Menu Berbuka Resepi Ayam Kukus Sambal Embe


Kepada Khairul Aming (KA), terima kasih kongsi resepi ayam kukus ni. Saya dah buat dan memang jadi. Sedap dia ya ampun. Nikmat mana lagi aku nak dustakan.

Macam biasa setiap kali jumpa bulan Ramadan, KA mesti akan kongsi resepi viral berbuka puasa. Selaku chef dekat rumah sendiri harus ya tengok video dia untuk ambil inspirasi.

Kadang-kadang banyak je simpan video dari cuba buat. Biasalah kan, nak masak perlukan kerajinan. Lagipun aku target nak cuba menu berbuka yang ringkas tapi sedap je.

KA ni terkenal dengan sambal yang dia jual tu - aku pernah review Sambal Nyet  korang nak cuba boleh beli dekat sini





Menu Berbuka Khairul Aming - Resepi Ayam Kukus Sambal Embe Hari tu KA kongsi resepi Ayam Kukus Sambal Embe. Katanya resepi dari negara jiran. Memandangkan kita serantau, yakin sangat akan kena dengan tekak. Selera tak lari jauh la maknanya.

Ikut carian di internet, sambal Embe berasal dari Bali dan unik kerana menggunakan bawang merah goreng sebagai bahan utama.

Digabungkan dengan cili pedas, serai, dan daun limau purut, ia memberikan rasa segar, pedas, dan sedikit rangup.

Berbeza dengan resepi yang KA kongsi ni ada bahan lain juga digunakan. Tak kisahlah yang pasti sedap rasa dia.
Ikut resepi KA, ayam tu dia carik-carik isi dia kemudian gaul dengan sambal tu. Lagi power. Tapi dekat rumah ada budak kecil tak tahan pedas, maka kita buat asing-asing. 






Bahan-Bahan Resepi Sambal Embe Yang MudahCara nak masak Sambal Embe ni mudah je. Bahan-bahan pun kebanyakkan ada di dapur. Untuk yang dah habis idea nak masak apa untuk berbuka boleh cuba.
Ayam Kukus

•          2 ketul ayam bahagian peha

•          1 sudu sos tiram

•          ½  sudu besar minyak bijan

•          ½  sudu tepung ubi kayu

•          White paper

•          Garam

•          Daun bawang





Sambal Embe

•          5 biji bawang merah (hiris nipis)

•          5 biji bawang putih (hiris nipis)

•          8 biji cili merah/cili padi (hiris)

•          Belacan bakar

•          Minyak untuk menggoreng

 






Cara Kukus Ayam Supaya Kekal Juicy & Sedap 1.         Gaulkan ayam dengan garam, sos tiram, minyak bijan, white paper dan tepung ubi.

2.         Garam letak secukupnya. Letak dalam bekas dan masukkan daun bawang.

3.         Kukus ayam selama 25-30 minit sehingga masak sepenuhnya. Guna bekas Stainless steel serbaguna ni best korang. Aku memang buat stok dekat rumah. Boleh guna untuk kukus, sebagai bekas simpan lauk dan sayur juga. 
4.         Setelah masak, rehatkan ayam seketika sebelum dicarik isinya.
 

Cara Buat Sambal Embe yang Padu

1.         Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga keemasan.

2.         Masukkan cili merah dan belacan. Kacau sebati.

3.         Tumis seketika. Dah siap. Tuang sambal ke atas isi ayam yang dicarik tadi. Gaul sebati.

 

Tips Masak Ayam Kukus Sambal Embe Confirm Jadi

Air lebihan kukusan ayam jangan di buang, campurkan sekali bersama isi ayam dan sambal.
Kalau ada resdung tak digalakkan mencuba resepi ini tapi kalau teringin sangat boleh kurangkan kauntiti belacan dan lebihkan bawang merah.
Untuk naikkan rasa sambal tu, perahkan 2 biji limau kasturi waktu nak makan.
Aku masukkan mushroom seasoning waktu nak perap ayam tu. Sejak guna mushroom seasoning aku dah tak guna serbuk perasa lain.   



