Menu Barat Sahur 11 Puasa
Assalamualaikum wbt
SEPANJANG malam hingga awal pagi tadi, Pak Inche terlibat dengan Program Singgah Sahur. Sepanjang malam jugaklah Sk tidur tak sedarkan diri, hahaha. Terdengar bunyi alarm, Pak Inche tak balik lagi. Tengah-tengah sediakan sahur, terdengar ketukan pintu depan, baru balik Pak Inche. Banyak tempat singgah, katanya. Sk pun malas nak menanya lebih-lebih 😂
Disebabkan Pak Inche dah bersahur sekali masa program tu, Sk sahur berdua sahaja dengan Iman. Hari ke 11 berpuasa Ramadhan 1443H/ 2022, Sk sediakan menu barat tapi tak ada salad. Ada kacang pea dalam tin aje dengan tomato
Susah nak jumpa kacang pea yang warnanya hijau muda sekarang. Banyak yang hijau pucat atau lebam. Yang ni pinggan Sk, suka kuning telur setengah masak aje macam tu. Sosej dah defrost dari malam tadi, senang, celik bijik mata boleh terus campak masuk kuali 😜
Untuk Iman kena bagi kuning telur tu masak sepenuhnya. Dia macam Cikwa dia la, tak makan kuning telur lembik. Padahal yang lembik tu la sedap. Iman kata, kalau telur rebus, dia suka yang sampai biru keliling kuning telur tu. Yang itu tak elok, zat semua dah meresap, Sk baca kat mana tah, lupa.. hehehe
Pak Inche bawa balik cenderahati dari KPJ. Rasanya dapat ni masa Program Singgah Sahur tu la. Sebab masa balik kerja semalam, tak ada. Dalam mangkuk biru tu, sosej lebih seketul, heheh
Isi dalam kotak, sebiji kek minyak marble. Sebab waktu imsak lambat lagi, sempatlah mengekek sambil mengopi. Sedap, gebu dan lembab keknya. Makan tak minum air pun tak la ada rasa nak terbekik, hehehe
Iman dah dok tanya hari ni bonda nak masak apa untuk berbuka. Dia dah bosan buka kat rumah la tuuu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/04/menu-barat-sahur-11-puasa.html