Menuju 2019 7 Perkara Tentang Kehidupan Saya Harap Saya Pelajari 7 Tahun Yang Lalu



Setiap kali menjelang tahun baru, saya suka melihat semula kepada perjalanan saya pada masa lalu. Dari mana saya bermula dan di mana telah saya tiba. Tujuh tahun yang lalu saya seorang remaja berusia 18 tahun yang baru sahaja memulakan pembelajaran di pusat asasi universiti tempatan.
Banyak hal yang saya pelajari dari pengalaman, dari nasihat orang dan juga dari pilihan salah yang saya lakukan. Namun, kesemuanya amat bermakna buat diri saya.
#1- Belajar Satu Perkara Baru Setiap Hari
Tujuh tahun yang lalu, saya tidak menyedari bahawa terlalu banyak perkara yang boleh dipelajari dalam dunia ini, tidak kiralah suatu yang bersifat realiti atau subjektif.
Dunia bukan hanya tentang cabaran atau kesukaran, masih ada perkara-perkara yang menarik dan menggembirakan. Ia tidak semestinya perkara yang besar. Kita boleh sahaja belajar tentang perkataan baru dalam bahasa berlainan, atau menonton dokumentari sains yang ringkas, atau mungkin belajar bahasa isyarat?
#2- Apa Sahaja Boleh Berubah Dengan Cepat, Jadi Bersedia!
Setiap perkara yang ada di sekeliling kita berubah dengan cepat baik suasana, orang atau apa sahaja. Kita tidak dapat menahan perubahan. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Pada mulanya, proses ini mungkin terasa janggal dan sukar, tetapi bersabar dan percayalah bahawa kesemuanya akan baik-baik sahaja.
#3- Hargai Masa Bersama Keluarga
Masa akan menunjukkan siapa yang sebenarnya bernilai dalam hidup kita. Keluarga salah satunya. Merekalah yang selalunya akan ada di samping kita ketika susah dan senang. Cara mereka menunjukkan perhatian dan kasih sayang mungkin berbeza dengan rakan-rakan, namun mereka akan sentiasa ada di belakang kita.
Semakin meningkat dewasa, kita akan semakin dikejar komitmen dan urusan hidup yang lain. Hargailah setiap ruang waktu bersama mereka. Pastikan waktu tersebut benar-benar berkualiti tanpa gangguan gaget.
#4- Berani Menyatakan Pendapat
Saya membesar sebagai seorang yang tidak yakin apabila bercakap di hadapan orang. Dalam kebanyakan masa, saya hanya menyimpan pendapat dalam hati sahaja. Suatu pelajaran yang saya fahami sekarang- bahawa jika kita tidak bercakap, orang tidak akan tahu apa yang ingin kita sampaikan.
Jika kita menyatakan pendapat yang berlainan daripada pendapat umum sekalipun, itu tidak bermakna kita ingin memusuhi semua orang. Ia sekadar pendapat dan orang yang mendengar punya hak untuk menerima atau tidak. Kesimpulannya, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.

#5- Jangan Terlalu Keras Dengan Diri Sendiri
Usia belasan tahun adalah fasa di mana kita mula mencari identiti dan hala tuju diri sendiri. Kita suka untuk mencuba. Memang banyak kesilapan yang akan dilakukan, namun dari situ kita akan membesar menjadi seorang yang lebih matang dan bijaksana dalam memlilih jalan kehidupan.
Kita tidak perlu pun menyalahkan diri sendiri. Maafkan diri dan majulah dengan langkah lebih yakin dan percaya diri.
#6- Pilih Rakan Yang Boleh Membantu Ke Arah Pembangunan Diri
Rakan yang baik dapat membantu ke arah pembangunan diri. Setiap orang yang datang dalam kehidupan kita ada keistimewaan yang boleh kita pelajari. Usah malu untuk bertanya dan belajar daripada mereka.
#7- Keluar Daripada Zon Selesa
Kita tidak tahu apa yang akan kita jumpa apabila keluar daripada zon selesa. Seperti apa yang berlaku kepada saya setahun yang lalu. Ia bermula dengan hanya membuat carian di Google tentang kerja separuh masa sebagai seorang penulis dan penterjemah.
Ia akhirnya membawa saya kepada Tzkrh.com dan sekarang saya seorang editor sepenuh masa. Bayangkan apa lagi yang akan saya jumpa jika saya mula keluar dari zon selesa lebih awal!
Dari semasa ke semasa, kita perlu melakukan pembaharuan diri ke arah yang lebih baik. Sekalipun ada yang berpendapat bahawa azam tidak perlu tunggu tahun baru, namun tahun baru tetap suatu saat yang istimewa. Kita tidak melaluinya setiap hari. Mungkin ada sudut baru yang boleh diperbaiki atau ruang baru yang boleh kita ceburi. Kita sebenarnya mampu jika kita mahu!
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post Menuju 2019: 7 Perkara Tentang Kehidupan Saya Harap Saya Pelajari 7 Tahun Yang Lalu appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/menuju-2019-7-perkara-tentang-kehidupan-saya-harap-saya-pelajari-7-tahun-yang-lalu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermula Tahun 2019 Pusat Hiburan Ditutup Selepas Jam 1 Pagi

Bermula Tahun 2019 Pusat Hiburan Ditutup Selepas Jam 1 Pagi

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 584 hits
Satu berita yang agak menggembirakan walaupun ianya bukan kegembiraan yang mutlak Ini kerana Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad baru saja membuat pengumuman tentang penetapan peraturan baru yang akan dikuatkuasakan secara ketat bermul...
Menu Hi Tea Sempena Krismas Dan Tahun Baru 2019 Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Menu Hi Tea Sempena Krismas Dan Tahun Baru 2019 Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 618 hits
Menu Hi Tea Sempena Krismas dan Tahun Baru 2019 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam Assalamualaikum dan selamat sejahtera Lagi beberapa hari je kita nak bertemu dengan Hari Natal Hari Krismas dan juga Tahun Baru 2019 Cuti cuti ni apa kata kit...
Senarai Judul Buku Teks Kegunaan Tahun 2019

Senarai Judul Buku Teks Kegunaan Tahun 2019

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 1213 hits
Senarai Judul Buku Teks Kegunaan Tahun 2019 Berikut merupakan senarai judul buku teks bagi kegunaan tahun 2019 Senarai Judul Buku Teks Terbitan Baharu Arus Perdana Senarai Judul Buku Teks Cetakan Semula Arus PerdanaSenarai Judul Buku Teks T...
Senarai Public Holiday Tahun 2019

Senarai Public Holiday Tahun 2019

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 383 hits
Senarai public holiday tahun 2019 Pejam celik pejam celik dah semakin hampir ke tahun baru kan Mesti korang nak tahu tarikh tarikh untuk bercuti pada tahun hadapan pula Bukan kata cepat sangat tapi at least kita boleh buat sesuatu planning ...
9 Fakta Tentang Tahun Terburuk Dalam Sejarah Peradaban Manusia Baca Deh Supaya Bisa Lebih Bersyukur

9 Fakta Tentang Tahun Terburuk Dalam Sejarah Peradaban Manusia Baca Deh Supaya Bisa Lebih Bersyukur

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 241 hits
Buat yang mengira tahun 2018 ini saja sudah penuh bencana mungkin harus melihat bencana di tahun yang katanya terburuk dalam sejarah Bumi gelap gulita selama 2 tahun lebih saat itu
Rpt 2019 Kssr Tahun 6 Sejarah

Rpt 2019 Kssr Tahun 6 Sejarah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1088 hits
RPT 2019 KSSR Tahun 6 Sejarah Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah perkongsian kali ini diteruskan dengan Rancangan Pengajaran Tahunan Pengenalan Rancangan Pengajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pemb...
Rpt 2019 Kssr Tahun 6 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Rpt 2019 Kssr Tahun 6 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 811 hits
RPT 2019 KSSR Tahun 6 Teknologi Maklumat dan Komunikasi Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah perkongsian kali ini diteruskan dengan Rancangan Pengajaran Tahunan Pengenalan Rancangan Pengajaran Tahunan mengandungi secara ringk...
Microsoft Mungkin Akan Hadir Dengan Table Boleh Lipat Andromeda Pada Tahun 2019

Microsoft Mungkin Akan Hadir Dengan Table Boleh Lipat Andromeda Pada Tahun 2019

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 509 hits
Tablet Microsoft Surface sehingga hari ini tidak mempunyai port USB C kecuali tablet kelas pertengahan mereka iaitu Surface Go Akan datang Microsoft dilihat mungkin akan hadir dengan sebuah Surface Pro dengan USB C dan juga bingkai yang leb...
Program Linus Dihentikan Mulai Tahun 2019 Kppm

Program Linus Dihentikan Mulai Tahun 2019 Kppm

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 673 hits
KOTA KINABALU Program Saringan Literasi dan Numerasi yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan sejak 2009 akan dihentikan bermula tahun depan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin bagaimanapun berkata sekolah akan melaksanakan progra...
Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Dokumentasi Persaraan Borang Dokumen Perlu Disediakan