Pru15 Pertembungan Pas Umno Bakal Berlaku Di Lima Negeri


Iskandar Hasan Tan Abdullah
Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan
January 9, 2022Sejak mutakhir ini, warna-warni politik negara ini semakin menarik. Mana-mana gabungan parti yang ingin kemenangan perlu memikirkan untuk diadakan pilihan raya umum (PRU) sebelum Jun ini. Ini amat penting supaya sentimen politik semasa masih panas lanjutan kisah suka duka politik tahun lalu.
Tambahan pula, undi secara automatik bagi mereka yang berumur 18 tahun (Undi18) baru disenaraikan sekiranya Parlimen bubar sebelum Mac ini. Mengambil kira beberapa faktor persediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan situasi negara, berkemungkinan senarai data pengundi berumur 18 tahun mempunyai kelompangan.
Ini mampu menyebabkan pengundi berumur 18 tahun ke atas buat pertama kali mengundi akan mempunyai beberapa isu yang bakal bangkit nanti.
Tetapi paling menarik, bukan pengundi 18 tahun, tetapi gabungan parti yang mungkin bakal wujud. Gabungan pertama adalah Barisan Nasional (BN) terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan sebagainya. Gabungan kedua, Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Diikuti gabungan ketiga iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan sebagainya.Seterusnya gabungan ketiga, Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS, Gerakan, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan sebagainya.
Terakhir adalah gabungan kumpulan parti kelima iaitu Gerak Independent Movement, Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Cinta Sabah, Parti Sosialis Malaysia dan sebagainya.
Muafakat Nasional (MN) sudah menemui penghujung jalan disebabkan berlaku beberapa siri rundingan yang gagal memuaskan hati antara PAS dan UMNO. UMNO sebenarnya inginkan kesetaraan dan bukan didominasi oleh mana-mana parti yang ingin bergabung dalam BN.
Ini menyebabkan pembahagian kerusi dalam PRU15 untuk mengelak pertembungan antara PN dan BN tidak dapat dibuat. Terbukti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan pertandingan antara BN dan PN telah memberikan kelebihan kepada UMNO dan MCA.
Kini, sama ada PAS atau UMNO perlu menerima realiti perebutan kerusi mungkin bakal berlaku di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak dan Pahang. PAS perlu memikirkan strategi alternatif untuk bersama PN, bukannya dengan BN lagi.
Hakikatnya, UMNO kurang mampu menerima Bersatu atas beberapa insiden seperti PRN Sabah 2020 dan krisis politik Perak. Hasilnya, UMNO memberikan peluang kepada PAS sama ada ingin bersama BN atau PN. Jika PAS memilih Bersatu untuk bersama PN, maka secara tidak langsung UMNO tidak akan menerima PAS lagi.
Hakikatnya, realiti perpecahan parti Melayu Islam tidak mampu lagi dielakkan.
MANIFESTO
Apa yang disyorkan adalah gabungan kumpulan parti keempat perlu diwujudkan satu konsesi bersama dalam menghadapi PRU15. Jika MUDA bertanding sendirian, maka akan menemui kegagalan. Begitu juga Warisan, Putera dan Pejuang.
Gabungan parti keempat ini perlu sedar bahawa bersendirian akan menyebabkan strategi kurang berkesan. Ini disebabkan jentera parti sendirian akan memakan kos yang tinggi dan berkemungkinan hilang wang deposit. Berbanding bersatu dalam gabungan parti yang mempunyai kesefahaman akan memudahkan lagi penyusunan jentera parti semasa PRU.
Strategi bersama dengan satu kefahaman memungkinkan satu manifesto dirangka bersama bagi meyakinkan rakyat untuk memenangi seberapa banyak kerusi dipertandingkan dan bukannya kemenangan untuk membentuk kerajaan. Jika gabungan parti keempat ini berjaya memperoleh sejumlah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), ini mampu membawa kepada rundingan bersama dalam membentuk kerajaan dengan gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti tetapi tidak mampu membentuk kerajaan. Hakikat ini perlu diterima oleh gabungan parti keempat.
Gabungan parti kelima juga perlu jika ingin memberi tentangan hebat. Jika bersendirian maka jawapannya juga kegagalan. Matlamat gabungan parti kelima adalah memecah undi dan memberi tentangan hebat, bukannya sebagai king maker.
Jika gabungan kumpulan kelima ini mampu bersatu dan bersama maka akan memberi satu kelebihan untuk mereka dalam membuat satu manifesto dan perjanjian dengan rakyat jika mampu menang dalam beberapa kerusi dipertandingkan.
Terpulang pada rakyat untuk memilih atau tidak supaya satu suara oposisi berlainan dengan PH, PN dan BN walaupun diterajui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti kecil yang mampu memberikan satu jalan alternatif kepada kumpulan berfahaman minoriti dalam aliran majoriti negara ini.
Mahu tidak mahu, kelima-lima gabungan parti politik ini perlu ada satu pakatan perjanjian untuk kelangsungan hidup dalam politik sebelum, semasa dan selepas berakhir PRU15 nanti. Walaupun nampak mustahil tetapi jika dilihat, terdapat satu keserasian aliran fahaman dan kesepakatan antara matlamat dan perjuangan.
Tidak salah jika wujudnya pertandingan lima penjuru kerana rakyat sudah matang dalam politik demokrasi negara ini. Retorik politik dan janji manis tidak akan memerangkap semula rakyat dalam ulangan cerita politik yang sama sejak berakhirnya PRU 2018.
Akhir sekali, hanya satu gabungan akan menerajui kepimpinan walaupun terpaksa berkongsi kuasa. Inilah realiti politik demokrasi negara ini. Apa yang penting adalah reformasi pentadbiran negara dalam konsep demokrasi sosial selaras perubahan zaman.
Hala tuju negara ini perlu jelas dan stabil, bukannya berpaksikan kepada gabungan perjanjian yang rapuh. Rakyat kini mengharapkan kepimpinan politik mampu memberikan manfaat kepada kehidupan rakyat. Pada masa sama, kerajaan perlu memikirkan perkembangan teknologi, perubahan kehidupan rakyat dan keberkesanan dasar kerajaan dalam melaksanakan janjinya kepada rakyat.

