Menu Mudah Mudah Aje Ibu Masak
assalamualaikum 😃
sharing is caring kan ha ha ha ha ha... di pagi Jumaat ni, share pasal masak-masak ler
gigih tu amik gambar setiap kali lepas masak
susun lauk atas pinggan. susun pinggan atas meja makan 😅
tak senang wei jadi blogger ni ha ha ha ha ha..
bukan nak menunjuk pun, jgn la salah sangka ekk
saje suka-suka share
ntah-ntah jadik idea utk ibu-ibu yg now sedang serabut perut nak masak pe karang-karang
👌
sarapan nasi lemak di pagi Sabtu (1 Feb).
tengahari nyer, sambal & ayam goreng ada lagi, just tambah sup ayam.
dlm sup ayam tu saya masukkan kentang, carrot, suhun dan celery.
mlm nyer tu, kami gi shopping di Mydin
beli brg dapur. byk brg da abis. anak-anak pun memasing dah ada list sendiri what to buy
ais krim lah
kordial sirap lah
roti lah..
😄
ni plak menu makan tghari membawa ke makan mlm utk Ahad (2 Feb).
kebetulan mr.asben baru balik dari Terengganu, tu yg ada ketupat sotong.
kari daging tu memang kami beli dari ofismet mr.asben. ohsem 👍. memang buat stok.
umbut pisang tu yg buat kari tu ohsem. memang bertambah nasi 2-3 pinggan!
ahad tu kami tak ke mana.
saya menunggu TNB dtg utk tukar meter kpd smart meter.
dah sms dah buat temujanji. hu hu hu nan hado diorang dtg! 😒😒😒
esok-esok call lagi. almaklum la, weekdays kami takde, camno lah kan...
ni plak menu hari Isnin (3 Feb).
now Melaka dah jalani catu air
berselang hari ada air dan takde air
sepatutnya Isnin tu dijadualkan takde air dari kul 10 pagi
alhamdulillah, balik keje dlm kul 5.30 ptg tu, paip kat dapur ada air
apa lagi, bersilat la saya dgn secepat yg boleh masak ayam goreng kunyit berlada tu dgn taugeh goreng sos tiram
dlm kul 8 mlm gitu, time kami sedang makan, baru la air paip dapur stop
selasa nyer plak, ptg tu again, sampai je rumah terus menggeletek nak masak
takut air kat paip takde uolls!!
tau dah nak masak apa --> ikan siakap kukus limau
siakap sekor kat Mydin RM8.90. beli la sekor kan..
target nak kukus limau atau siakap tiga rasa.
hero of the day is the limau nipis!!! tu jer la 2 biji dah ada kat pokok tepi laman 😆.
menu Selasa (4 Feb). couple with ayam kunyit goreng berlada, baki skit dari semlm, kan...
Rabu is hari di mana mr.asben kasik saya cuti masak dinner.sebab ada 2 pasar mlm yg kami boleh beli makanan..
samada di Bukit Katil atau di pekan Durian Tunggal. it is time utk anak-anak merdeka memilih pe nak makan
tapi tu la.
bukan la nak masuk bakul angkat sendiri... Izzat pernah jawab pertanyaan saya bila saya bertanya dia nak beli apa kat pasar malam, begini jawapannya, "ibu masak kan lagi sedap..." 😆😆😆.
semlm masak ke Makcik Aida
takde pon gambar 😅 😆😆
mask ler uollsss... just sebab semlm puasa. lepas masak, dah tak larat nak amik gambar 😒 😄
✌ babai... have a nice weekend uolls
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/02/menu-mudah-mudah-aje-ibu-masak.html