Sedap dimakan bersama nasi putih panas. Waktu menulis ni pun aku masih terliur membayangkan kesedapan ayam tu. Dekat rumah tiada ayam bahagian peha jadi aku gunakan bahagian kepak. Selamat mencuba korang.  
 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2025/03/menu-berbuka-resepi-ayam-kukus-sambal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbuka 13 Puasa Nasi Lemak Ayam Goreng Sambal Pekat Pekat

Berbuka 13 Puasa Nasi Lemak Ayam Goreng Sambal Pekat Pekat

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum WBT PLAN awal berbuka puasa semalam Iman minta masakkan tapi Pak Inche pulak cadangkan masak nasi lemak Bila PI kata masak nasi lemak teringat sebelum ni Iman ada minta jugak nak berbuka nasi lemak sambal pekat pekat macam j...
Menu Berbuka 12 Ramadan Kari Ayam Kentang

Menu Berbuka 12 Ramadan Kari Ayam Kentang

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kalau nampak setup bekal makan macam ni sudah semestinya berbuka puasa di tempat kerja Menu hari ni pun simple ada beberapa jenis menu juga disediakan di kafe Cuma CCL tertarik menu ni sahaja Malas nak am...
Menu Berbuka Idea Resepi Sahur Buka Puasa Kkm

Menu Berbuka Idea Resepi Sahur Buka Puasa Kkm

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 237 hits
Menu Berbuka 30 Hari Idea Resepi Sihat Sahur Berbuka Puasa KKM Salam Ramadan kepada semua Sempena bulan Ramadan ini pasti ramai yang tercari cari menu berbuka dan bersahur untuk dinikmati sepanjang bulan puasa kan Ada banyak je yang kongsik...
Resepi Ayam Goreng Sedap Dari Biasa Dari Saudari Roha Adrinna

Resepi Ayam Goreng Sedap Dari Biasa Dari Saudari Roha Adrinna

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 176 hits
Assalamualaikum Hi korang Sekarang SA memang mencari resepi yang memudahkan SA masa malam SA akan siapkan bahan supaya senang SA balik kerja terus masak aje kesian plak kat PZ kalau dia memasak kan dia pun kadang kadang mudah lupa bila mema...
Hotdog Kukus Bolognese Resepi Ni Mudah Je Tapi Sedap Gila Sesuai Untuk

Hotdog Kukus Bolognese Resepi Ni Mudah Je Tapi Sedap Gila Sesuai Untuk

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 170 hits
Hotdog Kukus Bolognaise Resepi ni mudah je tapi rasa dia memang superb Sesuai untuk sarapan yang cepat dan puas hati Bahan bahan Roti Bun Hotdog Ramly Frankfurter 1 2 biji bawang besar 1 1 2 biji tomato 1 sk serbuk Oregano 3 5 sb sos pasta ...
Ayam Sambal Lada Daun Kesum Makan Dengan Nasi Panas Sedap Sungguh

Ayam Sambal Lada Daun Kesum Makan Dengan Nasi Panas Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 160 hits
Ayam sambal lada daun kesum ini boleh jadi pengganti ayam sambal biasa Dengan aroma daun kesum ia bukan saja wangi tapi juga makin enak Sedap dimakan dengan nasi panas ayam sambal lada daun kesum ini memang boleh buat kita menambah nasi wal...
Berbuka 1 Puasa Kari Ayam Kuih Bazar

Berbuka 1 Puasa Kari Ayam Kuih Bazar

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH syukur berjaya mengharungi hari pertama puasa bulan Ramadhan tahun ini Eh eh first time ke puasa tu Hehehehe Sebenarnya kelakar banyak baca kat threat rata rata macam baru nak puasa tahun ni Ada yang cerita...
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 179 hits
Hai hai korang Dah masuk dapur ke tu nak masak menu berbuka nanti Ke masih tergolek golek kat depan tv tu sambil fikir nak masak apa nanti Nah apa kata korang masak resepi ni Makan dengan nasi putih pun sedap je Ayam masak merah merupakan s...
Ayam Masak Lemak Pucuk Paku Kulat Hitam Resepi Santai Kredit Dapurtiy

Ayam Masak Lemak Pucuk Paku Kulat Hitam Resepi Santai Kredit Dapurtiy

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 173 hits
Resepi Masak Lemak Ayam Pucuk Paku Kulat Hitam Kredit Dapurtiyah Siapa yang tidak suka masakan lemak Kali ini kita akan belajar cara masak lemak yang sedap gila menggunakan ayam pucuk paku dan kulat hitam Kombinasi rasa yang pasti buat sele...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Hard Rock Penang

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Sebab Untuk Rebut Peluang Memiliki Kediaman Di Laman Sendayan 2

Di Antara Doa Rasulullah

Ringgit Strengthens Against Dollar On Positive Sentiment

Dbkl Has Plot Of Land That Can Fit 12k Affordable Homes

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd