Menu Berpantang Untuk Mama Semuanya Sedap Sedap Belaka


Menu berpantang untuk mama, semuanya sedap-sedap belaka. Buat bakal-bakal mama atau yang sedang menjalani tempoh berpantang selepas bersalin, anda tentu sedang tercari-cari menu yang sesuai untuk dimakan dalam tempoh ini. Makanan yang berkhasiat ketika menjalani tempoh berpantang selama 44 hari amat penting bagi memulihkan diri.
Mama-mama yang pertama kali bersalin, mereka pasti akan melalui emosi sebegini, ‘asyik lauk yang sama je. Mana nak dapat zat.. mana nak keluar susu ibu.’ Haa.. jangan nak nafikan, pasti akan ada kata-kata sebegini kan waktu mak-mak berpantang kali pertama.
Anda mungkin rasa lemas dengan lauk berpantang yang sangat plain, ‘zuhud’ dan sama sahaja hampir setiap hari. Sebenarnya ada saja menu berpantang bersalin yang sihat dan berkhasiat. Cuma mak-mak perlulah kreatif mengolahnya agar tak mencampurkan makanan sejuk atau gatal yang boleh menyebabkan bentan.
Puan Nor Sofiah Hussin berkongsi menu berpantang sepanjang lebih dua minggu lepas melahirkan. Mama-mama yang sedang berpantang dan bakal berpantang pun boleh mencubanya.
“Siapa kata lauk dalam pantang tak best. Sedap tu. Siap menambah lagi. Saja nak share menu dan resepi masa saya berpantang lepas 2 minggu lebih bersalin. Siapa nak share silakan. Nanti bila berpantang balik, boleh tengok balik.”
Menu Berpantang Wajib Cuba  
SIAKAP STIM
Bahan:
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam
Gula
Cara masak:
1. Letak semua bahan atas ikan.
2. Kukus ikan sehingga masak.
IKAN BAKAR BEREMPAH
Bahan:
Ikan
bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1. Lumurkan semua bahan pada ikan
2. Bakar ikan sehingga masak.
SUP IKAN 
Bahan:
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun boleh..(pilihan masing-masing)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis
3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan
4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap
5. Taburkan daun sup sebelum hidang
IKAN BILIS BERKUNYIT 
Bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.
 
KARI IKAN (TANPA SANTAN)
Bahan:
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2. Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3. Masukkan kari ikan. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5. Bila ikan dah masak, masukkan garam tunggu sehingga mendidih. Siap.
SERUNDING HALIA 
Bahan:
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1. Sagat halia dan perah/tapis airnya
2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.
 
AYAM BAKAR BEREMPAH
Bahan:  Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu
Cara masak:
1. Gaul semua bahan bersama ayam. Perap sekejap.
2. Bakar sehingga ayam masak.
DAGING GORENG KUNYIT
Bahan:  Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit, ketepikan.
2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air. Masak sehingga air daging kering dan daging empuk.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul sebati. Siap.
AYAM UNGKEP LADA HITAM 
Bahan:
Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam. Gaul sebati. Siap.
** Kalau tak nak tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.
AYAM MASAK HALIA
 
Bahan:
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung – untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Sumber/Foto : Nor Sofiah Hussin via Mingguan Wanita 
 
The post Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menu-berpantang-untuk-mama-semuanya-sedap-sedap-belaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Nasi Padang Indonesia Di Padangs On Wheels Sedap

Menu Nasi Padang Indonesia Di Padangs On Wheels Sedap

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 196 hits
Mummy suka semua jenis nasi seperti Nasi Padang Baru baru ini mummy craving dengan Nasi Padang yang sedap macam di Indonesia Tengok kawan kawan ramai yang makan Nasi Padang di Padangs On Wheels Nak juga try Ni semua sebab lama tak travel ke...
Anak Susah Makan Sayur Jadikan Menu Ni Sebagai Trik Memang Sedap Extra Rasa

Anak Susah Makan Sayur Jadikan Menu Ni Sebagai Trik Memang Sedap Extra Rasa

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 205 hits
Anak Susah Makan Sayur Jadikan Menu Ni Sebagai Trik Memang Sedap Extra Rasa Nampak sahaja hidangan sayur di atas meja biasanya anak anak tak akan sentuh Puaslah kita suakan ke mulut tidak mahu dijamahnya Tapi berbeza sekali jika anda sediak...
Sedap Ke Rojak Buah Mak Jah Meru Selangor

Sedap Ke Rojak Buah Mak Jah Meru Selangor

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 241 hits
Salam hari Isnin semua Semalam mama pergi ke Bukit Kapar tengok rumah Mama selalu ternampak kedai Rojak Buah Mak Jah di tepi jalan Meru Dah beberapa kali nak singgah tapi tak singgah2 sebab perut kenyang Akhirnya dapat juga rasa semalam Sed...
Resepi Sambal Kicap Padu Sedap

Resepi Sambal Kicap Padu Sedap

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 242 hits
Jom kali ini saya nak share Resepi Sambal Kicap Padu Sedap sangat Resepi ni dapat dari makcik suami yang berasal dari Johor Memang sedap Sambal Kicap ni dan terasa perfect jika digandingkan dengan sup soto dan sebagainya Sebenarnya sebelum ...
Misi Mencari Mee Bandung Muar Sedap

Misi Mencari Mee Bandung Muar Sedap

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum Misi mencari mee bandung Muar 9hb September perjalanan terasa agak jauh dari Melaka kan ikut jalan dalam dengan cuaca panas aircond pun bagai tak terasa Tapi pemandangan kiri kanan sangat cantik tak amik lak gambar pemandang...
Siput Sedut 5 Resepi Sedap Siput Sedut Wajib Cuba

Siput Sedut 5 Resepi Sedap Siput Sedut Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 363 hits
Siput belitung juga dipanggil siput sedut kerana waktu nak makan kena sedut untuk menggeluarkan isinya yang sedap manis tapi ada yang tidak menggemarinya kerana isnya tapi terpulang pada selera masing masing Lazimnya siput sedut ni akan dim...
Resepi Kimchi Senang Gila Nak Buat Sedap

Resepi Kimchi Senang Gila Nak Buat Sedap

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 351 hits
Resepi kimchi senang gila nak buat sedap Kenapa tak teringin sebelum niiiiii Patutla ramai yang suka Resepi ni untuk separuh kubis ja sebab sha nak try jaa takut tak kena dengan tekak Rupanya sedap
Ni Resipi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang Paling Senang Rasa Memang Sedap Kena Cuba

Ni Resipi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang Paling Senang Rasa Memang Sedap Kena Cuba

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 302 hits
Ni Resipi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang Paling Senang Rasa Memang Sedap Kena Cuba Umumnya menu berasaskan ayam menjadi kegemaran ramai apatah lagi jika menjamu selera di restoran mamak Menu ayam goreng sering menjadi pilihan dan tidak dina...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord