Menunggu Keputusan Spm Muhammad Adam Iman


Menunggu Keputusan SPM Muhammad Adam Iman
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog KakYa yang setia. Hari ini, KakYa nak coretkan sedikit kisah tentang anak kedua KakYa, Muhammad Adam Iman yang sekarang ni sedang berada dalam fasa menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dup dap dup dap .. Fasa yang cukup mendebarkan, bukan sahaja untuk anak-anak yang menunggu, tetapi juga untuk Ibu ayah seperti kami yang turut rasa tempias debaran itu. Esok dah nak keluar keputusan SPM 2024 ada yang duk berdebar jugak ke tuuu..

Muhammad Adam Iman atau lebih mesra kami panggil Adik adalah anak kedua KakYa (walau bukan anak bongsu tapi title Adik tu melekat sampai sekarang), seorang anak yang sangat berdedikasi dan rajin kalau bab belajar. Sejak kecil lagi dia ni memang jenis tak banyak cakap (kiranya agak pendiam), suka membaca dan suka mencuba benda benda baru. 
Banyak lagi yang dia suka sebenarnya tapi dia ni jenis tak berapa suka Matematik. Ntah apa masalah dia ngan Matematik KakYa pon tak tahu dan kurang faham. Selalu bergaduh ngan Matematik. Oh Matematik! kenapa kenapa kenapa ... 
Dia Anak Asrama 
Ok sambung citer dia .. Bila dah masuk alam sekolah menengah, Adam mula menunjukkan minat yang mendalam dalam subjek agama. Jadi KakYa dan suami ikut apa pilihan anak. Maka SMA Al FALAH menjadi saksi 5 tahun Adam di sana. 5 tahun juga Adam tinggal di asrama dan di asramalah dia lebih berkawan dan sifat pendiam semakin berkurangan sehingga di lantik sebagai Mr President ketika di Asrama AYTK. 
Sebagai ibu, KakYa bersyukur kerana Adam dapat menyesuaikan diri dan berjaya mengharungi hidup selama 5 tahun di asrama. Alhamdulillah dengan rekod bersih. Syukur Ya Allah . Allah jaga sepanjang berjauhan dengan Umi juga abah. 
Waktu peperiksaan SPM banyak masa di habiskan kat sekolah dan asrama. Jadi KakYa dan encik suami kurang jumpa dia, hanya sesekali time cuti pergi jenguk dia kat asrama. Dah besar panjang takde la banyak masalah sangat kat asrama tu. Masa mula masuk jer kejap nak balik kejap nak balik. Dah lama duk sana dan jumpa ramai kawan dah tak ingat nak balik. Seronok sangat duk asrama. 
Dia Risau Sebenarnya!
Sekarang ni setelah peperiksaan SPM tamat, fasa menunggu keputusan pon bermula. Fasa ini sebenarnya tak kurang mencabar jugak.  Adam ni kan dia nampak jer tenang kat luar, tapi kadang-kadang KakYa tahu dia fikirkan macam macam. Sekali tengok macam PM duk fikir masalah negara. Malam malam duk termenung, mungkin duk fikir keputusan SPM nanti, ke mana arah dia nak tuju lepas ini dan yang paling KakYa perasan dia mungkin risau kalau tak capai target yang diimpikan. Opkos la dia risau. Haihhh KakYa pon risau ...

Sebagai ibu, KakYa hanya mampu berikan kata kata semangat. “Adik dah usaha yang terbaik. Selebihnya kita serah pada Allah. Apa jua keputusan nanti, insyaAllah ada hikmah dan jalan yang terbaik untuk Adik.” Itulah yang KakYa ulang-ulang supaya dia tidak terlalu tertekan. Tapi dia tak tertekan pon relaks chill chill jer. Risau skit tu biasalah ..
Pilihan Selepas SPM
KakYa dan encik suami ada jugak berbincang tentang pilihan dia selepas SPM. Sebelum buat pilihan dia ada bincang dengan kami jugak nak yang mana .. ke mana halatuju dan sebagainya. Insyaallah kalau dapat keputusan cemerlang, mungkin boleh masuk untuk asasi di universiti yang dia pilih. Dia ada pilih Asasi Syariah kat UNISZA. Kalau dapat alhamdulillah. Tu pilihan pertama dia. Moga moga ada rezeki dia.
Masa dia duk sibuk dengan UJIAN ONLINE eUKCG untuk IPG aritu, tiba tiba dia suarakan kat KakYa dan encik suami, "Umi abah, Adam rasa macam minat lebih pulak nak pegi IPG". Ritu masa isi borang online sekadar isi takde la tunjuk minat sangat. Umi dia ni jugak yang paksa suruh isi.Tup tup lepas Ujian eUKCG aritu dia suarakan rasa cam best la pulok IPG. Kalau dapat IPG nak pegi IPG. 
Tak kisahla dik, mana mana pon Umi ngan abah ikut jer. Yang penting, Adik minat dan bersungguh-sungguh dalam apa jua laluan yang Adik pilih. Umi abah sokong kot belakang. 
Doakan Kejayaan Muhammad Adam Iman 
Duk menunggu keputusan SPM ni kan, bukan setakat angka yang akan tertera di slip peperiksaan tu nanti. Ia juga tentang harapan, doa, dan impian seorang anak yang mahu melangkah dengan penuh keyakinan. Begitu juga tentang perjuangan ibu ayah yang sentiasa berada di sisi, dalam diam berdoa siang malam agar anak-anak berjaya dunia akhirat.

KakYa tahu, ramai ibu ayah di luar sana yang sama seperti KakYa, sedang menunggu keputusan SPM anak masing masing. Semoga Allah kurniakan ketenangan hati buat kita semua. Apapun keputusan nanti, semoga ia menjadi satu permulaan yang baik untuk masa depan anak anak kita. InsyaAllah, aamin aamin Ya Mujib.

Ok dah panjang berjela jela coretan KakYa pada kalini. Terima kasih semua kerana sudi membaca coretan hati KakYa kali ini. Doakan yang terbaik buat anak KakYa, Muhammad Adam Iman dan semua calon SPM 2024. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkah mereka. Insyaallah...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2025/04/menunggu-keputusan-spm-muhammad-adam-iman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Spm 2024 2025 Semakan Slip

Keputusan Spm 2024 2025 Semakan Slip

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 235 hits
Calon ibu bapa boleh menyemak keputusan SPM 2024 2025 mulai pukul 10 00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6 00 petang pada 30 April 2025 melalui laman web KPM iaitu myresultspm moe gov my Laman ini membenarkan anda untuk membuat semaka...
Dia Adam Iman

Dia Adam Iman

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 104 hits
Dia Adam Iman Bismillah Nama dia Muhammad Adam Iman bin Suhaimi Dia anak ke 2 KakYa Dia dari SMA Al Falah Esok dia bukan tunggu result SPM je Dia tunggu satu detik yang akan jadi kenangan dalam hidup dia SPM 2024 bukan noktah Ia cuma pembuk...
Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 165 hits
Alhamdulillah Tahniah Adam Iman Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog KakYa Apa khabar semua petang ni KakYa doakan semua berada dalam keadaan sihat walafiat Hari ni KakYa nak kongsi sesuatu yang sangat dekat dengan hati KakYa Rasa seb...
Dah Sedia Terima Keputusan Spm 2024

Dah Sedia Terima Keputusan Spm 2024

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 107 hits
Dah Sedia Terima Keputusan SPM 2024 Kementerian Pendidikan telah mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025 ini esok je lagi Adik adik termasuklah ibu bapa mesti ketaq ketaq dah kan nak terima resu...
Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 193 hits
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 Diumumkan 24 April 2025 Sehari dua ni ramai yang tertanya tanya bila keputusan SPM 2024 akan diumumkan dan yang tertanya tanya tu termasuklah KakYa Kini akhirnya terjawab sudah Dah sampai masa untuk t...
Spm 2024 6 Anak Ykm Catat Keputusan 6a Ke Atas

Spm 2024 6 Anak Ykm Catat Keputusan 6a Ke Atas

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 115 hits
Keputusan itu lonjakan luar biasa bagi pencapaian keseluruhan anak anak YKM berbanding SPM 2023 Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia Ismail Sabri Yaakob menyampaikan hadiah kecemerlangan SPM 2024 kepada Isma Daniel Khairul Syakirin ketika me...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 275 hits
Minggu lalu Bank of Canada mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada paras 2 75 seperti yang dijangkakan Kenyataan yang dikeluarkan bersama keputusan tersebut bersifat neutral menekankan ketidaktentuan yang berterusan Sukar untuk mengekal...
Mcmc Rakam Percakapan Individu Dipercayai Hina Nabi Muhammad Agama Islam

Mcmc Rakam Percakapan Individu Dipercayai Hina Nabi Muhammad Agama Islam

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 112 hits
CYBERJAYA 24 April Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah merakam percakapan seorang individu yang memuat naik komen bersifat jelik melampau yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman aplikasi Facebook yang diper...
The Long Road Ahead For Spm Graduates

The Long Road Ahead For Spm Graduates

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 131 hits
SPM results are out today For many 17 year olds across the country this will be a day to remember For some it s the best day of their lives finally seeing the fruits of their sleepless nights the tuition marathons and the prayers of hopeful...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Masak Kicap Ikan Mackerel

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Android And Wear Os Are Getting A Big Refresh

Boleh Jadi Kecewa Hari Ini Adalah Jalan Pintas Tuhan Untuk Kau Temui Bahagia Yang Sebenar Nanti

Orang Melayu Terbahagi 4

Jangan Mudah Meminta Cerai

Boleh Ke Pesakit Tiroid Makan Tempe Ini Jawapannya

Nasi Beriani Wak Gondan Yong Peng