Menyamar Anggota Polis Lakukan Jenayah Peras Ugut Samun


NOORZAINY Mohd. Noor (dua dari kiri) menunjukkan baju polis yang digunakan dua lelaki untuk menyamar bagi tujuan memeras ugut serta merompak dalam sidang akhbar di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN ONLINE/SAZALI CHE DIN
Mohd. Khuzairi Ismail
11 Jun 2019 3:52 PM

BUTTERWORTH - Tindakan berani dua lelaki menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan jenayah peras ugut dan samun akhirnya membawa padah selepas mereka ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek yang berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sambil menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z tanpa nombor plat.


Penahanan mereka kemudiannya membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek berusia 21 tahun yang dipercayai ahli kumpulan itu dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Indera Muda, Kubang Semang, di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, serbuan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung tiga kes samun di kawasan RnR tersebut semalam.

Menurutnya, kejadian berkenaan dilaporkan bermula pukul 4 pagi sehingga pukul 12 tengah hari yang turut melibatkan mangsa seorang pengedar surat khabar.

"Pasukan Task Force kita berjaya menahan suspek dalam tempoh 24 jam selepas menerima tiga laporan kejadian yang berlaku pada hari sama.

"Suspek cuba melarikan diri ketika ditahan, namun berjaya ditahan dengan seorang daripada mereka ditangkap berdekatan sebuah stesen minyak di kawasan itu manakala seorang lagi ditangkap selepas terjun ke dalam laut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, Kepala Batas, di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, kesemua suspek mengaku terlibat dalam tujuh kes peras ugut dan samun yang dilaporkan di sekitar kawasan SPU.

Tambah beliau, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas pelbagai barangan daripada suspek termasuk lampu suluh yang mempunyai renjatan elektrik, set walkie-talkie dan jaket polis.

Turut dirampas, katanya, adalah palam pencucuh yang diubah suai, sepasang sarung tangan dan plastik lutsinar yang mengandungi dadah jenis syabu.

"Dua daripada suspek juga mempunyai rekod lampau dan mereka direman esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/06/menyamar-anggota-polis-lakukan-jenayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tumpaskan Kumpulan Samun Bersenjata Di Miri

Polis Tumpaskan Kumpulan Samun Bersenjata Di Miri

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 191 hits
Polis tumpaskan kumpulan samun bersenjata di Miri nbsp nbsp Dikemas kini 50 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Jun 2019 11
Tunggu Abang Kata Kata Terakhir Anggota Polis Buat Isterinya Sebelum Maut Dalam Kemalangan

Tunggu Abang Kata Kata Terakhir Anggota Polis Buat Isterinya Sebelum Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 774 hits
Seorang anggota polis maut manakala rakan setugasnya parah akibat dirempuh motisikal ketika melakukan pemeriksaan terhadap van di bahu jalan Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 40 pagi di Jalan Persisiran Perling arah Iskandar Puteri Joh...
Kajian Semakan Gaji Pegawai Dan Anggota Polis Terakhir 2010

Kajian Semakan Gaji Pegawai Dan Anggota Polis Terakhir 2010

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 709 hits
KUANTAN Kajian semakan berkaitan gaji pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia kali terakhir dilakukan adalah pada tahun 2010 kata Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar Sehubungan itu katanya sudah tiba masa untuk kajian di...
Polis Johor Perjelas Punca Sebenar Kenderaan Anggota Pandu Lawan Arus

Polis Johor Perjelas Punca Sebenar Kenderaan Anggota Pandu Lawan Arus

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 487 hits
Baru baru ini telah tersebar pula satu rakaman menunjukkan sebuah kenderaan polis yang dilihat dipandu secara berlawanan arus di Lebuhraya Linkedua Arah Timur Plaza Tol Perling Seperti biasa tanpa usul periksa netizen telah memberikan komen...
Polis Berkas Lelaki Cekik Ugut Ibu Sendiri

Polis Berkas Lelaki Cekik Ugut Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 229 hits
KEPALA BATAS Padah mencekik leher dan mengugut ibu kandung sendiri seorang pemuda dari Penaga Kepala Batas Pulau Pinang ditahan polis Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan selepas mangsa yang berusia 60 tahun membuat laporan polis semalam ad
Hentak Cermin Guna Samurai Dua Samseng Sedang Diburu Polis

Hentak Cermin Guna Samurai Dua Samseng Sedang Diburu Polis

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 572 hits
Susulan daripada rakaman video dashcam yang memaparkan dua lelaki yang berlagak samseng dengan menunjukkan isyarat lucah dan menghentak cermin hadapan kereta mangsa menggunakan senjata tajam yang dipercayai samurai atau pun parang sedang di...
Ngo Lapor Polis Gambar Mujahid Disunting Usung Kavadi

Ngo Lapor Polis Gambar Mujahid Disunting Usung Kavadi

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR 4 Jun Badan bukan kerajaan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia menggesa polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang memuat naik suntingan gambar menghina Menter...
Papan Tanda Tun M Azmin Disimbah Cat Merah Polis Belum Terima Sebarang Laporan

Papan Tanda Tun M Azmin Disimbah Cat Merah Polis Belum Terima Sebarang Laporan

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 433 hits
Polis Jempol masih belum menerima sebarang laporan mengenai sebuah papan iklan yang memaparkan gambar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yang disimbah cat merah oleh pihak yang tidak bertan...
Peguam Singapura Ditahan Atas Risikan Bersama Kata Polis

Peguam Singapura Ditahan Atas Risikan Bersama Kata Polis

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 416 hits
Jeffrey Ong didakwa di mahkamah daerah Singapura pada 1 Jun lalu atas satu pertuduhan menipu PETALING JAYA Kerjasama rapat dari segi risikan antara Singapura dan Malaysia membawa kepada penahanan peguam republik itu Jeffrey Ong yang didakwa...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Potong Cake Birthday

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Seperguruan

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Luahan Terbaik Seorang Pelukis