap makan tengahari di rumah sebelum keluar meronggeng, maka kita singgah minum dan makan yang ringan-ringan sajo. Masa ni kami ke AEON Tebrau, adalah tu barang yang dicari, yang penting patuhi SOP, kita jaga kita
Sebenarnya bengang juga dengan post netizen yang selalu marah-marah dengan orang yang katanya asyik ke sana ke sini.. ke sana ke sini seolah-olah berdosa beso beno. Tapi, tanpa sokongan kita bagaimana kita nak bantu negara menaikkan semula ekonomi. Lagi pulak, kita kena tahu bahawa pekerja-pekerja di shopping mall ni amat mengharap agar kita berbelanja di kedai mereka atau tempat mereka bekerja agar mereka boleh mendapat pendapatan.
Tapi, tulah.. susah nak cakap. Tak ada siapa pun yang minta dijangkiti virus covid 19 tu. Tapi hidup ni mesti diteruskan. Kalau kita rasa nak terperap di rumah sebab takut dengan virus, jangan halang orang lain yang keluar sedangkan kita tak tahu apa tujuan mereka keluar dan bagaimana mereka mematuhi SOP. Memang ada jer yang degil dan tidah mematuhi garis panduan tapi jangan salahkan semua orang ya. Aduh, Sk pun takut jugak tapi kena tabah hidup bersama semoga semuanya baik-baik sahaja
Cerita pasal Penang Road Famous Chendul ni, ini adalah antara tempat menyendul yang terpaksa kami singgah kalau nak makan sangat terutama dalam shopping mall. Sebabnya, mahai nak mampuih la rege cendulnya tu kan. Sk ingat lagi zaman kanak-kanak dulu, semangkuk cendul baru RM1, sekarang cendul biasa pun dah RM2 semangkuk. Walaupun agak mahal tapi munasabah la dengan presentation dan portionnya yang besar serta persekitaran yang agak selesa
Kalau dah ke sini, wajiblah pesan sepinggan Penang Rojak. Dulu-dulu (asyik cerita dulu-dulu jer ko ni SK), di Johor ni cuma tahu Rojak Petis dan Rojak Asma, tapi sejak berendut dengan Pak Inche, baru tahu rojak buah dan rojak cakue. Bila balik ke Kedah, baru belajar makan Pasembuq. Pasembuq pertama yang SK suap ke mulut ialah yang dibuat sendiri oleh ibu mertua Sk, hurmmm.. teringat sampai sekarang. Tapi secara peribadi, Sk masih sukakan rojak petis
Nyonya Asam Laksa kot ni.. semangkuk ni Pak Inche punya. SK jamah sikit la sebab masih kenyang makan nasi. Pak Inche makan sehingga ke titisan terakhir ko. Iman memang kalau dia dah kata kenyang, memang tak naklah dia nak menjamah pun. Oh, ya.. ni bukan peristiwa semalam tapi dah berminggu lepas. Belek-belek handphone ternampak la pulak. Dah memang suka beno ambil gambar makanan kan, orang nak kata mental pun mental la... hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/01/menyendul-di-penang-road-famous-teochew.html