Menuju Pru15 Pemimpin Umno Berebut Kedudukan Dalam Parti



Minderjeet KaurPuak di pihak Ismail Sabri Yaakob mahu pemilihan parti diadakan segera, manakala puak lain, yang berada di pihak Ahmad Zahid Hamidi, lebih cenderung pemilihan diadakan selepas PRU.PETALING JAYA: Tekanan semakin besar dalam Umno apabila ahli-ahli berebut kerusi dan jawatan dalam parti, di samping cuba memilih pihak yang tepat untuk disokong ketika mereka mendesak pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini, menurut orang dalam parti.
Dua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memberitahu FMT, terdapat dua puak dalam parti itu: mereka yang rapat dengan Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob, yang juga Perdana Menteri, berharap beliau akan menyegerakan pemilihan parti; dan pihak yang bersekutu dengan Presiden Ahmad Zahid Hamidi mahu pemilihan diadakan selepas PRU ke-15.
Mereka di pihak Ismail mahu pemilihan parti diadakan awal dengan harapan beliau akan menjadi Presiden, dan dengan itu, mempunyai kata putus dalam memilih calon PRU.
“Jika Zahid kekal sebagai presiden, mereka takut mungkin tidak akan dipilih sebagai calon,” kata seorang pemimpin Umno. Seorang lagi pemimpin yang enggan dinamakan berkata, beberapa ahli parti berharap PRU15 diadakan menjelang pertengahan tahun, yang mereka rasakan masa yang sesuai.
“Berdasarkan keputusan pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Sarawak, kita tahu Pakatan Harapan (PH) berada pada tahap paling lemah. Begitu juga Bersatu.
“Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam meningkatkan ekonomi. Semua ini menjadi dorongan PRU diadakan segera kerana ini akan menguntungkan Umno,” katanya.
Beliau mengakui bahawa “pengkhianatan dijangka berada pada tahap paling tinggi” kerana para pemimpin berpecah kepada dua puak.
“Ahli Parlimen sedar mereka perlu menyokong pihak yang tepat kerana Umno dijangka memperoleh kemenangan lebih besar pada PRU15, dan mereka tidak mahu ketinggalan,” katanya.
Dominasi Umno dalam politik negara pertama kali tergugat pada 2008 apabila pakatan pembangkang, yang ketika itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat, memenangi kuasa di lima negeri utama, diikuti dengan kejatuhannya pada 2018 apabila parti itu dan sekutunya dalam BN kehilangan kuasa di peringkat persekutuan.
Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan berpendapat, PRU akan diadakan tahun ini.
“Kebimbangan mengenai wabak (Covid-19) kini rendah, manakala kerajaan masih tidak dapat merangka dasar awam yang kukuh kerana mereka bukan kerajaan yang dipilih secara demokratik,” katanya, merujuk kepada kerajaan semasa yang memegang kuasa selepas Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, Umno percaya parti itu kini mendapat sokongan rakyat yang cukup untuk memastikan kemenangan besar, berbeza dengan keputusan pada 2018.
Namun, isu pemilihan dalam Umno masih belum selesai.
“Mereka yang tidak menyokong Zahid berisiko digugurkan oleh presiden itu bagi PRU15. Mereka mahu Zahid diganti secepat mungkin. Desakannya kuat,” katanya.
Beliau berkata, Zahid mungkin akan “menghapuskan musuh-musuhnya dalam Umno” dan pesaingnya di puak lain tahu kedudukan Zahid masih kukuh walaupun liabilitinya tinggi.
Zahid sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan dana Yayasan Akalbudi, dan menerima rasuah bagi pelbagai projek semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.
Azmi juga berkata, faktor “feel good” dicetuskan oleh langkah meluluskan undang-undang anti lompat parti pada sidang parlimen pada Mac atau sebelum PRU15 juga akan membantu meraih kepercayaan rakyat.
“Keadaannya sama seperti apabila Dewan Rakyat meluluskan pindaan perlembagaan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. Faktor ‘feel good’ seperti itu membantu meraih sokongan,” tambahnya.
Tambahan, kerajaan mungkin cuba menjadikan penurunan angka kemasukan ke hospital sebagai petunjuk bahawa Covid-19 terkawal, mengikut cadangan penasihat perubatan tertinggi kerajaan Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci.
“Angka-angka ini mungkin menanam keyakinan rakyat,” katanya.
Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura meramalkan konfrontasi akan timbul antara kedua-dua puak dalam Umno itu tidak lama lagi.
Beliau berkata, secara azalinya Ismail cenderung mendesak pemilihan parti diadakan semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri.
“Kedua-dua puak mungkin menggunakan pelbagai taktik, termasuk menawarkan jawatan bagi mendapatkan sokongan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/menuju-pru15-pemimpin-umno-berebut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohon Parti Lain Elak Komen Bagi Pihak Umno

Mohon Parti Lain Elak Komen Bagi Pihak Umno

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 214 hits
Tanpa mengurangkan hormat kepada Presiden PAS saya menganggap kenyataan beliau mengenai pendirian majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi sebagai kenyataan yang kurang wajar dikeluarkan oleh pimpinan parti lain Sepertimana tidak wajar saya men...
Pemimpin Umno Dan Projek Tambak Laut Melaka

Pemimpin Umno Dan Projek Tambak Laut Melaka

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 211 hits
Sebelum pilihan raya negeri Melaka pada November lalu kerajaan negeri yang diketuai Sulaiman Md Ali mendesak pelaksanaan projek penambakan mega yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka Meliputi 33km pesisir pantai dan lapa...
Yang Terpukul Ialah Umno Khaled Luah Dilema Dihadapi Parti

Yang Terpukul Ialah Umno Khaled Luah Dilema Dihadapi Parti

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 150 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak mempunyai banyak pilihan dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada untuk membuat rombakan menggantikan Jemaah Menterinya yang gagal kata Mohamed Khaled Nordin Naib Presiden Umno i...
Pemimpin Umno Cuba Perjudikan Kwsp

Pemimpin Umno Cuba Perjudikan Kwsp

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 216 hits
PEMIMPIN UMNO cuba memperjudikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja apabila terus mendesak institusi itu mengeluarkan dana simpanan kepada pencarumnya Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata jika dana itu terus dibenarkan untuk di...
Pemimpin Pas Tidak Perlu Ajar Umno Lebih Baik Jika Bersopan

Pemimpin Pas Tidak Perlu Ajar Umno Lebih Baik Jika Bersopan

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 258 hits
agendaily com1 1 2022Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan mengulas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu Muafakat Nasional Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan mengingatkan PAS supaya bersopan dalam men...
Pru15 Pertembungan Pas Umno Bakal Berlaku Di Lima Negeri

Pru15 Pertembungan Pas Umno Bakal Berlaku Di Lima Negeri

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 205 hits
Iskandar Hasan Tan AbdullahPensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM KelantanJanuary 9 2022Sejak mutakhir ini warna warni politik negara ini semakin menarik Mana mana gabungan parti yang ingin kemenangan perlu m...
Usah Berlagak Seperti Jurucakap Tak Bertauliah Umno Ketua Bahagian Beritahu Hadi

Usah Berlagak Seperti Jurucakap Tak Bertauliah Umno Ketua Bahagian Beritahu Hadi

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 171 hits
Bersungguh benar nampaknya kerajaan memberi hujah berhubung keengganannya membenarkan pencarum mengeluarkan wang RM10 ribu daripada simpanan KWSP Semalam dalam perutusan khasnya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghuraikan beberapa jeni...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Arab Ta If Al Aqsa

Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa