Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


Alhamdulillah Tahniah Adam Iman 
Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog KakYa. Apa khabar semua petang ni. KakYa doakan semua berada dalam keadaan sihat walafiat. 

Hari ni KakYa nak kongsi sesuatu yang sangat dekat dengan hati KakYa. Rasa sebak, syukur, bangga… semua bercampur jadi satu. Alhamdulillah syukur Ya Allah, anak KakYa Muhammad Adam Iman Suhaimi dah dapat keputusan SPM 2024 pagi tadi. Syukur Ya Allah – 5A 4B 1C.

Ya Allah masa dapat bukak sistem dan klik keputusan tu tangan ni menggigil sikit sebab KakYa duk terkenang Matematik dia. Rasa berdebar sangat takut Matematik dia tak lulus sebab sebelum ni dia gagal Matematik. Nak tengok keputusan pon rasa cam takut. Tapi bila dah tengok, syukur alhamdulillah dia dapat C+ Matematik. 
Bila tengok keputusan tu, KakYa tak tengok huruf huruf tu sangat. KakYa nampak usaha. KakYa nampak ketabahan. KakYa nampak betapa Iman ni dah cuba yang terbaik. Dan untuk KakYa, itu dah cukup. Tak kisah ada B, ada C seketul yang penting Iman dah berusaha buat yang terbaik. 

KakYa tahu ramai yang rasa kalau tak dapat semua A, Ibu ayah mesti kecewa. Tapi percayalah, bukan semua ibu ayah fikir macam tu. Bagi KakYa dan encik suami, apa yang penting ialah usaha dan semangat Iman. Kami tahu Iman dah bagi 100% dan itu lebih dari cukup.

Iman, kalau Iman baca ni nanti Umi dan abah cuma nak Iman tahu kami sangat bangga dengan Iman. Setiap langkah yang Iman ambil, Umi dan abah akan ada di belakang Iman. Apa pun yang Iman pilih lepas ni, jangan takut nak cuba. Dunia ni luas dan Iman ada banyak peluang yang menunggu kat depan sana.

Kepada semua Ibu ayah yang sedang duk baca tulisan KakYa ni, KakYa nak pesan satu jer kat Ibu ayah ... kalau anak kita tak dapat semua A, peluk dia kuat-kuat. Beritahu dia yang kita bangga. Sebab keputusan bukan segala galanya tapi hati dan semangat tulah yang akan bawa dia pergi jauh. Peluk erat anak kita ..

Sekian kisah KakYa hari ni. Doakan Iman terus berjaya ya sahabat sahabat pembaca blog KakYa. KakYa doakan semoga anak anak kita semua dilindungi, dibimbing dan diberi kejayaan dunia akhirat. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di entri seterusnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2025/04/alhamdulillah-tahniah-adam-iman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Adam Iman

Dia Adam Iman

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 122 hits
Dia Adam Iman Bismillah Nama dia Muhammad Adam Iman bin Suhaimi Dia anak ke 2 KakYa Dia dari SMA Al Falah Esok dia bukan tunggu result SPM je Dia tunggu satu detik yang akan jadi kenangan dalam hidup dia SPM 2024 bukan noktah Ia cuma pembuk...
Menunggu Keputusan Spm Muhammad Adam Iman

Menunggu Keputusan Spm Muhammad Adam Iman

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 122 hits
Menunggu Keputusan SPM Muhammad Adam ImanAssalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog KakYa yang setia Hari ini KakYa nak coretkan sedikit kisah tentang anak kedua KakYa Muhammad Adam Iman yang sekarang ni sedang berada dalam...
Adam Adli Tewas Jawatan Timbalan Ketua Pkr Hang Tuah Jaya

Adam Adli Tewas Jawatan Timbalan Ketua Pkr Hang Tuah Jaya

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 128 hits
Adam Adli dan Shamsul Iskandar Akin mengalami nasib berbeza pada pemilihan di PKR Hang Tuah Jaya semalam PETALING JAYA Ketua Pemuda PKR Adam Adli tewas jawatan timbalan ketua PKR Hang Tuah pada pemilihan parti semalam Timbalan menteri belia...
Dah 24 Tahun Menetap Di Malaysia Mark Adam Takkan Lucut Kerakyatan Filipina

Dah 24 Tahun Menetap Di Malaysia Mark Adam Takkan Lucut Kerakyatan Filipina

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 139 hits
Meskipun sudah 24 tahun menetap di Malaysia penyanyi dan pelawak Mark Adam menyatakan dia tidak akan melucutkan kerakyatan Filipina Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah berkata keputusan itu dibuat atas dasar prinsip dan kecin...
Apa Pendapatan Saya Tu Rezeki Mak Ayah Iman Troye Tak Kisah Bagi Semua Duit Gaji Pada Ibu

Apa Pendapatan Saya Tu Rezeki Mak Ayah Iman Troye Tak Kisah Bagi Semua Duit Gaji Pada Ibu

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 116 hits
Bukan sekadar penyanyi comel bersuara lunak Iman Troye juga seorang anak yang penuh rasa hormat dan percaya pada ibu bapa Dalam sebuah sesi temu bual bersamanya penyanyi lagu Teman ini meluahkan pendapat tentang isu buli yang semakin membim...
Sambutan Lewat Birthday Kc Iman Di Kafe Heavenly Meal

Sambutan Lewat Birthday Kc Iman Di Kafe Heavenly Meal

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 149 hits
Akhirnya dapat kami raikan hari lahir KC Iman walau lewat 6 hari tak macam tahun lepas cuma dapat bersahur pun kat kedai mamak Kiranya ada 2 tarikh lahir dalam bulan Mac habibi pada 1 Mac raikan di dan hari lahir KC Iman pula pada 1 Syawal ...
Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 192 hits
Melaka 13 April Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abdul Halim menerima tamparan hebat apabila tewas dengan majoriti besar dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat peringkat Cabang Hang Tuah Jaya ...
Phone Tak Ada Password Mark Adam Tak Kisah Isteri Pegang Tengok Apa Dalam Telefon

Phone Tak Ada Password Mark Adam Tak Kisah Isteri Pegang Tengok Apa Dalam Telefon

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 139 hits
Kalau kita tengok pasangan selebriti mesti ada yang kita tertanya eh macam mana boleh bertahan lama ye Tapi kalau tanya Mark Adam dia akan jawab dengan jujur dan santai Komunikasi Lebih 16 tahun melayari alam perkahwinan dengan isteri terci...
Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm 2024

Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm 2024

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 155 hits
Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam SPM 2024 Tahniah untuk 8A 1B yang kamu perolehi Kejayaan tidak hadir dengan mudah Anak bongsu kami dari dua beradik jarak usianya dengan si abang adalah 7 tahun Setiap kali beralih usia tak pern...
Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi

Awis Spin Harapan Palsu Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penyedia Air Minum Atau Sekadar Label Saatnya Berbenah Dan Tunjukkan Kinerja Sejati

Kotak Kopi Eksklusif Tarik Perhatian Pembeli Seawal Pandangan Pertama

Hello Me 2025

Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi