Menyanggah Hujah Pengerusi Bersih Kononnya Melayu Adalah Majoriti Di Kl




Bersurahlah Pengerusi Bersih yang baru, Muhammad Faisal Abdul Aziz bahawa orang Melayu tidak perlu binbang daripada sudut perkauman jika pilihan raya di PBT diadakan di Kuala Limpur.


Ini kerana, menurut beliau, meskipun penduduk Kuala Lumpur adalah berbilang kaum, tetapi Melayu masih merupakan penduduk majoriti.


Malah, kata beliau lagi, dengan trend pertambahan jumlah kelahiran kaum Melayu yang tinggi, kadar peratus Melayu di Kuala Lumpur dijangka mencecah sehingga 50 peratus.


“Justeru, melihat kepada perangkaan ini, sudah pasti mana-mana pihak yang berminat meletakkan calon untuk pilihan raya PBT di Kuala Lumpur akan mempertimbang untuk meletakkan calon utama dari kaum Melayu,” katanya lagi.


Selain itu, Faisal yang juga bekas Presiden Abim, turut memetik Banci Penduduk 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di Kuala Lumpur yang mencatatkan penduduk Melayu adalah sejumlah 41.5 peratus, Cina 36.2 peratus, India 8.9 peratus dan lain-lain 1.1 peratus serta (bukan warganegara 12.3 peratus).


Selanjutnya, sebagai tanda sokongan kepada perlaksanaan pilihan raya PBT, beliau menegaskan, ia mampu memperkasa suara rakyat dalam membawa isu setempat, di samping memastikan peningkatan nilai kebertanggungjawaban pihak berkuasa.


“Ia juga secara tidak langsung akan meringankan kerja Ahli Parlimen yang sebelum ini terpaksa menyelesaikan semua isu setempat melibatkan sampah sarap, longkang tersumbat dan sebagainya, sedangkan tugas mereka adalah untuk menggubal serta menyemak undang-undang dan dasar penting negara. 


“Daripada sudut yang lain, pilihan raya PBT turut mampu menghidupkan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat di sesebuah lokaliti,” tambahnya lagi.


Dalam hal ini, saya tidak ingin bersurah panjang untuk menyanggah hujah Pengerusi Bersih itu, tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa fakta di atas kertas tidak selalunya sama dengan realiti di lapangan.


Bahkan, pakar ekonomi yang hafal segala macam teori pemasaran juga belum tentu boleh berjaya jika menceburi dunia perniagaan.


Fakta semasa untuk difahami mudah saja, di Kuala Lumpur ini ada 11 kawasan Parlimen – Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.


Pertama, daripada 11 kawasan tersebut, berapa kawasan dihuni oleh majoriti Melayu dan berapa kawasan lagi oleh bukan Melayu?


Kedua, daripada 11 kawasan Parlimen yang ada di Kuala Lumpur, berapa kerusi yang dimenangi oleh calon daripada parti Melayu seumpama UMNO atau Pas misalnya?


Ketiga, berapa kerusi pula yang dimenangi oleh calon daripada parti campuran seperti PKR, tetapi diketahui mendapat sokongan yang kuat daripada pengundi bukan Melayu?


Seterusnya yang keempat, berapa kerusi yang dimenangi oleh calon bukan Melayu dan daripada parti bukan Melayu?


Dengan segala fakta di atas, jika diadakan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur, bolehkah Faisal memberi jaminan orang Melayu masih boleh mendapat tempat atau mereka bakal merempat? – ShahbudinHusin 20/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/20/menyanggah-hujah-pengerusi-bersih-kononnya-melayu-masih-majoriti-di-kl.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/menyanggah-hujah-pengerusi-bersih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syor Benarkan Melayu Saja Jadi Pm Adalah Rasis Kata Kumpulan Peguam

Syor Benarkan Melayu Saja Jadi Pm Adalah Rasis Kata Kumpulan Peguam

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 300 hits
Syor benarkan Melayu saja jadi PM adalah rasis kata kumpulan peguam Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Dec
Wednesday Lite Melayu Adalah Lost Tribe Of Israel Pula Apa Sudah Jadi Dengan Keturah Atau Dna Melayu 60 000 Tahun

Wednesday Lite Melayu Adalah Lost Tribe Of Israel Pula Apa Sudah Jadi Dengan Keturah Atau Dna Melayu 60 000 Tahun

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 326 hits
Hari itu seorang professor Universiti Islam Antarabangsa claim bahawa orang Melayu adalah keturunan Nabi Ibrahim menerusi isterinya bernama Keturah Seorang wanita berPhD yang lain pula pernah claim bahawa DNA Melayu adalah DNA yang tertua d...
Bekas Presiden Abim Kini Pengerusi Bersih Baharu

Bekas Presiden Abim Kini Pengerusi Bersih Baharu

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 374 hits
Bekas presiden Abim kini pengerusi Bersih baharu Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Dec 2023 9 29PM
Dituduh Buat Komunikasi Jelik Kata Orang Melayu Malas Makcik Kemboja Anak Bayar Jamin Rm25 000

Dituduh Buat Komunikasi Jelik Kata Orang Melayu Malas Makcik Kemboja Anak Bayar Jamin Rm25 000

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 339 hits
Usahawan wanita yang tular di media sosial baru baru ini Mariyah Yaakob yang mencetuskan kontroversi gara gara berkata orang Melayu malas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tuduhan berasingan mengeluarkan ken...
Gelagat Dan Ragam Orang Melayu Oleh Frank Swettenham

Gelagat Dan Ragam Orang Melayu Oleh Frank Swettenham

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 261 hits
Demi memahami orang Melayu kita mesti tinggal bersamanya bertutur dalam bahasanya menghormati kepercayaannya menggemari minatnya melayan pertanyaannya berbelas dan menghulurkan tangan tatkala dia susah malah berkongsi keseronokan atau mungk...
Karangan Bahasa Melayu Format Contoh Karangan

Karangan Bahasa Melayu Format Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 324 hits
Bagi murid yang mula untuk menulis karangan berikut disertakan format dan tips untuk penulisan karangan Ini penting bagi memastikan karangan yang dikarang adalah mengikut format dan menjawab kehendak soalan Format Karangan Bahasa Melayu Umu...
Video Kesesakan Pelancong Warga China Di Lapangan Terbang Antarabangsa Adalah Video Lama

Video Kesesakan Pelancong Warga China Di Lapangan Terbang Antarabangsa Adalah Video Lama

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 422 hits
Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia Jabatan Imigresen Malaysia merujuk kepada video yang tular dakwaan berlaku kesesakan di lapangan terbang akibat dibanjiri oleh pelancong warga China JIM ingin menegaskan
Akhbar Wilayahku Adalah Produk Hasil Daripada Dana Rm1 6 Tril Sumbangan Pak Arab

Akhbar Wilayahku Adalah Produk Hasil Daripada Dana Rm1 6 Tril Sumbangan Pak Arab

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 265 hits
Menteri Wilayah kata akhbar WilayahKu bukan propaganda PH Tapi muka depan naskah pertama amat menarik Wajah hensem siapa di sana Kalau boleh besarkan lagi gambar itu Terlalu kecil nanti pembaca tak nampak Bukan kronisme juga dia kata Tapi K...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan