Gelagat Dan Ragam Orang Melayu Oleh Frank Swettenham


 

"Demi memahami orang Melayu, kita mesti tinggal bersamanya, bertutur dalam bahasanya, menghormati kepercayaannya, menggemari minatnya, melayan pertanyaannya, berbelas dan menghulurkan tangan tatkala dia susah malah berkongsi keseronokan atau mungkin juga kepayahannya." - Frank Swettenham.

Ambil masa satu minggu hendak menghabiskan catatan yang hampir 200 mukasurat ini. Frank Swettenham mentafsirkan Malaya dalam bentuk tulisan dengan sangat baik, jelas dan terperinci. Didedahkan oleh Si Residen Jeneral pertama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) itu tentang keindahan Malaya yang kaya dengan sumber alam dan hutan-hutan yang menyelimuti negara yang terbentuk seperti sebelah telapak tangan yang dirapat-rapatkan jari-jarinya ini.

Dalam edisi Bahasa Malaysia ini dedahkan oleh Sang Residen Jeneral itu yang orang Melayu sewaktu kelananya adalah begitu dan begini. Saya fikir, sesetengah gelagat dan ragam yang dijelaskan dalam buku terjemahan IBDE ini masih kekal hingga kini dan ada yang saya fikir sudah tandus.

'Sketches' di sini memberikan konotasi bahawa barangkali Si Orientalis itu cuma melakarkan sifat-sifat sesetengah orang Melayu. Maknanya, kemungkinannya segala sifat, tidak kira positif atau negatif, bukan dicapkan kepada seluruh Melayu. Meneliti Gelagat & Ragam Orang Melayu telah mendedahkan kepada saya tentang sifat mereka yang kadang mencuit hati dan bikin resah.

Misalnya, kita akan didedahkan dengan sifat orang Melayu (dahulu) yang fun dan cool. Dalam bab 'Perkelahan', Swettenham sempat merakamkan gelagat orang Melayu seputarnya waktu itu pergi berkelah dengan menaiki gajah! Menurut Sang Penjajah, umumnya, Melayu dahulu suka menjinakkan gajah. Dalam perkelahan di danau itu, mereka akan beramai-ramai terjun ke dalam danau sambil menjerit suka ria. Ikan-ikan dalam danau itu akan dijadikan lauk santapan bersama-sama dengan bahan-bahan lain yang mereka bawa. Dalam bab 'Menggeluncur' pula, dijelaskan Swettenham yang di Perak, Orang Melayunya gemar memanjakan diri dalam bentuk hiburan seiring dengan perkelahan. Ya, mereka akan bercampur gaul lelaki perempuan. Tak ada ruangan tertentu untuk jantina tertentu seperti masa kini di pawagan di suatu negeri itu. Oh, mereka tak buat taklimat tentang rukun dan hukum agama juga sebelum memulakan aktiviti menggeluncur! Dalam jumlah yang ramai, mereka akan terlibat dengan aktiviti menggeluncur melalui air terjun ke dasar kolam yang berketinggian 60 kaki!

Sisi lain orang Melayu yang bikin saya ketawa juga ada dalam buku ini seperti dicatatkan secara singkat oleh Frank Swettenham dalam beberapa bab menceritakan tentang betapa kuat pegangan orang Melayu itu sampaikan paderi Kristian dah putus asa hendak mengajak mereka masuk Kristian. Dicatatkan yang seorang mubaligh Kristian datang ke Tanah Melayu, menemui orang-orang Melayu dan bersungguh-sungguh bercerita tentang kisah Maryam Perawan. Reaksi orang Melayu seusai mendengar mubaligh Kristian itu bercerita berjaya bikin saya dan kawan saya berdekah dalam dewan kuliah.

Yang paling menarik bagi saya dalam buku ini antaranya adalah bab 'Berhantu' lebih-lebih lagi apabila diceritakan tentang upacara yang dikendali Raja Ngah, seorang wanita berpakaian seperti lelaki di dalam istana yang disukai ramai. Ironinya kini kalau seseorang lelaki atau wanita berpakaian yang (kononnya) tidak ikut jantinanya akan dikenakan tindakan. Paling tak boleh 'blah', penamat bab ini bikin saya mengatakan, "Aisyyyyy... cilakak kena scam!" dan kemudiannya terkekeh-kekeh ketawa. Selain daripada itu, 'Kepercayaan Karut Orang Melayu' pula menceritakan tentang pembelaan bajang--polong dan pelesit. Mendapatkannya agak mudah dan memetik buku ini, '...jadi tidak mengejutkan kita bahawa setiap orang di Kedah, tidak kira sesiapa pun mempunyai pelesit.". Saya juga gemarkan bab yang diberikan nama seorang residen British di Perak, dikenali dengan nama J.W.W Birch, yang menceritakan peristiwa pembunuhan residen British di Perak itu dari sudut pandang Frank Swettenham.

