Menu Ramadan Tony Roma S Festive Delight
Menu Ramadan - Tony Roma's Festive Delight
Menu Ramadan - Tony Roma's Festive Delight | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, pastinya banyak restoran dan hotel sedang mengadakan promosi untuk berbuka puasa. Tony Roma's juga tidak ketinggalan untuk mengadakan promosi sempena bulan Ramadan dan Raya ini. Bertemakan "Festive Delight", Tony Roma's menghidangkan dua menu pilihan yang boleh anda pilih semasa berbuka puasa iaitu "Selera Iftar" dan "Meriah Meal". Kedua-dua menu pilihan ini termasuk "lamb ribs", "BBQ Chicken" dan "Beef Riblet" untuk anda nikmati
Menu Ramadan - Tony Roma's Festive DelightSelera Iftar (RM168.80)Untuk hidangan : 3-4 orangHidangan "Selera Iftar" ini sesuai untuk di makan dari tiga hingga empat orang. Dalam pinggan tersebut termasuk 'Lamb Ribs Roma RacK with Honey Plum Sauce', 'BBQ 1/2 Chicken', 'Beef Riblet with TR's Original Sauce', 'Coral Mix Salad', 'Corn on cob', 2 'hot bagutte' dan '4 cups soup of the day'. Menariknya, anda diberi pilihan untuk memilih sama ada '4 Mashed Potatoes' atau '4 Nasi'. Hidangan "Selera Iftar" ini berharga RM168.80 / nett
Menu Ramadan - Tony Roma's Festive Delight
Meriah Meal (RM258.80)Untuk hidangan : 5-6 orangPilihan seterusnya, adalah hidangan "Meriah Meal" yang sesuai untuk di makan dari lima hingga enam orang. Dalam pinggan tersebut termasuk 'Lamb Ribs Roma Rack with Honey Plum Sauce', 'BBQ 1/2 Chicken', '2 Slabs of Beef Riblet with TR's Original Sauce', 'Coral Mix Salad with Kickin' Shrimp', 3 'hot bagutte' dan '6 cups soup of the day'. Sama seperti Selera Iftar, anda diberi pilihan untuk memilih sama ada '6 Mashed Potatoes' atau '6 Nasi'. Hidangan "Meriah Meal" ini berharga RM258.80 / nett.
Menu Ramadan - Tony Roma's Festive Delight
Untuk kedua-dua hidangan ini, memang puas untuk anda makan, lagi-lagi untuk penggemar ribs dan ayam. Rasa Lamb Ribs Roma Rack memang sangat sedap ditambah pula dengan sos Honey Plum. Lagi-lagi dapat rasa Beef Riblet, dan makan pula bersama Mashed Potatoes. Memang recommended dan sangat berbaloi untuk anda makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Menu Ramadan - Tony Roma's Festive Delight
Menu Ramadan - Tony Roma's Festive Delight
Hidangan Terhad Set BBQ ChickenSelain dari hidangan Selera Iftar dan Merial Meal, Tony Roma's juga turut menghidangkan menu tawaran masa terhad yang anda boleh nikmati semasa berbuka puasa. Hidangan tersebut termasuk "Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken", "Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken" dan 'TR Original BBQ 1/4 Chicken".
Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken (RM30.90)1/4 Ayam Panggang BBQ bersama sos serai BBQ yang dihidangkan bersama jagung, coral salad dan piihan nasi atau Mashed Potatoes. Set ini memang anda wajib cuba kerana aroma dan rasanya memang ternyata kena dengan selera Momi.
Menu Ramadan - Tony Roma's Festive Delight
Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken (RM30.90) 1/4 Ayam Panggang BBQ bersama sos Tom Yum BBQ yang dihidangkan bersama jagung, coral salad dan piihan nasi atau Mashed Potatoes. Set ini memberikan sedikit kelainan dari kebiasaan, sebab ada rasa kepedasan Tom Yum yang pastinya kena dengan selera orang kita. Why not cuba kan?
Menu Ramadan - Tony Roma's Festive Delight
TR Original BBQ 1/4 Chicken (RM30.90)1/4 Ayam Panggang BBQ bersama sos TR's Original BBQ yang dihidangkan bersama jagung, coral salad dan piihan nasi atau Mashed Potatoes. Set ini bagi mereka yang sudah biasa dengan rasa sos original Tony Roma's, pastinya buat anda lepas rindu dengan rasanya. Pertama kali cuba, memang sedap! Yang belum pernah cuba, sila cuba ya.
Menu Ramadan - Tony Roma's Festive Delight
Sememangnya pilihan menu Festive Delight di Tony Roma's pastinya buat waktu berbuka dan hari raya anda penuh dengan kenikmatan rasa hidangannya. Set menu ini bermula dari 1 Mei 2019 hingga 30 Jun 2019 termasuk hujung minggu dan cuti umum. Inilah masa yang sesuai untuk anda mengeratkan silaturrahim bersama keluarga dan rakan-rakan, makan semeja dalam satu pinggan yang besar.
Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti media sosial mereka di Facebook, Instagram dan Twitter. Selamat menjamu selera guys
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2019/05/tony-romas-festive-delight.html