Menurut Midf Paras Hutang Negara Rendah Dan Asas Ekonomi Negara Juga Kukuh


KUALA LUMPUR: Asas ekonomi Malaysia yang secara relatifnya kuat serta kukuh mampu menahan krisis yang digerakkan oleh faktor luaran, kata MIDF Amanah Investment Bank (MIDF)

MIDF
Dengan menyatakan bahawa ekonomi berkenaan dipacu oleh perbelanjaan domestik dan kurang terdedah dengan dagangan luaran, firma penyelidikan itu menambah bahawa, peningkatan yang kukuh harga tenaga global menyediakan sokongan tambahan untuk pelaburan swasta dan pekerjaan, terutamanya dalam sektor perlombongan

Selepas krisis kewangan pada 2009, Malaysia beransur-ansur beralih daripada kebergantungan terhadap eksport kepada ekonomi yang didorong oleh domestik

“Kadar eksport kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengecil kepada 70.4 peratus pada 2017 daripada 98.2 peratus pada 2007, sementara kadar import susut kepada 62.1 peratus daripada 76.5 peratus dalam masa 10 tahun,” kata MIDF dalam nota penyelidikannya hari ini

Kadar terkini eksport adalah terendah dalam masa 23 tahun dan import terendah dalam masa 17 tahun, memandangkan sumbangan eksport kepada KDNK menjunam kepada terendah dalam masa 21 tahun, sebanyak 8.4 peratus pada 2017 manakala penggunaan swasta adalah melebihi 50 peratus untuk lima tahun berturut-turut sejak 2013


“Justeru, sebarang kejutan luaran mempunyai impak yang kurang kepada Malaysia berbanding krisis sebelum ini, di tengah-tengah kurangnya pendedahan kepada dagangan antarabangsa,” tambah MIDF
Firma pelaburan itu berkata, hutang luar negara Malaysia dan hutang denominasi luar negara juga pada tahap rendah dan boleh diuruskan

Sehingga 2017, hampir 97 peratus daripada hutang kerajaan adalah dalam denominasi ringgit dan hanya 3.1 peratus adalah denominasi asing

Menurut MIDF, bagi setiap RM1 hutang kerajaan Malaysia pada 2017, 71 sen adalah domestik manakala 29 sen adalah luar negara

Walaupun kadar hutang luar negara meningkat, pertumbuhannya adalah sederhana sejak 2010, dengan pertumbuhan hutang kerajaan secara keseluruhan berkembang pada kadar sama

“Hakikatnya, hutang luar negara susut sebanyak 3.6 peratus tahun lalu sementara hutang domestik melonjak sebanyak 10.5 peratus

“Dengan struktur semasa hutang kerajaan, risiko kesan penularan adalah minimum disebabkan oleh pendedahan yang kecil kepada hutang luar negara,” kata MIDF

Menurut MIDF, disebabkan caj perkhidmatan hutang luar negara yang tidak ketara, perbelanjaan kerajaan tidak akan terjejas jika ringgit terus menyusut, bagaimanapun pengurangan pendapatan mungkin berlaku jika ekonomi global lembap dan harga komoditi merosot

Kata MIDF, ringgit mencatat prestasi yang lebih baik dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, purata pada RM4 berbanding dolar, daripada purata tahun lalu pada RM4.30

Berdasarkan kadar pertumbuhan, ringgit turut meningkat berbanding pelbagai mata wang dalam tempoh sembilan bulan pertama, tahun ke tahun, termasuk dolar Australia (+10.2 peratus tahun ke tahun), dolar Singapura (naik 5.1 peratus tahun ke tahun) dan Euro (meningkat 1.5 peratus tahun ke tahun), kata MIDF

“Kestabilan politik, tekanan inflasi yang berkurangan, asas ekonomi yang kukuh dan kenaikan harga tenaga global menjadi antara faktor menyumbang kepada pengukuhan ringgit. Kami mengekalkan unjuran kami bahawa ringgit akan berada pada purata 4.00 tahun ini," kata MIDF

Sementara itu, MIDF menyebut, dasar perlindungan yang membabitkan aliran pelaburan daripada Amerika Syarikat (AS) tidak akan memberi kesan secara langsung kepada Malaysia berikutan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) AS ke negara ini tidak ketara


Menurut MIDF, purata bahagian FDI AS ke Malaysia hanya dua peratus, pasca krisis kewangan global, pada 2009, manakala bahagian Kesatuan Eropah dan Asia Tenggara daripada jumlah aliran masuk bersih FDI Malaysia, masing-masing sebanyak 22.4 peratus dan 22.9 peratus

“Selain itu, risiko kesan penularan berkurangan disebabkan kepelbagaian sumber FDI,” kata MIDF sambil menambah, perdagangan Malaysia kurang terjejas daripada dasar perlindungan AS berikutan negara itu bukan lagi rakan dagang utama Malaysia

Jumlah perdagangan dengan AS merosot daripada 18.7 peratus pada 2000 kepada 8.2 peratus pada tahun lalu

Bagaimanapun menurut MIDF, kesan tidak langsung daripada ketegangan perdagangan global tidak dapat dielakkan walaupun asas ekonomi Malaysia baik

“Sekurang-kurangnya dalam jangka masa pendek, pasaran kewangan kita tidak dapat mengelak aliran portfolio antarabangsa dari rantau ini

“Berdasarkan ini, penting pada suku kedua tahun ini, yang bersamaan dengan bermulanya ketegangan perdagangan AS-China, aliran bersih dana ekuiti asing mula menjadi negatif dan pasaran ekuiti tempatan mula merosot,” kata MIDF. -BERNAMA
Share artikel ini kepada rakan anda
Sharing is Caring

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayakata.com/2018/10/menurut-midf-paras-hutang-negara-rendah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutang Cecah Rm1 Trillon Mungkin Ini Yang Tun M Maksudkan Sebagai Manipulasi Angka Ekonomi Sahabatsmb

Hutang Cecah Rm1 Trillon Mungkin Ini Yang Tun M Maksudkan Sebagai Manipulasi Angka Ekonomi Sahabatsmb

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 406 hits
2 kali Tun M diangkat sebagai PM kedua duanya dalam keadaan negara mempunyai jumlah aset dan kekayaan di paras paling maksimum awal 80 an kali pertama Tun M jadi PM Malaysia ketika itu sedang menjana sumber kekayaan hasil penemuan beberapa ...
Hutang Negara Bukanlah Isu Yang Boleh Di Manupulasi Untuk Dapatkan Political Mileage

Hutang Negara Bukanlah Isu Yang Boleh Di Manupulasi Untuk Dapatkan Political Mileage

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 452 hits
Parti Islam Se Malaysia meminta Menteri Kewangan untuk membentangkan satu kertas putih mengenai kedudukan sebenar kewangan Kerajaan Persekutuan sebelum pembentangan Bajet 2019 yang di jadual pada 2 November ini Kertas putih tersebut sangat ...
Dokumen Kerajaan Ph Akui Hutang Negara Rm688 Bilion Bukannya 1 Trilion Najib

Dokumen Kerajaan Ph Akui Hutang Negara Rm688 Bilion Bukannya 1 Trilion Najib

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 427 hits
Suara Tanpa SempadanPEKAN Kenyataan pemimpin kerajaan yang sering mendakwa hutang negara berjumlah RM1 trilion akan menyebabkan Malaysia rugi kerana boleh menimbulkan kesangsian dalam kalangan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara Bekas P...
Rmk11 Tak Benar Bn Boros Hutang Negara Kuncup Najib

Rmk11 Tak Benar Bn Boros Hutang Negara Kuncup Najib

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 452 hits
Kenyataan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan yang sering mendakwa hutang negara berjumlah RM1 trilion boleh menyebabkan Malaysia rugi kerana menimbulkan kesangsian di kalangan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara Bekas Perdana Menteri Dat...
Penasihat Khas Menteri Pendidikan Ke London Ketika Negara Mengalami Hutang Yang Banyak

Penasihat Khas Menteri Pendidikan Ke London Ketika Negara Mengalami Hutang Yang Banyak

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 615 hits
Ibarat lebih sudu dari kuah Jawatannya hanyalah sebagai Penasihat Khas Menteri Pendidikan namun kuasanya mampu melebihi dari seorang Menteri dan Timbalan Menteri Siapa Wan Saiful untuk membuat lawatan dan kononnya membawa deligasi Kementeri...
Hutang Negara Adakah Mat Sabu Dakwa Lim Guan Eng Seorang Penipu Najib

Hutang Negara Adakah Mat Sabu Dakwa Lim Guan Eng Seorang Penipu Najib

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 456 hits
Hutang Negara Kerajaan BN kata RM688 bilion Ketiga tiga agensi penarafan antarabangsa dan Bank Dunia kata RM688 bilion Lim Guan Eng kata RM1 trilion Kini Mat Sabu kata nilai sebenar hutang negara adalah jauh lebih besar daripada RM1 trilion...
Hutang Negara Hanya Alasan Burukkan Bn

Hutang Negara Hanya Alasan Burukkan Bn

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 359 hits
NURULFATIHA MUAH14 OKTOBER 2018Najib Tun Razak Foto BernamaSHAH ALAM PH didakwa menggunakan propaganda hutang RM1 trilion bagi memburukkan kerajaan BN sebelum ini selain sebagai alasan untuk menjual aset negara memperkenalkan cukai cukai ba...
4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 370 hits
Pada masa kini negara kita masih mempunyai pelbagai sumber ekonomi seperti minyak dan gas pembalakan perindustrian pelancongan dan banyak lagi Sumber sumber ini sekiranya diuruskan dengan baik oleh pemerintah negara boleh mendatangkan manfa...
Momokan Ekonomi Negara Teruk Dan Hampir Muflis Terjawab Khairy

Momokan Ekonomi Negara Teruk Dan Hampir Muflis Terjawab Khairy

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR 24 Okt 8211 Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK 11 menyifatkan pembentangan kajian separuh penggal setebal 400 muka surat menunjukkan bahawa apa yang dimomokkan kepada rakyat seb...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Semangat Muda Di Usia Emas Inspirasi Perjalanan Seorang Warga Emas Berusia 68 Tahun