Jujur, jauh di sudut hati, ada lagi yang hendak saya kongsikan kepada semua. Tapi saya fikir lebih baik sekiranya buku ini dibaca berbanding kalian baca reviu saya yang tak seberapa ini. Ada lagi yang hendak saya ceritakan tapi kewarasan saya menyumbang saran yang bahawasanya hal yang ini lebih baik dibualkan saja secara kecil-kecil dengan rakan. Boleh dapatkan Gelagat & Ragam Orang Melayu di IBDE atau di mana-mana kedai buku fizikal atau atas talian yang menjualnya.
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2023/12/gelagat-dan-ragam-orang-melayu-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 1505 Gempar Rombakan Kabinet Pmx Tak Diterima Positif Oleh

Rentasan 1505 Gempar Rombakan Kabinet Pmx Tak Diterima Positif Oleh

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 132 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1505 1 JANGAN HANYA TAHU ANGGUK DAN GELENG 2 TADAH TIN MILO BAIKI KENDERAAN MANA PERGI MARUAH 3 HADI AWANG MAKIN MELAMPAU
Behrens Kod Da Vinci Karya Horologi Yang Diilhamkan Oleh Seni Misteri

Behrens Kod Da Vinci Karya Horologi Yang Diilhamkan Oleh Seni Misteri

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 176 hits
BEHRENS dengan bangganya memperkenalkan B023 Kod Da Vinci Kod Da Vinci adalah berdasarkan kod rahsia yang tersembunyi dalam lukisan seni selama lebih 2000 tahun Topik sebegitu telah ditulis sebagai novel serta dijadikan filem selama ini Wal...
Cara Pergi Kedai Nizam Cendol Goncang Naik Lrt Dah Viral Oleh Khairul Aming Confirm Ramai Orang

Cara Pergi Kedai Nizam Cendol Goncang Naik Lrt Dah Viral Oleh Khairul Aming Confirm Ramai Orang

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 433 hits
Kalau sebut pasal Khairul Aming pasti ramai yang kenal dimana individu yang terkenal di media sosial terutamanya dalam masakan dengan trademark tersendiri hey wassup guys Setiap tahun orang jumpa muka dia di setiap platform media sosial bil...
Nasihat Bermenfaat Oleh Penasihat Umum Amanah

Nasihat Bermenfaat Oleh Penasihat Umum Amanah

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 209 hits
1 Saya mengalu alukan nasihat al Fadhil Ustaz Ahmad Awang yang dipetik dari wawancara beliau dalam Selangor Today terkini bertajuk Mengapa Saya Mencabar Hadi Awang dalam slot Temu Mata Ahli Amanah wajar membaca dengan teliti wawancara terse...
Veto Amerika Merestui Agenda Pembunuhan Berterusan Rakyat Palestin Oleh Israel Yang Masih Berlangsung

Veto Amerika Merestui Agenda Pembunuhan Berterusan Rakyat Palestin Oleh Israel Yang Masih Berlangsung

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 270 hits
1 Apabila seorang wartawan antarabangsa terkenal Adnan Khashoggi hilang dan disyaki dibunuh Amerika Syarikat menggambarkan negara Arab Saudi sebagai negara pariah 2 Apabila 63 wartawan antarabangsa di laporkan oleh CPJ termasuk seorang warg...
Hello Haji Kodi Siapa Yang Tipu Melayu Melayu Juga Bukan Bangsa Lain

Hello Haji Kodi Siapa Yang Tipu Melayu Melayu Juga Bukan Bangsa Lain

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 259 hits
Letter to editormisappropriation of RM70 mil diverted for other purposes H di blamed non Bumi community for roots of corruption They damage our politics as they are the roots for corruption Aman P tine case involves large cash donated by Mu...
Senarai Peribahasa Bahasa Melayu Beserta Maksud

Senarai Peribahasa Bahasa Melayu Beserta Maksud

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 256 hits
Di dalam masyarakat di negara kita terutamanya dalam kalangan orang orang peribahasa sering digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat teguran atau ingatan secara kiasan atau sindiran Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa Menurut Dewa...
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Cycling 9 Februari 2025

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

Ikiru Hotel A Harmonious Fusion Of Architecture And Nature

Johor Princes Switch To Corvette For Gt Races


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Startups Vs Established Industries

Nasi Lemak Lobster Jb

Salam Rmadhan Kareem 1446 Hijrah

Selamat Pagi 1 Ramadan Melayan Taman Kecilku

Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan

Resipi Kuih Puteri Mandi Mudah Sedap