5 Gaya Masak Sambal Inspirasi Sambal Untuk Menu Ramadan Ni


Sajian sambal tradisional Melayu kini bukan sekadar hidangan di kampung lagi. Tengok aje hidangan sambal makin lumrah didapati dalam menu bufet dan sajian ala carte di hotel bertaraf 5 bintang dan juga di restoran ‘fine dining.’
Ni min kongsikan 5 variasi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap. Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan dalam dan luarnegara pun tau.
Boleh jadi inspirasi untuk sahur dan berbuka nanti
1. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN

BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahuluBahan dikisar:
10 biji cili merah10 biji cili padi2 ulas bawang putih1 biji bawang besar1 biji jus lemonGula secukup rasaGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
2. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN :
1 kuntum bunga kantan3 biji bawang kecil1 ulas bawang putih30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)10 biji cili padi1 biji jus limau nipisGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
3. SAMBAL SOTONG PETAI

BAHAN-BAHAN :
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) /dihiris kecil5 ulas bawang merah1/2 biji bawang besar /dikisar3 ulas bawang putih/dikisar15 biji cili kering/rebus dan dikisar200 gm petai /dibuang kulit dan belah1 asam kepingGula secukupnyaGaram secukupnyaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing.
2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka.
4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk sampingan, sambal
Keistimewaan : Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu.
INFO CHEF :Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap saiz sederhanaBahan sambal ikan bakar :
220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil2 sm belacan bakar150 gm bawang kecilGaram secukupnya2 sudu teh sos ikan2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya3 biji limau kasturi/ perah jusnya2 batang serai /dihiris halus1 sudu makan serbuk kunyit4 sudu makan minyak masakPencicah sambal belacan dan bawang :
5 biji cili merah2 biji cili padi1.5 sm belacan2 biji bawang kecil/dihiris nipisGula secukupnyaGaram secukupnya1/2 cawan air asam jawaCARA MEMASAK :
1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar benar masak dan garing.
5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
8.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
9.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
10.Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
11.Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya.
12.Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
13.Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
14.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan gril/panggang
Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan
Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
5. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana1 mangkuk kecil terung pipit5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air1 biji bawang besar/dihiris nipisGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/05/5-gaya-masak-sambal-inspirasi-sambal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Langkah Mudah Masak Resipi Ayam Masak Thai Tular Sempena Ramadan

5 Langkah Mudah Masak Resipi Ayam Masak Thai Tular Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 1246 hits
Bila tiba saja bulan Ramadan pasti para ibu pening fikirkan juadah untuk disajikan kepada keluarga dan tetamu yang datang ke rumah Kadang kadang sudah biasa makan masakan Melayu Apa kata jadikan masakan Thailand seperti dikongsi yang mengiu...
Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Kedua Dan Ramadan Ketiga

Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Kedua Dan Ramadan Ketiga

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 806 hits
hai assalammualaikumMenu Berbuka Puasa Hari Pertama Dan Kedua Dah masuk ramadan ke 11 ni baru nak cerita menu berbuka dari ramadan pertama sampai ke harini hahaha Almaklumla ramadan ni macam lemah sikit je nak buat kerja Bila dah nak menaip...
Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke Empat Kelima Dan Keenam

Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke Empat Kelima Dan Keenam

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 503 hits
hai assalammualaikumMenu Berbuka Puasa Ramadan ke Empat Kelima dan Keenam Hehehe saja je letak dalam blog kot la ramadan nanti boleh tengok blog ni semula bila dah mati kutu tak tau nak masak apa Menu nad biasa biasa je takda la susah mana ...
Menu Ramadan Tony Roma S Festive Delight

Menu Ramadan Tony Roma S Festive Delight

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 417 hits
Menu Ramadan Tony Roma s Festive DelightMenu Ramadan Tony Roma s Festive Delight Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Dalam bulan yang penuh keberkatan ini pastinya banyak restoran dan hotel sedang mengadakan promosi untuk berbuka puasa Ton...
Menu Istimewa Sempena Ramadan Di Mcdonald S Malaysia

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di Mcdonald S Malaysia

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1402 hits
Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald s MalaysiaMenu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald s Malaysia Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi Pastinya ramai yang sibuk mencari tempat tempat makan yan...
Pelbagai Menu Sajian Ibunda Di Iftar Ramadan Vivatel Hotel Kl

Pelbagai Menu Sajian Ibunda Di Iftar Ramadan Vivatel Hotel Kl

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 443 hits
Iftar Ramadan buffet lagi sekali kali ini ana memenuhi jemputan untuk satu program CSR anjuran salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur iaitu di Vivatel Kuala Lumpur Alhamdulillah seronok sangat dapat sama sama meraikan anak anak yatim ...
Resipi Ayam Masak Halia Menu Berbuka Puasa Atau Bersahur

Resipi Ayam Masak Halia Menu Berbuka Puasa Atau Bersahur

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 779 hits
Menu Berbuka Puasa Atau Bersahur Resipi Ayam Masak HaliaHari ini aku nak share resipi Ayam Masak Halia pula menu ayam masak halia ni boleh dimasak untuk berbuka puasa atau pun bersahur Semestinya menyelerakan gitu ikutkan aku jarang masa re...
Mcdonald S Hadirkan Menu Baru Di Bulan Ramadan Cek Harganya

Mcdonald S Hadirkan Menu Baru Di Bulan Ramadan Cek Harganya

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 265 hits
Associate Director McDonal s Indonesia Sutji Lantika menjabarkan rangkaian menu baru tersebut Di antaranya Paket Ayam Serundeng Spesial Sambal Terasi
Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap

Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 1632 hits
As Salam Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap Kemain update post bulan bulan puasa ni kann hehe Kalau korang rajin ikut update blog ni korang mesti perasan saya biasanya hanya akan kongsikan resepi resepi ya...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches

Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki