Pemimpin Umno Dan Projek Tambak Laut Melaka


 
Sebelum pilihan raya negeri Melaka pada November lalu, kerajaan negeri yang diketuai Sulaiman Md Ali mendesak pelaksanaan projek penambakan mega yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ).
Meliputi 33km pesisir pantai dan lapan kawasan pilihan raya, kerajaan negeri berjanji untuk menarik pelaburan berbilion ringgit.
Projek mega itu turut dimasukkan dalam manifesto BN pada pilihan raya itu.
Dengan pembinaan projek yang dijangka meliputi 25,000 ekar tanah, ia akan mewujudkan perubahan drastik kepada pantai Melaka.
Kebimbangan terhadap projek itu dibangkitkan semasa pilihan raya negeri, terutamanya berkaitan impaknya terhadap perikanan.
Pada masa ini, projek tebus guna Klebang yang baru di bawah pelan tindakan M-WEZ sedang dalam peringkat penilaian impak alam sekitar (EIA).
Semakan Malaysiakini terhadap laporan EIA dan profil pemaju mendapati pemimpin Umno dikaitkan dengan projek itu.
Dua veteran Umno Melaka, timbalan pengerusi Umno negeri, Mohamad Ali Mohamad dan bekas timbalan exco, Ghazale Muhamad, terlibat secara langsung.
Mohamad Ali, 57, juga adalah senator dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara sekarang.
Syarikat di bawah Mohammad Ali dan Ghazale memiliki kawasan konsesi di bawah projek yang dicadangkan.
Syarikat mereka dianugerahkan 300 ekar tanah ketika tempoh BN/Umno memerintah kerajaan negeri dan Ghazale adalah timbalan exco yang menyelia hal-hal berkaitan.
Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang kemungkinan berlaku konflik kepentingan.
Firma tidak aktif dianugerahkan kawasan konsesi
Menurut laporan EIA yang dikemukakan oleh Konsortium Pembangunan Tanah Laut (Melaka) Sdn Bhd, cadangan projek penambakan itu – yang dinamakan sebagai Projek AJA – terletak kira-kira 5km dari Pekan Klebang, Melaka Tengah.
Dokumen lampiran daripada laporan EIA menunjukkan bahawa kerajaan BN terdahulu menganugerahkan 300 ekar (saiz kira-kira 226 padang bola) kawasan konsesi penambakan kepada empat syarikat.
Perjanjian itu ditandatangani antara Jun 2016 dan Februari 2017.
Empat syarikat itu ialah Dewi Pertiwi Development Sdn Bhd (DPDSB), Golden Straits Development Sdn Bhd (GDSSB), Nusa Waja Sdn Bhd (NWSB) dan BBM Ventures Sdn Bhd (BBM).
Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), empat syarikat itu berada dalam status tidak aktif dengan maklumat kewangan terkini mereka menunjukkan pendapatan mereka sebagai “sifar”.
Daripada empat syarikat itu, BBM mempunyai status kewangan yang paling teruk apabila menanggung kerugian sebanyak RM107,699 pada 2016.
Berdasarkan profil masing-masing, BBM berurusan dengan cari gali mineral manakala yang lain terlibat dalam perniagaan tebus guna tanah.
NWSB paling lama ditubuhkan iaitu pada 2007 manakala BBM hanya ditubuhkan pada Januari 2015, dua tahun sebelum ia dianugerahkan kawasan konsesi berkenaan.
Syarikat dikawal oleh Mohamad Ali dan isteri
Maklumat dari SSM mendedahkan bahawa Mohamad Ali dan isterinya Rosefouziah Salleh adalah pemegang saham empat syarikat itu.
Pasangan itu memiliki sepenuhnya tiga syarikat iaitu DPDSB, GSDSB dan NWSB.
Pada pilihan raya negeri baru-baru ini, Mohamad Ali, yang membuat penampilan sulung sebagai calon BN, tewas dengan majoriti 530 undi di kawasan Sungai Udang.
Bagi BBM Ventures pula, selain Mohamad Ali dan isterinya, bekas Adun Rim, Ghazale juga disenaraikan sebagai pemegang saham.
Veteran Umno itu memegang 40 peratus kepentingan dalam syarikat itu manakala selebihnya dimiliki oleh Mohamad Ali dan isterinya.
Semakan dalam talian mendapati Ghazale dilantik sebagai timbalan exco kewangan, tanah, perancangan ekonomi pelaburan dan perindustrian selepas PRU13 semasa Idris Haron menjadi ketua menteri pada 2013.
Dalam tempoh yang sama, Ghazale merupakan timbalan exco bagi hal-hal berkaitan pembangunan sungai, pantai dan pulau Melaka.
Perlu diingatkan bahawa kawasan konsesi dianugerahkan oleh unit perancang ekonomi negeri (UPEN) di bawah pejabat ketua menteri.
Memandangkan Ghazale adalah timbalan ketua menteri dalam mengendalikan isu-isu tersebut, ia membawa kepada persoalan kemungkinan berlaku konflik kepentingan.
Selepas kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) pada 2020, Ghazale dilantik sebagai timbalan speaker DUN sehingga ia dibubarkan pada Oktober lalu.
Kerajaan negeri berjanji dapatkan kelulusan
Mengikut perjanjian yang ditandatangani oleh pemaju dan kerajaan negeri, sebaik sahaja projek tebus guna itu siap, kerajaan negeri akan menerima satu perenam bahagian tanah tebus guna itu. Tanah-tanah ini akan menjadi “tanah kerajaan”.
Sementara itu, jika pemaju meminta bantuan, kerajaan negeri akan membantu syarikat mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk memastikan projek yang dicadangkan itu “diluluskan dan disahkan dengan cepat oleh pihak berkuasa yang berkaitan”.
Gene & Quin Holdings Sdn Bhd, salah sebuah syarikat induk pemaju projek, mengumumkan di laman webnya bahawa projek itu akan terdiri daripada kawasan perumahan, kawasan komersial, pembangunan marin pinggir laut dan kemudahan kapal layar tepi laut.
Malaysiakini telah menghubungi Mohammad Ali, Ghazale dan Gene & Quin Holdings (syarikat induk Konsortium Pembangunan Tanah Laut (Melaka) untuk mendapatkan komen.
Semasa pilihan raya negeri Melaka, BN berjanji untuk melaksanakan projek M-WEZ yang disifatkan sebagai “game-changer” kepada ekonomi negeri.
Bagaimanapun, PH dan Perikatan Nasional (PN) menentang projek itu dengan alasan ia akan memberi kesan kepada aktiviti perikanan tempatan.
Sumber – Malaysiakini.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/pemimpin-umno-dan-projek-tambak-laut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setuju Tak Kita Ni Bangsat Pemimpin Terkini Umno Setuju Tak Jika Anda Dituduh Sebegitu

Setuju Tak Kita Ni Bangsat Pemimpin Terkini Umno Setuju Tak Jika Anda Dituduh Sebegitu

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 157 hits
kenalah terima hakikat dan tanggungjawab dan mengaku bangsat Tanya diri sendiri yang korup tapi menafikan korup tapi belum terdedah korup tapi bertopeng suci dan mulia Korup tu bukan setakat makan rasuah makan babi tetapi segala hentuk akhl...
Report Two Umno Leaders Have Ties To Mega Reclamation Project Party Pushed For During Melaka Election

Report Two Umno Leaders Have Ties To Mega Reclamation Project Party Pushed For During Melaka Election

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 257 hits
Two Umno politicians were directly involved in the Melaka Waterfront Economic Zone Malaysiakini reported that Umno duo Dewan Negara Deputy President Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad and former Melaka Deputy Speaker Datuk Ghazale Muhamad both ...
Timbalan Presiden Umno Sanggah Projek 5g Oleh Dnb Jangan Percaya Umno Kaki Putar Alam

Timbalan Presiden Umno Sanggah Projek 5g Oleh Dnb Jangan Percaya Umno Kaki Putar Alam

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 235 hits
Kerajaan telah menubuhkan Digital Nasional Berhad untuk melaksanakan perlaksanaan jaringan 5G Syarikat SPV milik penuh Kementerian Kewangan telah diperuntukkan spectrum 5G secara percuma dan eksklusif Ia kemudian akan dijual kepada syarikat...
Untuk Kesekian Kalinya Jujurlah Sikit Pemimpin Umno

Untuk Kesekian Kalinya Jujurlah Sikit Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 177 hits
Rakyat siang malam memikirkan bagaimana mahu berdepan masa depan yang semakin sulit Jaminan pekerjaan dan ekonomi keluarga Isu pendidikan anak anak dan seribu macam persoalan kehidupan Sedangkan pemimpin bersilat menepis serangan politik Me...
Bukan Sahaja Umno Tetapi Pas Juga Terlibat

Bukan Sahaja Umno Tetapi Pas Juga Terlibat

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 160 hits
Cubaan pengambilan tanah Kg Baru secara paksa dgn harga murah tu bukan keputusan Umno sahaja kerana Pas pun ada dalam kerajaan hari ini Sekarang di mana para ulama Pas sedap sembang ni Dah tersedak sagon bersama mentega atau terkena penyaki...
Tengokkan Saja Spin Team Propa Umno Bila Nak Cover Line

Tengokkan Saja Spin Team Propa Umno Bila Nak Cover Line

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 195 hits
LIYANA MARZUKISiap buat poster katanya RM400skp untuk Flat PKNS Bersyukur je lah kata mereka Ada la geng broker tanah yang buat posting panjang2 Katanya tu rumah flat Terima jelah RM200k tu dan pindah keluar Ni saya nak rebut Laporan akhbar...
Terkini Menteri Umno Pertahan Anak Shahrizat Dilantik Pengarah Mdec

Terkini Menteri Umno Pertahan Anak Shahrizat Dilantik Pengarah Mdec

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 282 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa mempertahankan pelantikan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh anak kepada bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Ma...
Basikal Naik Kereta Naik Lrt Naik Era Umno Pm Barang Kalau Tak Naik Memang Tak Best

Basikal Naik Kereta Naik Lrt Naik Era Umno Pm Barang Kalau Tak Naik Memang Tak Best

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 188 hits
Kan rakyat pilih barang naik Cuma yg beza era BN ayam Naik makan itik Kahkahkah bodo Percuma Tak tahu ke itik lebih Mahal dari ayam
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time