Dr Iskandar Hasan Tan AbdullahPensyarah Kanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/pru15-pertembungan-pas-umno-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Dijangka Bertembung Di 3 Negeri

Umno Pas Dijangka Bertembung Di 3 Negeri

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 200 hits
Umno dan PAS membentuk kerjasama menerusi Muafakat Nasional pada September 2019 sebagai persefahaman pilihan raya dengan matlamat utama untuk menyatukan undi Melayu Islam PETALING JAYA Ketidaksefahaman berhubung pembaha
Penganalisis Pas Masih Mampu Menang 3 Negeri Tanpa Umno

Penganalisis Pas Masih Mampu Menang 3 Negeri Tanpa Umno

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 194 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA PAS masih mampu menguasai tiga negeri yang ditadbirnya ketika ini iaitu Kelantan Terengganu dan Kedah walaupun parti itu bertembung dengan Umno dalam pilihan raya umum ke 15 menurut penganalisis politik Kamarul Za...
Siapa Tidak Ikhlas Pas Bersatu Atau Umno

Siapa Tidak Ikhlas Pas Bersatu Atau Umno

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 175 hits
January 5 2022 Setiap amal bermula dengan niat Itu syarat mendapat keredhaan Allah Demikian disimpulkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam dokumen perisytiharan politik partinya Baginya adalah perlu pencerahan ini dibuat kerana ada ka...
Dua Menteri Bersatu Seorang Dari Umno Bakal Digugurkan

Dua Menteri Bersatu Seorang Dari Umno Bakal Digugurkan

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan perbincangan empat mata dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan rombakan kabinet membabitkan dua orang Menteri dari parti tersebut
Pemimpin Pas Tidak Perlu Ajar Umno Lebih Baik Jika Bersopan

Pemimpin Pas Tidak Perlu Ajar Umno Lebih Baik Jika Bersopan

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 243 hits
agendaily com1 1 2022Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan mengulas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu Muafakat Nasional Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan mengingatkan PAS supaya bersopan dalam men...
Hiburan Bakal Timang Anak Kedua Eyra Hazali Hamil Lima Bulan

Hiburan Bakal Timang Anak Kedua Eyra Hazali Hamil Lima Bulan

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 205 hits
Pelakon mengumumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan cahaya mata kedua bersama suami yang merupakan penjaga gol Johor Darul Ta zim Muhammad Haziq Nadzli Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina binti Hazali berkongsi berita gembira itu...
No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 250 hits
Umno Supreme Council member Puad Zarkashi says PAS views the unification of the ummah as a political gimmick PETALING JAYA No one should be surprised if PAS deserts Bersatu one day as it did Umno in Muafakat Nasional says Umno Supreme Counc...
Prn Johor Untuk Lumpuhkan Pengaruh Ismail Muslihat Paksa Pru15 Sebelum Pemilihan Umno

Prn Johor Untuk Lumpuhkan Pengaruh Ismail Muslihat Paksa Pru15 Sebelum Pemilihan Umno

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 272 hits
SHAHBUDIN HUSINMenjadi perbualan hangat di seluruh negara bahawa PRN Johor akan diadakan dalam waktu terdekat ini mungkin dalam tempoh hanya sebulan dua akan datang saja lagi Dua faktor dilaporkan sebagai sebab mengapa Umno mahu menyegeraka...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep