Menyebar Hadis Palsu Penyataan Maaf Blogger Islam Is Great



Allahuakbar...Allahuakbar.....hari ini admin merasa begitu kerdil dan bersalah kerana telah menerbitkan sebuah artikel yang diambil dan dikongsi di blog ini rupanya ianya hadis palsu.

Artikel yang dimaksudkan ialah : Doa Selamat Mati Mendadak 

Terima kasih pada pembaca dan pengomen blog ini yang bertanya saya dari mana sumber referinsinya, maka saya membuat kajian yang lebih mendalam dan mendapati beberapa blogger dan juga Facebook ahli ulamak mengatakan ianya tiada dalam hadis nabi junjungan kita. 

Tujuan perkongsian dan pembinaan blog Islam is Great ini adalah bertujuan berkongsi tentang ilmu agama namun admin agak tersasar apabila mengambil sumber-sumber yang popular yang di kongsi ramai dengan mengandaikan bahawa ianya benar tanpa unsur periksa atas dasar ia dikongsi sebegitu maka ianya benar..

Satu kegagalan total blogger Islam Is Great  dalam usaha memperkasakan Islam dan mencari sedikit pahala tetapi ia membawa dosa..Allahuakbar. Aku mohon padamu Ya Allah, terimalah kemaafanku dan kerendahan hatiku ini dalam melakukan kesilapan sebegini..Malu, Bersalah dan Gagal kerana penerbitan artikel sedemikian

Admin bersyukur telah disedarkan oleh pengomen yang admin tidak kenali dan melalui pengajaran yang pahit  serta menanggung beban bersalah setiap artikel Doa Selamat Mati Mendadak yang dibaca oleh pembaca blogger Islam Is Great ini, Bersyukur kerana pada masa akan datang admin akan membuat kajian terperinci setiap artikel yang diterbitkan. Bersalah kerana admin tahu pada zaman ini banyak hadis palsu dan tahu hukumnya menyebar hadis palsu ini tetapi kenapa tak periksanya dahulu. Inlah gara-gara mahu berkongsi artikel secara terburu-buru..

Artikel ini adalah satu tulisan formal Admin Blogger Islam Is Great menadah sepuluh jari kemaafan kepada semua pembaca. Harap semua pihak dapat maafkan admin...Dan admin berjanji setiap hadis yang diterbitkan ada penyataan bertulis ianya palsu atau tidak...amin,

SEBAR HADIS PALSU
Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang kepalsuannya adalah merupakan satu dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah dan RasulNYA. Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian. Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh’ maka Tuhan ataupun RasulNya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.

Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah sesuatu hadis palsu itu tersebar. Menerusi sms, email, facebook, what' App, twitter dan pelbagai lagi, ramai yang terlibat dengan kegiatan dosa menyebarkan hadis palsu ini. Maka berhati-hatilah. Beberapa klik tanpa penelitian boleh membawa anda menjadi pendusta yang menggunakan nama Allah dan RasulNYa.


Mengenai orang yang meriwayatkan atau menyebarkan hadis palsua). Sekiranya dengan sengaja dan tahu hadis itu adalah palsu, maka haram hukumnya malah menjadi kufur kerana menambah-nambah sesuatu yang tidak disyariatkan dalam agama
b). Sekiranya bertujuan memberitahu kepada orang ramai bahawa kebahayaan hadis palsu ini maka beroleh pahala (insyaAllah)
c). Sekiranya orang yang meriwayatkan hadis palsu tetapi dia tidak tahu hadis itu palsu maka tiada kesalahan (insyaAllah). Tetapi sebaiknya, sebelum kita menyebarkan sesuatu hadis hendaklah kita pastikan dahulu kesahihannya terutama para pendakwah. Terdapat amaran dari Rasulullah saw mengenai hal ini. Antaranya;i) Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa mengatakan sesuatu atas namaku sedangkan aku tidak pernah mengatakannya maka hendaklak dia menempati tempat duduknya dalam neraka.” [0028] Sahih Ibnu Hibbanii) Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Cukuplah dosa bagi seseorang apabila dia menceritakan semua apa yang didengarnya.” [0030] Sahih Ibnu HibbanMaksudnya apabila menjumpai sesuatu hadis, janganlah kita terus mengambil dan menyebarkannya terutamanya hadis dari internet yang tidak menjelaskan status hadis dan sumbernya
Termasuk juga dalam hal ini adalah apabila menghadiri kuliah-kuliah agama di mana sahaja. Apabila guru menceritakan sebuah hadis (tidak kira siapa guru itu), dengarlah dengan teliti, catat dan tanyalah status hadis tersebut (sahih atau tidak) dan dari riwayat siapa (Bukhari, Muslim dan sebagainya), sekiranya guru tersebut tidak menjelaskan status hadis yang disampaikannya
Bersamalah kita menjaga sunnah Rasulullah saw dan semoga Allah Subhana wa Ta’ala meletakkan kita dalam golongan ahli sunnah, golongan yang selamat, golongan yang mengikuti Rasulullah saw di dunia dan akhirat





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/09/menyebar-hadis-palsu-penyataan-maaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Negara Pertumbuhan Umat Islam Tercepat Sedunia

Antara Negara Pertumbuhan Umat Islam Tercepat Sedunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 450 hits
TERDAPAT berita menggalakkan ketika beberapa waktu lalu Telegraph melaporkan data mengenai perkembangan umat Islam di Britain Buat kali pertama tahun ini jumlah umat Islam di negara Queen Elizabeth mencapai tiga juta Pembangunannya sangat p...
Arahan Polis Thai Risik Pelajar Islam Cetuskan Kemarahan

Arahan Polis Thai Risik Pelajar Islam Cetuskan Kemarahan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 232 hits
BANGKOK Sebuah kumpulan pelajar Muslim Thai pada Rabu menggesa polis supaya menggugurkan arahan yang meminta pihak universiti menyerahkan maklumat risikan mengenai pelajar Muslim dan kegiatan mereka di negara yang majoriti penduduknya berag...
6 Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam

6 Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 515 hits
6 Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh Jodoh datang tanpa diduga baru berkenalan namun sudah ke arah sebuah perkahw...
Eina Azman Dakwa Uqasha Senrose Goda Suami Rabecca Nur Islam

Eina Azman Dakwa Uqasha Senrose Goda Suami Rabecca Nur Islam

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 364 hits
Pasti ramai tahu Datin Paduka Eina Azman dan Datin Rebecca Nur Islam sebelum ini bersahabat baik Kemudian timbul dakwaan mengatakan mereka berdua The post appeared first on
Tuduh Uqasha Senrose Goda Suami Rebecca Nur Islam Minta Eina Azman Berhenti Buat Fitnah

Tuduh Uqasha Senrose Goda Suami Rebecca Nur Islam Minta Eina Azman Berhenti Buat Fitnah

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 337 hits
Ramai sedia maklum bahawa hubungan persahabatan antara Datin Paduka Eina Azman dan Datin Rebecca Nur Islam dilanda masalah sehingga kedua dua mereka sudah tidak lagi berkawan baik Setelah masing masing membawa haluan sendiri kini muncul pul...
4291 Pertubuhan Komuniti Sppz Bakal Jadi Rujukan Utama Muamalat Umat Islam Sidang Media Ppim 19 09 2019

4291 Pertubuhan Komuniti Sppz Bakal Jadi Rujukan Utama Muamalat Umat Islam Sidang Media Ppim 19 09 2019

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 431 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah memperkenalkan sebuah pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata matlamat utama Komuniti SPPZ ialah bagi menjadi sebuah platfor...
Hari Hari Kelam Di Kampus Pakistan Usai Seorang Profesor Dituduh Menghina Islam

Hari Hari Kelam Di Kampus Pakistan Usai Seorang Profesor Dituduh Menghina Islam

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 191 hits
Kasus pembunuhan Hameed bukan hanya meninggalkan luka mendalam di hati keluarga dan rekan sejawatnya tetapi juga kekhawatiran bagi para pengajar Kematian Hameed dikaitkan dengan kampanye menentang kebebasan pendidikan gerakan yang ditolak o...
Kritikan Dr Tajuddin Rasdi Ke Atas Islam Dan Umat Islam Di Gereja

Kritikan Dr Tajuddin Rasdi Ke Atas Islam Dan Umat Islam Di Gereja

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 355 hits
Dr Kamarul Yusoff Ramai rakan yang bertanya saya mengenai perkara perkara yang dikritik oleh Dr Tajuddin Rasdi di hadapan penganut Kristian dalam forum Naratif Malaysia Baharu di Mega Chinese Methodist Church Kota Damansara Selangor pada 14...
Ph Tak Mampu Jadi Lebih Melayu Islam Dari Umno Pas

Ph Tak Mampu Jadi Lebih Melayu Islam Dari Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 311 hits
PAKATAN Harapan tidak akan mampu menjadi lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Aminuddin Yahaya Ini katanya kerana dasar PH adalah meliberalkan dasar negara tidak kira dari segi agama...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara