Ibu Tunggal Terharu Terima Rumah Baru
MARANG, 12 Mac – Impian hampir 20 tahun seorang ibu tunggal, Linawati Alias, 40 untuk menduduki rumah yang lebih selesa, kini tercapai apabila menerima rumah baru tiga bilik dalam .
Linawati berkata, dia bersama lima anak tidak perlu lagi tinggal dalam keadaan lantai rumah yang hampir runtuh, dinding yang berlubang dan sering kali berhujan akibat atap yang bocor.
“Walaupun masih belum siap sepenuhnya, kami dijangka boleh mula menduduki kediaman ini menjelang syawal tahun ini.
“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pulau Kerengga yang bertungkus lumus bagi membantu dalam bantuan rumah ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman di rumahnya di Kampung Pulau Kerengga, baru-baru ini.
Sementara itu, Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang berkata, bantuan rumah ini adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar setelah melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.
“Pada permulaannya, satu siasatan bersama-sama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah dilakukan untuk pendaftaran eKaseh bagi mengambilkira syarat-syarat seperti berumur 40 tahun ke atas dan pendapatan perkapita ketua isi rumah serta mempunyai tanah sendiri.
“Kemudian pihak terbabit akan membentangkan masalah itu ke dalam mesyuarat jawatankuasa ‘Focus Group’ sebagai program rasmi membasmi kemiskinan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Marang.
“Buat masa ini, terdapat beberapa orang lagi penerima lain yang layak menerima bantuan bina baru rumah di bawah KPLB dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM),” tambahnya lagi. (Teganukita)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/ibu-tunggal-terharu-terima-rumah-baru.html