Menulis Puisi Moden




Puisi sebagai Karya sastera mengemukakan Pemikiran melalui sentuhan emosi.Sebuah karya sastera yang bermutu adalah  jalinan yang harmonis di antara penggunaan bahasa, gaya penceritaan dan subjek yang disampaikan
Langkah menulis puisi:
1.    Menentukan ISI atau pemikiran
2.    Membina bentuk atau gaya pengucapan.
ISI ialah  apa yang hendak disampaikan. Isi adalah pemikiran yang akan menentukan tema seperti  ketuhanan, kemasyarakatan, kasih sayang, Seorang penyair akan menulis puisi tentang sesuatu yang difikirkannya penting. Oleh yang demikian Puisi adalah paduan atau gabungan sesuatu yang penting dan bahasa yang puitis.
BENTUK ialah bagaimana isi itu disampaikan. Alat yang digunakan untuk membentuk puisi ialah BAHASA.  Bahasa itu mestilah disusun atau digunakan dengan cara yang istimewa supaya memenuhi syarat atau ciri-ciri sebuah puisi.
Cara penyair menggunakan bahasa dikenali sebagai Gaya Bahasa yang menjadi identiti seorang penyair.
CIRI-CIRI SAJAK YANG BAIK.( NILAI ESTETIKA DLM PUISI) 
Sebagai rumusan boleh disimpulkan ciri-ciri bahawa puisi yang baik ialah:
·         Mengandungi Isi yang baik dan bermanfaat kepada pembaca
·         Merangsang Pemikiran dan Perasaan.
·         Menggunakan perkataan yang ekonomis, iaitu sedikit perkataan memperkatakan banyak perkara.
·         Setiap patah perkataan menjalankan fungsi bagi membawa maksud.
·         Gambaran yang mudah dibayang dan digambarkan

Ciri-ciri  Bahasa puisi.
Bahasa Puisi adalah susunan kata-kata yang istimewa untuk:
·         menyampaikan makna: melalui  Perlambangan (Metafora, Simile dan Personifikasi.)
·         menerbitkan kesan bunyi atau irama melibatkan unsur rima (rima akhir, rima awalan, dalaman) , asonansi dan aliterasi, ulangan perkataan , bilangan sukukata pada setiap baris dan bilangan baris pada setiap rangkap. Unsur bunyi lebih terikat dan teratur di dalam puisi tradisional. Namun begitu kesan irama  menambah nilai puitis dan estetika di dalam puisi moden di samping memperdalam maksudnya. 
Puisi mengguna perkataan yang ekonomis dan tidak membazir. Tidak membazir bermaksud menggunakan sedikit perkataan untuk menyampaikan banyak perkara. Bahasa Puisi mengandungi perasaan atau mudah menyentuh hati pembaca dan mengajak  pembaca turut merasa dan berfikir tentang apa yang ditulis.
Contoh pembinaan Bahasa Puitis.  
Penyair mahu menceritakan tentang seseorang yang hidup di dalam kesusahan dan terpaksa bekerja kuat.
Ayat pertama:
“Dia orang susah yang hidup dalam kemiskinan dan terpaksa bekerja keras”.
 Ayat ini bukan bahasa puisi kerana ia adalah satu kenyataan yang  tidak ekonomis kerana menggunakan banyak perkataan.
Ayat kedua:
“Dia menjalankan kehidupan”.
Ayat ini tidak  dapat menggambarkan apa-apa tentang orang yang diceritakan. Semua orang menjalani kehidupan dan tidak diketahui  adakah dia kaya atau miskin, bahagia atau menderita.
Ayat ketiga:
“ Dia melayari kehidupan” 
Ayat ini lebih hampir kepada bahasa puisi kerana Penyair menggambarkan kehidupan sebagai satu pelayaran. Dengan berkata demikian penyair memberi  banyak maklumat tentang hidup dan kehidupan. Penyair memberi gambaran bahawa dunia adalah umpama sebuah lautan dengan ombak dan badainya. Setiap orang mesti melayari kehidupan dengan hati-hati. Namun begitu ungkapan ini tidak memberi pertunjuk tentang keadaan dan perasaan orang yang digambarkan. Dia mungkin seorang saudagar kaya yang belayar dengan kapal besar atau seorang nelayan dengan perahu kecil.
Ayat ke empat:“Dia mendayung hidupnya”.
Ayat ini adalah bahasa puisi. Hanya dengan tiga patah perkataan Penyair menggambarkan bahawa hidup adalah satu pelayaran dan manusia berada di dalam perjalanan, sungai atau lautan. Dengan berkata dia mendayung hidupnya Penyair memberi maklumat tentang seorang yang terpaksa belayar dengan perahu kecil dan terpaksa terus mendayung agar tidak tenggelam atau hanyut di tengah lautan.. Kata mendayung membawa  gambaran bekerja kuat dan  berusaha. 
Ayat ke empat ini mengandungi unsur emosi  Rasa atau emosi yang tergambar dalam  ayat ini ialah sedih dan  susah kerana terpaksa menghadapi cabaran ombak dengan hanya menggunakan perahu kecil. Di sini juga terselit keinginan atau azam untuk pergi ke sebuah tempat bagi mendapatkan sesuatu. Hal ini melambangkan azam untuk meneruskan kehidupan. Keadaan daif ini menimbulkan perasaan kasihan di kalangan pembaca.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/06/menulis-puisi-moden-sajak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Make Over Ringkas Dengan Kos Bajet Dari Rumah Flat Biasa Kepada Gaya Moden

Panduan Make Over Ringkas Dengan Kos Bajet Dari Rumah Flat Biasa Kepada Gaya Moden

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 425 hits
Impian setiap wanita yang telah berkeluarga adalah memiliki rumah yang teratur kemas dan sedap mata memandang Hal ini bukan sahaja untuk kepuasan peribadi sesorang malahan untuk keselesaan keluarga dan tetamu yang datang Seperti seorang wan...
Ramai Yang Suka Lelaki Ini Transform Bilik Suram Sehingga Tampak Moden

Ramai Yang Suka Lelaki Ini Transform Bilik Suram Sehingga Tampak Moden

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 558 hits
Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai idea serta konsep bagi mengubahsuai rumah dan bilik membanjiri laman media sosial pada masa kini Selain memberi kepuasan kepada diri sendiri ia sebenarnya boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk...
Pukau Moden Boleh Angkat Pencuri Jadi Hero Kata Dr Mahathir

Pukau Moden Boleh Angkat Pencuri Jadi Hero Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 326 hits
Pukau moden boleh angkat pencuri jadi hero kata Dr Mahathir Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Jun 2020 2 42
Perggh Pelajar Tak Kisah Digelar Pengemis Zaman Moden Setelah Dapat Peluang Naik Kereta Mustang Wak Doyok

Perggh Pelajar Tak Kisah Digelar Pengemis Zaman Moden Setelah Dapat Peluang Naik Kereta Mustang Wak Doyok

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 423 hits
Pelajar tak kisah digelar pengemis zaman moden setelah dapat peluang naik kereta Mustang Wak Doyok Janji harus ditepati Syakir memerlukan 20 000 retweet untuk merealisasikan impiannya IMPIAN bakal menjadi nyata Begitulah gambaran kisah seor...
Selangor Lancar Mentor Agro Bimbing Petani Moden

Selangor Lancar Mentor Agro Bimbing Petani Moden

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 405 hits
SHAH ALAM 6 JUN Kerayaan Negeri akan melancarkan Mentor Agro Selangor dalam tempoh terdekat kata EXCO pemodenan pertanian dan asas tani Ir Izham Hashim berkata seramai 10 petani dan penternak moden dilantik sebagai mentor dengan masing masi...
Puisi 68 Teruntuk Langit Yang Bercanda

Puisi 68 Teruntuk Langit Yang Bercanda

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 511 hits
Puisi Melayu Teruntuk Langit Yang BercandaKarya Mustaqim Jiwabila mendungyang diharapkanhujan bakal menuruntapi ternyata awancuma berpura pura murungbila cerlangyang disangkakanbiru yang tenangtapi dengan lekasnyahujan membuat kejutantetapi...
Pemikiran Kritis Melahirkan Puisi

Pemikiran Kritis Melahirkan Puisi

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 370 hits
APAKAH PEMIKIRAN KRITIS Puisi yang baik bermula dengan munculnya sesuatu pemikiran yang kritis Pemikiran ini kemudian diolah menjadi isi puisi Seperti yang telah dinyatakan Isi adalah apa yang disampaikan melalui puisi yang berupa mesej ama...
Servis Menulis Content Di Page Facebook

Servis Menulis Content Di Page Facebook

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 443 hits
Servis menulis content di Facebook dari Penulis Upahan Servis menulis yang saya tawarkan adalah servis menulis di laman sosial Facebook Artikel lain Alhamdulillah selain menulis ayat iklan bagi pihak pelanggan Saya juga menulis content sosi...
Latih Anak Menulis Dengan Buku 125 Latihan Kawalan Pensel

Latih Anak Menulis Dengan Buku 125 Latihan Kawalan Pensel

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 402 hits
Latih anak menulis dengan buku 125 latihan kawalan pensel Sebenarnya ada banyak cara untuk kita latih anak menulis Walaupun penggunaan buku sangat banyak digunakan oleh The post appeared first on
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The British Museum A Cornerstone Of History And Knowledge

Dipanggil Temuduga Kerja Kerajaan Jangan Cuak Ca Ada Tips Untuk Korang

Thomas Arya Rindu Mengusik Kenangan Chord

Ringgit Rises As Markets Eye Us Tariff Moves

Court Maintains Peter Anthony S Conviction For Forgery

Is Kj S Keluar Sekejap Podcast Losing Its Appeal After An Alarming Slump In Viewership Detected